KAWAN ZIKIN BEKAS GERILAWATI REJIMEN KE-10 MENINGGAL DUNIA




Pada 1 November 2019, jam 10 malam , seorang bekas gerilawati Rejimen Ke-10 telah pergi menemui Illahi. Beliau ialah Kawan Zikin atau nama sebenarnya Rimah Said, lahir di Kampung Bendang Botong, Tanjung Mas, Narathiwat pada tahun 1949 (2495 tahun Buddha). Beliau meninggal dunia menjelang 40 hari pemergian suaminya Kawan Asmat, seorang kader veteran dari Pahang. 

Kawan Zikin menyertai pasukan Rejimen Ke-10 pada tahun 1975 dalam UNIT MENANG, sebuah unit penyusun massa yang bergerak di kawasan BUKIT SERATUS iaitu kawasan Tok Deng dan Sungai Padi. Tak berapa lama beliau ditranfer ke dalam pasukan organ Rejimen Ke-10. Di sinilah beliau bertemu jodoh dengan Kawan Asmat.

Di dalam pasukan Kawan Zikin aktif bekerja dan belajar seperti kawan2 lain. Dari seorang anak tani kawasan sempadan yang tak kenal tulisan melayu, beliau menjadi seorang yang boleh menulis dan membaca bahasa Melayu dengan lancar.

Selain tugas2 umum ketenteraan, beliau  juga berkhidmat dalam bidang memasak, menjahit uniform, membuat stor strategi, regu pemunggahan dan lain2.

Bersemadilah Kawan Zikin , semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang2 yang dikasihi Allah.

Categories

Pengikut