ALFATIHAH UNTUK KAWAN PIAH

 


 

Kawan Piah atau nama sebenarnya Chek Dah Hitam telah meninggal dunia pada jam 6 am, 21 November 2020.  Beliau dilahirkan pada tahun 1942, menetap di Kampung Banggol Jering, daerah Sungai Padi, Narathiwat.

Beliau ikut serta dalam Rejimen Ke-10 pada penghujung tahun 60-an dan berkhidmat dalam pasukan ini sehingga perjanjian damai Hadyai ditandatangani  pada tahun 1989.

Di dalam pasukan beliau bertugas dalam regu penyusun massa dan unit produksi, membekalkan makanan untuk pasukan induk Rejimen Ke-10.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah Taala.



Categories

Pengikut