MAT INDERA YANG TIDAK MATI

MAT INDERA YANG TIDAK MATI

Dalam arus perjuangan kemerdekkaan
kau ikut berjuang di jalan kiri
bersama PKMM dan API.

Bila parti kiri diharamkan
kau bergerila di hutan belantara
demi perjuangan yang perlu diteruskan.

Kau berhak membuat pilihan
dan dalam perjuangan kemerdekaan
jalan yang kau pilih tidak semestinya satu kesalahan.

Kau patriot dan nasionalis sejati
yang menyerahkan jiwa dan raga
untuk kemerdekaan bangsa tercinta.

Kau dikhianati oleh kawan sendiri
yang menangkapmu atas arahan penjajah
dan kau dihukum mati.

Tapi di hati kami
kau tidak mati
kau sentiasa di kenang dan diingati
sebagai pejuang yang gagah berani
yang bersedia mati untuk ibu pertiwi.

M.S.RINDU
Kajang
8 Februari 2017

2 ulasan

Salam Tuan,

Semangat pejuang takkan padam
Boleh saya dapatkan email tuan admin?

Reply

salam tuan Admin (kanda Yakub/kanda Anas),

Api perjuangan takkan padam.
saya Samad dari Terenggani..saya berhasrat untuk melawat Kg Perdamaian (lawatan pertama saya pada 16 Sept 2011)..Kali ini juga pada tarikh 15 atau 16 Sept 2017. Jika diizinkan untuk bermalam barang semalam dua.

ini email saya : mysamad@yahoo.com
No. telefon : +60129879295 (WhatsApp/WeChat)

Reply

Categories

Pengikut