LATAR BELAKANG PERSETUJUAN DAMAI HATYAI DAN ERTI SEJARAHNYA




Pada 2 Disember 30 tahun yang lalu, Kerajaan Diraja Thailand, Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya telah menandatangani PERSETUJUAN DAMAI HATYAI di bandar Hatyai yang terletak di Thai Selatan atas dasar saling bertoleransi dan saling memahami . Dengan demikian tamatlah konflik bersenjata antara ketiga-tiga pihak yang berlarutan selama 40 tahun lebih lamanya. Peristiwa tersebut, di masa itu, adalah satu peristiwa yang menggemparkan dunia, ratusan wartawan dari berbagai negeri berduyun-duyun berkumpul di Dewan Damai Lee Garden Hotel, tempat penandatanganan persetujuan damai tersebut.

Hari ini, Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT) mengadakan seminar bertajuk LATAR BELAKANG PERSETUJUAN DAMAI HATYAI DAN ERTI SEJARAHNYA di Dewan Damai Lee Garden Plaza Hotel (Lee Garden Hotel baru) untuk peringati ulta ke-30 Persetujuan Damai Hatyai. Seminar dihadiri oleh 300 orang lebih rakan2 seperjuangan dan rakan2 lama yang berasal dari Malaysia, Singapura, Thailand dan China iaitu Hong Kong, Guangzhou, Beijing dan sebagainya.

Para jemputan dan hadirin sebulat suara berpendapat bahawa PERSETUJUAN DAMAI HATYAI dapat ditandatangani, pertama-tama kerana Kerajaan Diraja Thailand berjaya mengesan nadi perubahan situasi dunia dan Perdana Menteri Thailand ketika itu, Jen. Prem Tinsulanonda, tepat pada masanya mengeluarkan Perintah Jabatan Perdana Menteri No. 66/23. Dan ini memungkinkan pihak tentera Thailand boleh menyelesaikan konflik bersenjata dalam negeri melalui cara damai. Yang kedua, kerana ketiga-tiga pihak mempunyai keikhlasan untuk menyelesaikan masalah secara damai.
Jen. Kitti
Jen. Kitti Rattanachaya, Ketua Rombongan Damai Thailand masa itu menulis dalam memoirnya baahawa pasukan gerila PKM telah mempraktikkan taktik gerila Mao Zedong dengan amat mahir, iaitu “berundur ketika musuh menyerang, mengganggu ketika musuh berkhemah, menyerang apabila musuh keletihan dan memburu apabila musuh berundur”, ditambah pula dengan periukapi2 yang ditanam merata bukit-bukau. Kesemua ini membuat tentera Thailand melakukan “kempen kepung-basmi” setiap tahun kehilangan lebih 30 puntung kaki dan menghabiskan sejumlah besar belanja perang, tapi tidak dapat membasmi mereka secara berkesan. Jen. Kitti menulis bahawa setelah berbincang-bincang dengan Mejar Akinik (sekarang ini Jeneral dan Senator), dia membuat keputusan untuk menghubungi PKM dan menghulurkan mesej damai.

Penasihat Rombongan Perdamaian Kerajaan Malaysia, Datok Yao Kuang Yew, dalam satu wawancara wartawan juga menyatakan bahawa ketika itu sejumlah pegawai tentera/polis di Malaysia juga amat menentang perundingan damai. Mereka menganggap bahawa pemimpin2 PKM kebanayakannya sudah amat tua, tak berapa tahun lalu mereka akan mati sendiri. Setelah dimeterainya persetujuan damai, Datok Yao memohon pemimpin PKM membenarkan beliau melawat kem PKM.
Diperkhemahan PKM, beliau mendapati semangat juang para perajurit gerila PKM amat tinggi, dan yang lelbih penting lagi, di antara mereka terdapat sejumlah besar perajurit yang berumur 20 tahun ke atas. Beliau menganggap kenyataan ini dapat mematahkan serangan sesetengah pegawai tentera/polis yang tidak menyetujui perundingan. Seandainya peperangan dengan PKM diteruskan, ia mungkin akan berlarutan sepanjang 20 tahun lebih, maka berdamai adalah keputusan yang bijaksana.

Di saat perbincangan seminar memasuki kemuncaknya, Jen. Akenik yang masa itu bertanggungjawab menghubungi pihak PKM, tiba2 datang ke dewan seminar. Ini membuat para hadirin berasa amat gembira. Maka pengacara pun menjemput Jen. Akenik membuat sedikit ucapan.

Jen. Akanit
Kata Jen. Akenik, masa itu, memandangkan cara2 ketenteraan selama puluhan tahun langsung tidak dapat menyelesaikan masalah PKM, maka, berdasarkan semangat Perintah 66/23, beliau telah mengemukakan usulan untuk menamatkan konflik bersenjata dengan cara damai kepada Jen. Kitti yang ketika memegang jawatan Panglima Divisi. Usulannya mendapat sokongan kuat Jen. Kitti. Maka beliaupun merempuh bahaya cuba menghubungi kader Platun ke-14 PKM dan melalui Platun Ke-14 menemui pemimpin pusat PKM, Chang Ling Yin. Seterusnya, beliau cuba menghubungi pihak Malaysia. Bersama-sama wakil Malaysia, Mr. Yao Kuang Yew, beliau menemankan Chang Ling Yin yang mahu ke China untuk menerima arahan Chen Ping, Setiausaha Agung PKM. Mendapat restu dari Setiausaha Agung Chen Ping, maka bermulalah perundingan damai sebanyak 5 pusingan, yang memakan masa selama hampir 1 tahun, mulai dari awal tahun 1989 dan akhirnya tercapailah penandatanganan PERSETUJUAN DAMAI HATYAI. Jen. Akenik berpendapat bahawa persetujuan damai itu adalah kemenangan ketiga-tiga pihak dan tidak wujud siapa kalah siapa rugi.

