DENYUT NADIMU ADALAH PERJUANGAN




(Sempena hari jadi 94 tahun Bapa Abdullah C.D.)



Jika Bahaman, Maharajalela, Sagor, Tok Janggut

(dan yang seangkatan dengannya)

diiktiraf sebagai pahlawan bangsa

ku pahatkan namamu sebaris dengan mereka

kerana ku menyaksikan

setiap denyut nadimu, setiap sedut hembus nafasmu

adalah perjuangan

biarpun gantinya darah dan nyawa

demi bangsa dan pertiwi tercinta



Persetan apa kata penjajah

Persetan putar belit anjing buruannya

Persetan profesor sejarah hatinya buta

Sumbanganmu yang agung tetap gemerlapan

menyuburi semangat juang bangsa

demi sebuah hari cepan yang cemerlang.




Mat Amin

2.10.2017

Sukhirin






GAH DI PERSADA TANAHAIR



Abdullah C,D, @ Cik  Dat Anjang Abdullah


Abdullah CD
Nama yang gah di persada tanahair
Nama yang menggerunkan lawan
Nama yang meyakinkan kawan
94 tahun
Nama ini meniti dari bibir ke bibir
       Kawan apa lagi
           Lawan
Tentang semangat juangnya
Tentang keberaniannya
Tentang proletariatnya
Tentang pendiriannya
Tentang kesederhanaannya
Dan ....  Dan... Dan ..
Ayahanda Abdullah CD
Betapa kami bangga dengan mu
Betapa kami kagum dengan
 semangat mu
Betapa kami menghormati mu
Betapa kami menyayangi mu

Semoga Pencipta mu
Mengurniakan kesihatan yang kukuh
Memberkati segala usaha mu
     Dan sumbangan mu
Kepada agama, negara dan bangsa mu



Susila
Isnin, 2 Okt 2017

Categories

Pengikut