KESENIAN DAN KEBUDAYAAN DI REJIMEN KE-10




Di dalam kehidupan gerila yang berpindah randah dan sentiasa dalam buruan pihak lawan, kawan-kawan anggota pasukan Rejimen Ke-10 tak pernah mengeluh atau patah semangat. Bagi mereka ini adalah ujian dan lumrah perjuangan. Tanpa ini semua tiadalah pahit manis perjuangan.  Walau di bawah keadaan kusut masai macam manapun mereka tetap mempertahankan kehidupan ketentera revolusioner yang segar bogar. 

Oleh sebab itulah kehidupan ketenteraan di Rejimen Ke-10 beranika ragam.  Cuba bayangkan di pasukan Rejimen Ke-10 ada tem nyanyi, tari, sukan, kebudayaan dan lain2. Ini menambah keceriaan kehidupan rohaniah pasukan. Di masa2 lapang, khasnya ketika kempen kepung basmi berkurangan, pasukan akan mengadakan bermacam2 aktiviti dan pembelajaran seperti  militeri, politik, ideology, kesenian, kebudayaan, kesihatan dan bermacam2 altiviti menambah pengetahuan lainnya. 

Yang ingin saya tegaskan di sini ialah masalah kesenian di Rejimen Ke-10. Sebagai sebuah pasukan Melayu, Bapa Abdullah C.D. istimewa menekankan masalah kesenian dan kebudayaan Melayu bagi para kader dan perajurit. Lagu2 Melayu tradisional diambil berat dan diajarkan kepada para perajurit. Tarian2 Melayu Asli dicipta dan dipersembahkan di majlis2 keramaian. Setiap kali ada kemenangan, baik dalam pertempuran, pekerjaan, pembelajaran dan lain2 diadakan majlis ulangkaji  kekurangan dan kelemah serta majlis meraikan kemenangan dengan sajian acara kesenian dan menulis puisi.

Begitu juga dalam hal sasatea dan seni. Seluruh perajurit dijiwai dengan puisi2 Melayu yang indah. Walaupun berasal dari anak kaum tani miskin yang buta huruf, lebih2 lagi anak kaum tani kawasan sempadan jumlah besar tak kenal pun huruf A B C, tetapi berkat asukan Bapa Abdullah C.D. setiap perajurit dalam pasukan boleh membaca tulisan rumi dengan baik, yang lebih maju lagi dapat menulis karangan, sajak, puisi pantun dan sebagainya. 

Pada tahun 80an seiring denga munculnya, ciptaan baru video VHS, Bapa Abdullah C.D. telah menubuhkan Studio TV Rejimen Ke-10. Unit video ini telah banyak merakam peristiwa2 penting di Rejimen Ke-10. Seiring dengan itu kesenian dan bermacam2 aktivi lebih diaktifkan dan semua ini dirakam untul simpanan sejarah. 

Dengan ini walaupun berada jauh di tengah2 hutan belantaran ibarat kata orang tempat jin bertendang, tetapi pemandangan para perajurit jauh di sudut dunia.

Berikut adalah 2 buah tarian yang dicipta dan digayakan oleh bekas perajurit wanita Rejimen Ke-10  dari Ban Chulabhorn Patana 12 (Kampung Perdamaian Sukhirin ) Tarian ini dipersembahkan sempena majlis Ulangtahun Ke-4 Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand yang diadakan di Lee Gardens Plaza pada malam 19 September 2018,










Categories

Pengikut