MAJLIS MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE-70 PERANG PEMBEBASAN NASIONAL ANTI-BRITISH








Pada 19 Jun 2018 sebuah majlis ringkas dan sederhana telah diadakan di bawah anjuran Gabungan Persatuan Perdamian Thailand untuk memperingati ulangtahun ke-70 meletusnya perang pembebasan nasional anti-British yang pernah menggoncangkan kekuasaan penjajah British di Malaya (kini dikenali sebagai Malaysia) bertempat di Golden Crown Hotel, Hadyai Selatan Thailand. Selain dari wakil2 dari berbagai pertubuhan perdamaian Thailand 4 buah kampung perdamaian iaitu Kampung Perdamaian Banlang, Kampung Perdamaian Betong, Kampung Perdamaian Balok dan Kampung Perdamaian Sukhirin juga menghantar wakil masing2.



Upacara dimulai dengan Lagu Bebaskan Malaya dan bertafakur kepada para pahlawan di bawah iringan Lagu Internasional. Seterusnya ialah menonton video berkenaan peristiwa2 yang berlaku semasa Undang2 Darurat dengan penjelasan ringkas yang dibacakan sendiri oleh Kawan Ah Ching, Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand.   Selanjutnya, Kawan Indrajaya selaku Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand telah memberikan ucapan ringkas dan memberikan fakta2  berkenaan darurat dan perang melawan penjajah yang dilancarkan TPNM tersebut.
 

Majlis ringkas tapi khidmat itu telah mengetengahkan erti besar perang pembebasan nasional dalam rangka merebut kemerdekaan Malaya dari kekuasaan penjajah British. Selanjutnya para wakil mengeluarkan pendapat masing2 berkenaan perang tersebut.

Perang Pembebasan Nasional Anti-British adalah satu tindak balas golongan kiri terhadap penjajah British yang mengisytiharkan undang2 darurat pada bulan Jun tahun 1948 di seluruh Malaya. Dalam rangka undang2 darurat ini semua pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan di haramkan. Hanya UMNO sahaja satu2nya parti politik yang tidak diharamkan ketika itu.

Berikutan dengan itu bermulalah pertempuran demi pertemuran antara pasukan gerila Tentera Pembebasan Nasional Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya dengan tentera upahan penjajah British.

Akhirnya majlis memberikan sagu hati kepada 13 orang veteran perang pembebasan nasional. Majlis ditamatkan setelah para wakil merakam gambar dengan para veteran tersebut.






Indrajaya - Presiden Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand
Ah Chin - Naib Presiden Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand


Ketua Kampung Perdamaian Banlang

Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin

Ketua Kampung Perdamaian Betong

Ketua Kampung Perdamaian Balok

















Categories

Pengikut