UCAPAN PENGERUSI DALAM MAJLIS MERAIKAN 93 TAHUN BAPA ABDULLAH C.D.

Bapak Abdullah C.D., Pengerusi Parti Komunis Malaya dan bekas Komisar Politik Rejimen Ke-10 yang dihormati, 

Rakan-rakan lama dan sahabat-sahabat dari Hong Kong, Singapura, Malaysia (termasuk Sabah-Sarawak) yang dihormati, 

Kawan-kawan dari berbagai unit Persatuan Perdamaian dan kampung perdamaian yang dihormati,

Rakan-rakan lama dan sahabat-sahabat sekalian yang dihormati,
Salam sejahtera!

Harini, kita beramai-ramai mengadakan majlis untuk merayakan ulangtahun ke 93 hari jadi Bapak Abdullah C.D.. Pertama-tama, izinkanlah saya, atas nama beliau, menyatakan ribuan terimakasih. Para hadirin sanggup meluangkan masa kalian yang begitu berharga bahkan sesetengahnya datang dari tempat yang begitu jauh. Sekali lagi terima kasih!
Abdullah C.D. nama aslinya Cek Dat Anjang Abdullah. Dilahirkan di Lambor Kiri, Parit, Perak pada 2 Oktober tahun 1923. 

Beliau mulai menerima pandangan progresif dan Marxisme awal semasa belajar di Clifford School (kemudian di sebut Maktab Melayu Kuala Kangsar ataupun MCKK), salah satu sekolah Inggeris yang tertua di Malaya.

Pada tahun 1939, beliau menyertai Kesatuan Melayu Muda (KMM), satu pertubuhan politik Melayu yang paling awal di Malaya yang menganjurkan perjuangan anti penjajah British. Pada masa yang sama, beliau berkesempatan berkenalan dengan beberapa orang tokoh pejuang dari Indonesia seperti Alimin, Tan Melaka, Mokhtarudin Lasso dan lain-lain lagi yang bergerak di Malaya untuk membangkitkan semangat perjuangan menentang penjajah. 

Setelah KMM diharamkan fasis Jepun, beliau pun menceburkan diri ke dalam perjuangan anti Jepun dan akhirnya menyertai PKM secara rasmi pada 1 Mei tahun 1945. 

Setelah kemenangan Perang Anti Fasis, sebagai seorang wakil PKM, beliau terlibat dalam usaha penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), satu pertubuhan sayap kiri yang cukup kuat pada masa itu. PKMM adalah parti politik pertama yang dengan  lantang dan terbuka mengemukakan slogan “MERDEKA” di Malaya.

Setelah penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat pada bulan Jun tahun 1948, Jawatankuasa Pusat PKM telah mengarahkan Bapak Abdullah C.D. dan lain-lain membentuk pasukan bersenjata Melayu anti British yang kemudiannya dinamakan Rejimen Ke-10. Mereka secara berasingan ditangkap oleh kaum penjajah di tempat-tempat yang berlain. Cuma beliau seorang yang berjaya melepaskan diri. Demikianlah, Rejimen Ke-10 didirikan dalam kancah perang anti British, sedikit demi sedikit, di bawah keadaan serba kekurangan dan serba susah. Dalam pembangunan pasukan Rejimen Ke-10, beliau telah mencurahkan sepenuh usaha dan kecerdasannya. Beliau bertauladan dalam setiap bidang, berani berperang dan pandai berperang. 

Setelah tentera kita berundur ke kawasan sempadan, Bapak Abdullah C.D. telah memainkan peranan penting dalam mempertahankan dan mengembangkan perjuangan bersenjata di kawasan sempadan dan telah melancarkan berbagai perjuangan terhadap pandangan-pandangan pesimis. Beliau amat mengambil berat kerja massa dan kerja propaganda, baik terhadap Malaya mahupun terhadap kawasan sempadan. 

Kejadian Bapak Abdullah C.D. terkena racun pada 30 September tahun 1975 serta kejadian-kejadian yang berlaku sebelum dan seterusnya adalah satu kerugian besar kepada Rejimen Ke-10, dan juga membuktikan betapa takutnya musuh kepada pasukan pahlawan ini.
Sebelum ini, beliau berkali-kali dijemput ke luarnegeri agar dapat membuat mengkajian dan analisis teori dan politik yang lebih mendalam dan lebih sempurna. Akan tetapi, beliau menolak jemputan-jemputan itu kerana tidak sanggup meninggalkan Rejimen Ke-10 yang sudah menjadi sebahagian darah-daging beliau. Bahkan setelah terkena racunpun, beliau tidak sanggup berubat di luarnegeri meninggalkan Rejimen Ke-10.  

