KAWAN ASMAT PUTERA PAHANG TERAKHIR MENEMUI ILLAHI

Hari ini, 24 September 2019, segenap warga Kampung Perdamaian Sukhirin @ Ban Chulabhorn Patana 12 dengan amat berat hati menerima hakikat terpaksa berpisah dengan seorang rakan kerana panggilan Illahi. Beliau ialah Sulaiman bin Awang Chik (86 tahun) kerana sakit tua. Beliau merupakan anak Pahang terakhir meninggal dunia.

Kawan Asmat nama sebenarnya ialah Sulaiman bin Awang Chik. Dalam perjuangan bersenjata beliau dikenali dengan beberapa nama  lain antaranya Karim, Pak Tengah dan Asmat. Di kalangan rakan seperjuangan beliau lebih mesra disapa sebagai Pak Tengah.

Kawan Asmat dilahirkan di Kampung Tualang, Daerah Temerloh, Pahang pada tahun 1933. Beliau menerima pengaruh kebangsaan dan membenci penjajah British sejak kecil lagi kesan didikan dan penerangan dari aktiviti PETA, Awas dan lain2.  

Tahun 1948 setelah penjajah British mengistiharkan darurat banyak anggota kampungnya masuk hutan melancarkan perjuangan bersenjata menentang penjajah British. Beliau yang baru melangkah ke alam pemuda membantu pasukan gerila membeli barang2 dan lain2. Akhirnya aktiviti beliau telah dihidu oleh talibarut penjajah British. Dengan itu pada tahun 1949, ketika usianya mencecah 16 tahun beliau menyertai perjuangan bersenjata bersama Rejimen Ke-10. Kerana kekurangan senjata, beliau hanya bersenjatakan pisau sahaja.  Setelah sampai di sempadan barulah dapat menyandang senapang.

Tahun 1953 beliau menyertai Pasukan Hang Jebat melaksnakan tugas perjalanan jauh  atau lebih  dikenali dengan sebutan longmarch ke kawasan sempadan. Perjalanan jauh itu memakan masa selama 1 tahun lebih. Sepanjang perjalanan pasukan ini tidak saja diuji dengan mengharungi bukit bukau gunung ganang, tetapi juga dengan pengejaran dan kepung basmi oleh tentera penjajah British dan juga terputus bekalan makanan. Ada masa mereka hanya melapik perut dengan buah terung dan labu saja dan  ada kalanya pula hanya bersandar pada buah2an hutan, berburu binatang dan menangkap ikan.

Kawan Asmat bersama kader2 Rejimen Ke-10
Oktober 1954, pasukan ini berjaya tiba di kawasan sempadan Malaya – Thai. Kawan Asmat menjalankan tugas yang diberikan kepadanya dengan baik. Selain dari tugas pokok sebagai seorang anggota pasukan gerila, beliau juga pernah bertugas sebagai menyusun massa, utusan, memunggah barang2, membuat stor strategic,  utusan dan sebagainya.

Beliau banyak kali menyertai pertempuran tapi tak pernah mendapat luka atau cedera.

Beliau berkahwin dengan seorang gerilawati dari kawasan sempadan bernama Kawan Zikin.

Setelah Rejimen Ke-10 membubarkan pasukan sebagai pelaksanaan perjanjian perdamaian 3 pihak Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM, Kawan Asmat telah memilih untuk menetap di Thailand bersama rakan2 seperjuangan yang lain.

Beliau meninggal pada kira2 pukul 4.30 pm (waktu Thailand) setelah menikmati perdamaian dan membangun kampung halaman selama 30 tahun.

Kami rakan seperjuangan Allahyarham menadah tangan berdoa semoga roh beliau diletakkan di kalangan orang2 yang dikasihi Allah.

Pilihan gambar pengebumian Allahyarham Sulaiman di tanah perkuburan Ban Chulabhorn Patana 12, Sukhirin, Narathiwat sekitar pukul 9pm waktu tempatan.










 

MENGAPA PKM MASIH MENERUSKAN PENENTANGAN BERSENJATA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA SELEPAS MERDEKA?


Soalan yang paling banyak ditanyakan para pelacong Malaysia yang melawat Kampung Perdamaian Sukhirin ialah MENGAPA PKM MASIH MENERUSKAN PENENTANGAN BERSENJATA TERHADAP KERAJAAN MALAYSIA SELEPAS MERDEKA?

Ini  adalah soalah jujur dari mereka yang tidak mendapat maklumat sebenar. Dalam Blog Kini Dan Silam telah memuat naik beberapa posting menjelaskan perkara ini.

Dalam Memoirnya MENITI LALUTAN GELORA, muka  298 Said Zahari menulis:

Untuk mendapat satu berita ekslusisf daripada Tunku tentang sidaang damai itu, aku telah memujuk Syed Jaafat Albar, pegawai penerangan UMNO yang selama di Baling sentiasa berada di samping Tuntu, supaya membenarkanku  menemui Tunku  ‘sekejap saja’  sebelum sidang akhbar dimulakan. Syed Jaafar Albar mengejar Tunku  dan aku lihat dia berbisik dengan Tunku. Kemudian Tunku berhenti, berpaling ke arahku dan berkata: “Said, one question only.” Satu soalah pun cukuplah, fikirku. Lalu aku tembak soalan tunggal, “Apakah Tunku tidak berasa kecewa dengan kegagalan sidang damai ini?”

Dengan cepat Tunku Abdul Rahman menjawab “No, I am not, I never wanted it to be success.” Jawapan Tunku itu adalah di luar jangkaanku. Tunku melemparkan senyum lebarnya, lantas mempercepat langkahnya ke arah bilik siding akhbar di mana berpuluh orang  wartawan dalam dan luar negeri  sedang menunggunya.
 

Daripada cerita Pak Said tersebut jelaslah bahawa Tunku tidak mahu  perang ini dihentikan, sedangkan bagi  pihak PKM pula Chen Ping sendiri yang menulis surat kepadaTunku dan mempertaruhkan nyawa keluar dari hutan untuk berunding bagi memberhentikan perang.
Nah, sedikit fakta di atas sudahpun terjawab mengapa perang antara PKM dengan Kerajaan Malaysia berterusan selepas kemerdekaan.

Hanya pada tahun 1988, barulah ada usaha kedua2 pihak untuk duduk di meja perundingan. Itupun Ketika itu Tun Ghafar Baba menjadi Timbalah Perdana Menteri. Tun Ghafar dan Abdullah C.D. adalah rakan seperjuangan lama ketika dalam PKMM dahulu. Melalui penghubungnya Abdullah C.D. dan Tun Ghabar saling berutus surat dan bersetuju untuk memulakan perundingan. Dengan itu  terbukalah tirai perundingan antara PKM dan Kerajaan Malaysia dari peringkat rendah sehingga ke peringkat tinggi sehingga akhirnya menandatangai sebuah persetujuan damai pada 2 Disember 1989. Dengan itu berakhirlah perang antara PKM dan Kerajaan Malaysia.


Categories

Pengikut