MENGAPA PKM MASIH MENERUSKAN PENENTANGAN BERSENJATA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA SELEPAS MERDEKA?


Soalan yang paling banyak ditanyakan para pelacong Malaysia yang melawat Kampung Perdamaian Sukhirin ialah MENGAPA PKM MASIH MENERUSKAN PENENTANGAN BERSENJATA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA SELEPAS MERDEKA?

Ini  adalah soalah jujur dari mereka yang tidak mendapat maklumat sebenar. Dalam Blog Kini Dan Silam telah memuat naik beberapa posting menjelaskan perkara ini.

Dalam Memoirnya MENITI LALUTAN GELORA, muka  298 Said Zahari menulis:

Untuk mendapat satu berita ekslusisf daripada Tunku tentang sidaang damai itu, aku telah memujuk Syed Jaafat Albar, pegawai penerangan UMNO yang selama di Baling sentiasa berada di samping Tuntu, supaya membenarkanku  menemui Tunku  ‘sekejap saja’  sebelum sidang akhbar dimulakan. Syed Jaafar Albar mengejar Tunku  dan aku lihat dia berbisik dengan Tunku. Kemudian Tunku berhenti, berpaling ke arahku dan berkata: “Said, one question only.” Satu soalah pun cukuplah, fikirku. Lalu aku tembak soalan tunggal, “Apakah Tunku tidak berasa kecewa dengan kegagalan sidang damai ini?”

Dengan cepat Tunku Abdul Rahman menjawab “No, I am not, I never wanted it to be success.” Jawapan Tunku itu adalah di luar jangkaanku. Tunku melemparkan senyum lebarnya, lantas mempercepat langkahnya ke arah bilik siding akhbar di mana berpuluh orang  wartawan dalam dan luar negeri  sedang menunggunya.
 

Daripada cerita Pak Said tersebut jelaslah bahawa Tunku tidak mahu  perang ini dihentikan, sedangkan bagi  pihak PKM pula Chen Ping sendiri yang menulis surat kepadaTunku dan mempertaruhkan nyawa keluar dari hutan untuk berunding bagi memberhentikan perang.
Nah, sedikit fakta di atas sudahpun terjawab mengapa perang antara PKM dengan Kerajaan Malaysia berterusan selepas kemerdekaan.

Hanya pada tahun 1988, barulah ada usaha kedua2 pihak untuk duduk di meja perundingan. Itupun Ketika itu Tun Ghafar Baba menjadi Timbalah Perdana Menteri. Tun Ghafar dan Abdullah C.D. adalah rakan seperjuangan lama ketika dalam PKMM dahulu. Melalui penghubungnya Abdullah C.D. dan Tun Ghabar saling berutus surat dan bersetuju untuk memulakan perundingan. Dengan itu  terbukalah tirai perundingan antara PKM dan Kerajaan Malaysia dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi sehingga akhirnya menandatangai sebuah persetujuan damai pada 2 Disember 1989. Dengan itu berakhirlah perang antara PKM dan Kerajaan Malaysia.


Categories

Pengikut