68 TAHUN UNDANG2 DARURAT PENJAJAH INGGERIS

68 tahun yang silam, tepatnya pada bulan Jun 1948, penjajah Inggeris telah mengisytiharkan apa yang dinamakan Undang2 Darurat di seluruh Malaya. Agensi Berita BBC menyebutnya sebagai PERANG YANG TIDAK DIISYTIHARKAN. Undang2 Darurat sebenarnya bertujuan menekan gerakan kemerdekaan yang sedang marak berkobar baik di kota dan desa. Dalam rangka undang2 zalim ini semua pertubuhan yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan, para aktivisnya ditangkap dan dihumban ke dalam penjara. Ketika itu hanya UMNO satu2nya parti yang tidak diharamkan.
askar upahan Inggeris melakukan penggeledahan

Bapa Abdullah C.D. dalam bukunya DARURAT DAN KEMERDEKAAN menulis:

"Kerana perjuangan menentang penjajah British untuk kemerdekaan terus berkembang sehingga tidak dapat dikawal lagi, maka pada 18 Jun 1948 penjajah British mengisytiharkan Undang2 Darurat di seluruh negara. Parti2 atau pertubuhan2 patriotik demokratik (golongan kiri) semuanya diharamkan. Antaranya PKM, PKMM, PETA, AWAS, BTM, Hizbul Muslimin, New Democratic Youth League (NDYL), kesatuan2 buruh dan lain2."

"Pada 20 Jun 1948, penjajah British melakukan penangkapan secara besar2an ke atas kader2 dan anggota2 parti atau pertubuhan2 patriotik demokratik seperti PKM, PKMM dan lain2. Di antara mereka ada yang dipenjara, disiksa, dihukum gantung dan dibuang negeri.
Penangkapan besar2an itu telah memberikan pukulan yang paling berat ke atas kekuatan patriotik demokratik bahagian Melayu. 3 orang pimpinan penting bahagian Melayu PKM yang hadir dalam Kem Se-Malaya telah ditangkap. Kamarulzaman ditangkap pada 20 Jun 1948, saya ditangkap pada 10 Julai 1948 dan Rashid Maidin juga ditangkap dalam bulan yang sama."

"Rakan2 seperjuangan yang lain juga dalam PKMM dan PKM ramai yang menjadi mangsa penangkapan tersebut. Antara mereka termasuklah Ishak Hj. Mohd, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Cikgu Sabrun, Osman Bakar, Cikgu Muda, Cikgu Hamid, Ustaz Yahya Nasim, Taharuddin, Kamaruddin, Bizar Ahmad, Sutan Djenain, Khatijah Ali dan lain2. Ketika itu seluruh Negara telah ditenggelami dalam suasana teror putih, penindasan dan penangkapan terus menerus berlaku di mana2."
Ahmad Boestamam digiring ke penjara

"Sungguhpun begitu, UMNO, parti politik Melayu yang pro penjajah tidak menjadi sasaran Undang2 Darurat. Undang2 tersebut disamping menekan parti2 politik patriotik demokratik yang memperjuangkan kemerdekaan juga telah meletakkan batu loncatan kepada UMNO untuk melompat ke panggung politik tanpa sebarang saingan. Mulai dari sinilah ia tampail ke muka sebagai pembela orang Melayu."






1 ulasan:

Salam ramadhan buat pak amin,.sy salah seorg anak merdeka yg ingin mengetahui segala kisah2 perjuangan rejimen ke10 yg lain2 dan ape khabar terbaru bapak abdullah cd kini?

Reply

Categories

Pengikut