UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI PPAKM


Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri
Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia
Bersempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 1 Syawal tahun 1440 Hijrah bersamaan dengan 5 Jun 2019 Masehi, saya atas nama Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 (PPAKM) menyampaikan ucapan selamat Hari Raya, maaf zahir barin kepada Bapa Abdullah C.D. dan segenap rakan seperjuangan di Ban Chulabhorn Patana 11 (di Kabang, Yala) dan Ban Chulabhorn Patana 12 (di Sukhirin Narathiwat) , semoga kalian  gembira ria berhariraya.
Ketua PPAKM
CheahTengHooi

SELAMAT HARI RAYA DARI BAPA ABDULLAH C.D.





Bersempena menyambut HARI RAYA AIDILFITRI tahun 1440 Hijrah bersamaan dengan 2019 Masehi, Bapa Abdullah C.D. mewakili  anak2 buahnya dari Ban Chulabhorn  Patana 11 (di Kabang, Yala) dan Ban Chulabhorn Patana 12 (di Sukhirin Narathiwat) mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh kaum muslimin muslimat di mana juga mereka berada.

BERSEMADI UNTUK BEKAS PERAJURIT BANGSA THAI REJIMEN KE-10 KAWAN PASTI




Kawan Pasti atau nama sebenarnya Ked Kamya telah meninggal dunia pada 8 April 2019,  9.15 am waktu Thailand di Hospital Sungai Golok, Narathiwat dalam usia 79 tahun. Pihak Doktor mengesahkan beliau terkena sengatan serangga beracun. Jenazahnya kini berada di Wat Isan Samaki Thai, Sukhirin. Kawan Pasti adalah satu2nya ibu kepada satu keluarga Thai Buddha Rejimen Ke-10 dan menetap di BanChulabhorn Patana 12 bersama bekas perajurit yang lain.  Kerana eratnya hubungan beliau dengan kawan2, maka beliau disapa dengan gelaran “Mek” yang bermakna ibu dalam loghat Kelatan Pattani.

Kawan Pasti dilahirkan pada 15/8/1940 (2483 tahun Buddha) di kawasan Isan, Willayah Kon Ken, Timur Laut Thailand, kemudian bersama suaminya berpindah ke kawasan Sukhirin. Selatan Thai.
Di Sukhirin, beliau dan suaminya yang bernama Nipon Pomsukwan (dalam pasukan bernama Iman) tergolong dalam anasir cergas yang aktif membantu Rejimen Ke-10.  Bahkan mereka telah  menghantar seorang puteri kesayangannya menyertai pasukan. Kerana kegiatannya itu, suaminya ditahan oleh pihak tentera Thai. Dalam penjara suaminya menderita bermacam2 siksaan sehingga patah tulang rusuk.

Begitu keluar penjara Kawan Iman membawa isterinya Kawan Pasti dan 2 orang anak lelakinya menyertai pasukan Rejimen Ke-10 pada 20 Jun 1979.  Ketika itu pasukan sedang berada di Kem Dewan 30.

Walaupun Kawan Pasti dan Kawan Iman berlainan bangsa dan agama dengan kawan2 lain yang majoritinya Melayu Islam, tetapi berkat keikhlasan dan kasih mesra kawan2, mereka dengan mudah dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru tersebut.

Di dalam pasukan Kawan Pasti melaksanakan bermacam2 tugas tentera seperti mana kawan2 lain tetapi tugas utama beliau ialah di bidang percetakan dan penerbitan manakala Kawan Iman pula menumpukan kerja dalam bidang penterjemahan.

2 Disember 1989 perjanjian perdamaian ditandatangi. Kawan Pasti dan kawan Iman serta anak2nya memilih untuk menetap di Ban Chulabhorn Patana 12 (Kampung Perdamaian Sukhirin). Malangnya tak lama setelah penandatanganan perdamaian,  Kawan Iman meninggal dunia pada tahun 1990 akibat serangan sakit malaria. Sejak itu Kawan Pasti hidup sebagai ibu tunggal berjuang keras membangun kampung bersama  kawan2 Melayu yang lain. Pada 8 April beliau meninggal dunia dengan meninggalkan 3 orang anak dan beberapa orang cucu.

Semoga Kawan Pasti tenang di alam sana!

Categories

Pengikut