MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-30 PENANDATANGANAN PERSETUJUAN DAMAI HADYAI

(Ucapan Kawan Indrajaya Abdullah, di depan rapat memperingati ulangtahun ke-30  penandatanganan persetujuan damai Hadyai yang diadakan di Lee Gardens Plaza pada 2 Disember 2019)

Para tetamu yang dihormati,
Rakan2 Karib dan sahabat2 yang dihormati,
Salammulaikum warahmatulahi wabarahkaktuh dan salam sejarahtera!

30 tahun yang lalu, Kerajaan Diraja Thailand, Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya telah menandatangani Persetujuan Damai di sebuah kota penting di Thailand Selatan di atas dasar sama rata, saling menghormati, saling toleransi dan sama2 menang. Dimeterainya Persetujuan Damai ini telah mewujudkan proses perdamaian di Semenanjung Malaysia da n kawasan sempadan Malaysia/Thai, dan telah menyediakan syarat2 perlu serta sumbangan positif kepada kemajuan politik serta kemakmuran ekonomi kedua-dua negara. Untuk menjayakan perundingan damai yang luarbiasa sulitnya ini, Ketua Rombongan Pertama pihak Parti Komunis Malaya, Chang Ling Yun, yang sudah lanjut usia dan amat uzur, meninggal dunia dalam proses perundingan. 

Persetujuan Damai Hatyai 30 tahun yang lalu adalah hasil daripada suasana besar situasi internasional, perkembangan situasi dalam negeri kedua-dua negara Malaysia dan Thailand, harapan rakayat ke dua-dua negara dan pandangan jauh daripada sejumlah tokoh berpengaruh daripada kedua-dua negara Malaysia dan Thailand. Parti Komunis Malaya jauh pada tahun 1955 lagi pernah mengadakan Perundingan Damai Baling dengan pihak berkuasa Malaya, selain itu juga berkali-kali menyatakan bahawa kami setuju melakukan perundingan damai di atas dasar sama rata, adil dan munasabah, untuk menamatkan konflik bersenjata yang dipaksakan penjajah British kepada kita. 

Selama 30 tahun ini, atas semangat tak takut susah tak takut payah, bekas2 anggota Tentera Rakyat Malaya yang memilih untuk bermastautin di Thailand berusaha membangun kampung halaman, menyumbangkan tanaganya demi pembangunan negara dan mengintegrasikan diri 100% ke dalam masyarakat Thailand. Belasan tahun  dulu lagi, anggota2 yang tadinya berasal dari luar negeri, telahpun diberikan hak kewarganegaraan dan menjadi anggota sebenar masyarakat Thailand. Kami memuji sikap dan tindakan bersungguh-sungguh Kerajaan dan pihak tentera Thailand dalam melaksanakan isi2 yang termaktub dalam Persetujuan Damai Hatyai. Kami berterima kasih atas segala prihatin, bantuan dan layanan yang diberikan kerajaan dan pihak tentera Thailand. 

Di saat yang penuh erti sejarah ini, marilah kita mengenang sejarah, menghormati sejarah, selain itu juga memandang ke hadapan, memandang ke hari depan, dengan cita2 leluhur dan niat asli kita, memberikan sumbangan kepada kemajuan masyarakat.

Sekian, terimakasih.
Mualaikum salam warahmatullahi wabarahkatuh. 












Categories

Pengikut