Pembicara khas seperti Anas, Fang Shan, Lien Yi Yong, Yu Ching Luk dan Wang Ming Hui (keterangan: Wang adalah Ketua Muzium Perantau China Dari Asia Tenggara, kedua-dua ibu/bapak beliau adalah antara puluhan ribu bekas anggota atau penyokong PKM yang diusir oleh penjajah British selepas Darurat 1948, ketika diusir, abangnya baru berusia 5 bulan) , dalam ucapan mereka, ada yang menceritakan pengalaman mereka, dan ada juga yang menjelaskan pengertian mereka isi dokumen2 PERSETUJUAN DAMAI HATYAI, misalkan kenapa bekas PM Jen. Tan Sri Chaovalit mengatakan bahawa ia adalah perdamaian yang mulia, ataupun mengapa ia dikatakan adalah kemenangan ketiga-tiga pihak seperti yang dikatakan Datok Yao, Penasihat Rombongan Perdamaian Malaysia.

Yu Ching Luk, wakil rakan2 lama dari Sarawak berkata, bagaimana menyelesaikan masalah senjata perdamaian dicapai adalah masalah yang amat sensitif. Baik PKM mahupun Parti Komunis Kalimantan Utara semuanya bertegas untuk memusnahkan sendiri senjata2 tersebut. Ini adalah tindakan yang tepat. Seandainya kita memberikan senjata kepada pihak kerajaan, mudah sangat dituduh sebagai “serah diri dan serah senjata”. Inilah salah satu perbezaan penting antara berdamai dengan serah diri.

Penasihat GPPT, Chai Chien Fu, semasa menggulung perbincangan seminar berkata, seminar hari ini amat berjaya dan jitu pada temanya. Para hadirin telah memberikan tumpuan dan perhatian penuh semasa mendengar setiap ucapan. Seminar telah mengukir keadaan sebenar perundingan damai 3 pihak, dengan demikian telah membalas fitnahan dan putar-belit dari sesetengah orang.

Tambah beliau lagi, ketika itu beliau bertugas di Rejimen Ke-12. Rejimen Ke-12 telah menyimpan banyak bahan makanan. Seandainya perundingan gagal, musuh menyerang secara besar-besaran dan memutuskan hubungan kita dengan massa rakyat, bahan makanan yang disimpan itu cukup untuk kegunaan pasukan selama 20 tahun. Kita mampu memperjuangkan tuntutan adil kita dan memenangi perdamaian yang mulia kerana kita memiliki kekuatan. Ketiga-tiga pihak yang menandatangani persetujuan damai itu sama2 menang, tak ada yang kalah rugi. Tambahan pula, bukanlah satu perkara yang mudah di dunia ini sebuah parti yang tidak diakui oleh kedua-dua negara dapat menjalin persetujuan damai serentak dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand. Di hari penandatangan, Jen. Chaovalit mengisytiharkan bahawa hari penandatangan itu adalah hari bersejarah. PERSETUJUAN DAMAI HATYAI memang wajar tercatit dalam sejarah kerana ia adalah contoh tipikal dalam menyelesaikan persengketaan dengan semangat saling toleransi dan saling memahami.

Indra Djaja Abdullah
2 Disember 2019











1 ulasan:

Percyakah kamu admin kini dan silam bahawa perjuangan komunis di malaysia thailand selatan dan indonesia adalah perjuangan yang telah sia-sia gagal dan kalah. sebabnya

1. kerana mejoriti penduduk di ketiga negara ini adalah islam sunni yang terang-terang telah menolak fahaman yang beridologikan komunis yang dibawa dari russia dan china dan kebanyakannya di anggotai oleh kaum pendatang yang berasal dari china.

2. Dari segi aset tempur juga kamu telah kalah berbanding pihak kerajaan. Dengan hanya pegerakan menggunakan aset tempur yang kecil di dalam hutan dengan taktik tembak dan lari tanpa dapat menawan sasaran utama dan penting didalam bandar merupakan kekalahan yang total kepada pihak komunis.

3. Samada kamu memusnahkan sendiri senjata atau pihak kerajaan yang memusnahkan dari segi hakikatnya itu merupakan satu kekalahan yang nyata. Kerana pihak yang merasakan perjuangan meraka masih menang tidak akan sanggup menghentikan perjuangan.

Sama ada kamu berpendapat menang menang aku tetap berpendapat komunis telah kalah di tiga negara ini. Kesimpulannya eloklah perdamaian dari peperangan kerana ianya tidak meberi manafaat pun. Disisa kehidupan yang ada ini elok lah bertaubat dan membuat kerja dakwah saja dengan melupakan fahaman yang beridelogi komunis yang mejoritinya telah di tentang dan ditolak oleh orang islam di banyak negara dunia.





Reply

Categories

Pengikut