Sudah lebih setengah abad kita mencapai kemerdekaan dari penjajah Inggeris, apakah kini kita sudah benar-benar merdeka? Apa ertinya kemerdekaan? Siapa yang berjuang untuk kemerdekaan dan siapa pula sebaliknya?
Tulisan Saudara Hishamuddin Rais yang dimuatkan di Malaysiakini.com merupakan suatu penjelasan yang sederhana dan mudah difahami mengenai persoalan di atas.
Anak semua bangsa & Malapetaka Ogos
Hishamuddin Rais - Malaysiakini.com- Ogos 6, 11
(http://malaysiakini.com/columns/172154)
Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.