Beliau memiliki kecerdasan politik yang tinggi, fleksibal lagi berprinsip teguh dan pandai mencengkam peluang. Terjalinnya Persetujuan Damai Hadyai pada 2 Disember tahun 1989, tidak terpisahkan dengan inisiatif yang beliau lakukan melalui perundingan damai peringkat rendah antara Rejimen Ke-10 (atasnama pihak PKM) dengan Kerajaan Malaysia.  

Para hadirin yang dihormati,

Sempena majlis ini, selain mengucapkan selamat datang dan rasa terima kasih sedalam-dalamnya, saya juga ingin mengucapkan selamat bahagia, sihat walafiat dan semoga panjang usia kepada setiap hadirin.

Sekian. Terima kasih!


尊敬的马来亚共产党主席、原第十支队政委Abdullah C.D.同志,
尊敬的来自香港、新加坡、马来西亚及沙巴、沙拉越的老友们、朋友们,
尊敬的来自泰和联各单位、各和平村的同志们、朋友们,
尊敬的各位老友们、朋友们,
大家好!
今天,我们欢聚一堂庆祝Abdullah C.D.93岁寿辰。 首先,请允许我,代表Abdullah C.D.向各位来宾表示万分感谢. 来宾们牺牲了各自宝贵的时间,不远万里为他祝寿,他深感过于不去。 再次谢谢大家。
Abdullah C.D.原名Cek Dat Anjang Abdullah, 1923102日生于马来西亚霹雳州Parit县的Lambor Kiri。就读克里福德学校(就是后来的瓜拉江沙马来学院),马来亚最早的英校之一时开始接受早期马克思主义及进步思想。
1939年他参加马来青年联盟--主张抗英斗争的马来亚最早的马来政治组织.
在这个时期,他结识了来自印度尼西亚的斗士,例如AliminTan MelakaMokhtarudin Lasso等。他们是专程来马来亚宣传反殖运动的。
马来青年联盟被日本法西斯取缔以后,他全身心的投入到抗日斗争,最终与194551日正式参加马来亚共产党。
反法西斯战争胜利后,作为马共代表,直接参与组建马来亚马来民族党。这个党后来发展成一个很强大的左翼组织, 是马来亚第一个公开提出“独立”口号的政党。
1948年英殖民者宣布紧急法令以后,马共中央指示他和其他几个人组建一个马来抗英武装部队,即后来的第十支队。但是,他们都先后被捕了。他也被捕了,但后来得以逃生 并立即着手组建部队。 可以说,第十支队是在抗英战火中,一点一点的、在及其艰苦、及其缺乏武器装备的情况下成立的。为了这个队伍,他投入了全身的精力和智慧,处处亲身亲历、起带头模范。他敢于打仗,又善于打仗。
我军撤到边区以后, 他同各种悲观思想进行了坚决毫不妥协的斗争,为坚持和发展边区武装斗争发挥了重要作用。他非常重视党的民运工作以及对马及对边区的宣传工作。
1975930Abdullah C.D.的中毒事件以及那段时间所发生的投毒事件,对第十支队是一个极大的损失,同时也证明了敌人是多么的惧怕这个英雄部队。
这个之前,Abdullah C.D.曾多次被提议出国深造或进行更加有系统的理论研究,但是早已把第十支队当成是自己血肉的他,多次拒绝了这些提议。甚至,当他中毒病重以后,也不愿意出国治疗。
Abdullah C.D. 具有较高的政治智慧,既有灵活性又坚持原则,并且能够充分把握时机。1989122日成功签署的合艾和平协议离不开他之前所采取的第十支队(代表马来亚共产党)与马来西亚政府进行低级会谈的主动行动。
尊敬的来宾们,
在这个喜庆的时刻,我们对于各位来宾的到来表示热烈的欢迎和深深的感谢,同时也衷心的祝福大家幸福美满、身体健康、延年益寿。

谢谢!

Categories

Pengikut