LAKARAN SEBUAH PERJALANAN


LAKARAN SEBUAH PERJALANAN
-dari Pasir Putih ke Basis Gerila-

1972
Empat puluh tujuh tahun lalu
Tercipta satu detik
Yang mencatat sejarah megah
Menceburi perjuangan bersenjata
Juga satu sejarah kelam
Yang  tak terlupakan
Dan takkan dilupakan
Sampai ke hujung usia

Perjuangan melawan seribu kejutan ---
Kejutan budaya
kejutan kehidupan
kejutaan persekitaran
dan…..dan…..
tak dapat nak digambarkan
tiada lukisan yang dapat dibayangkan

Dari seorang gadis desa nan ayu
seorang yang kosong ilmunya
apa lagi idea dan teori
demokrasi, sosialis
marhaenis dan komunis

Tapi berkat kesungguhan
dan ketabahan, dari tanaga pengasuh dan pendidik
satu cahaya indah terbit
menyuburkan kemesraan
lahirlah rasa cintakan negara bangsa
tumbuh dengan subur  di jiwa ini
Terima kasih kawan2
Terima kasih…


Akhirnya aku menjadi seorang
Perajurit Tentera Pembebasan Nasional  Malaya
Di bawah Rejimen Ke-10
Dengan bangga menjadi seorang anggota
Parti Komunis Malaya yang mulia
Berikrar menyumbangkan segenap jiwa raga
Demi perjuangan kemerdekaan tanahair tercinta

2 Disember 1989
Termaterilah perjanjian Damai Hadyai
Perjuangan bersenjata diberhentikan
Tentera dibubarkan
Dan satu lagi catatan sejarah  yang aku lalui.

1992
Melalui berbagai usaha dan perjuangan lagi
Aku dan keluarga
Dengan rasa gembira dan megah
Meninggalkan kawan2 seperjuangan
Meninggalkan “sekolah basis” gerila
Yang mengajarkan aku
Seribu erti kehidupan
Sejuta erti perjuangan
Dan tak terbilang erti
Kemanusiaan
Menuju tanah tumpah darahku Malaysia

Setelah hampir setengah abad
Aku meninggalkan “sekolah basis” ini
Hari ini dengan rasa teruja dan bangga
Aku berada di sini
Di depan mata Ayahanda Abdullah CD
Di hadapan kawan2 seperjuangan
Sambil mengenang kisah2 lampau
Yang penuh erti

Kawan2
Marilah eratkan lagi jalinan ukhwah kita
Dalam meniti sisa2 kehidupan yang tak seberapa lagi ini.

Susila
20 Jun 2019


Categories

Pengikut