PERUTUSAN DAN SALAM HARI RAYA AIDILFITRI 2017 PPAKM




Perutusan dan Salam Hari Raya Aidil Fitri 2017 PPAKM

Sempena tibanya 1 Shawal, saya dengan tulus ikhlas mewakili segenap ahli Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia (PPAKM) mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitr, mohon maaf zahir dan batin kepada Bapak Abdulah C. D. dan seluruh kawan seperjuangan dalam Kampung Perdamaian  Sukhirin dan Kampung Perdamaian Kabang.
Tahniah atas kejayaan kawan-kawan sebulan menjalankan ibadah puasa. Menahan lapar dan dahaga, mengerti ketabahan dan kesabaran dalam perjuangan. Moga-moga kawan-kawan sekalian gembira berhari raya dan merayakan kemenangan.

Dan dengan gembira saya maklumkan bahawa PPAKM dan semua ahlinya tetap meneruskan semangat sekian lama ini, bersatu dengan semua yang memperjuangkan keadilan, telah membentuk Gabungan Tiga Paersatuan (Persatuan Persahabatan Berpanjangan, Persatuan Persahabatan Phoenix dan PPAKM). Baru-baru ini kami mengadakan bengkel Gabungan Tiga Persatuan, dihadir 70 orang ahli, mempelajari artikel-artikel tentang situasi semasa, dan mencapai persefahaman. Selanjutnya akan mengadakan Kem Kehidupan untuk pelajaran juga.
Sekian dan salam Aidilfitri!

Daripada
Yeap Kian Kok
Ketua Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 malaysia





Categories

Pengikut