PETUGAS RADIO PKM MENINGGAL DUNIA


Chang Yuan @ Luo Chien
Chang Yuan @ Luo Chien, bekas petugas Bahagian Bahasa Melayu stesyen radio Suara Revolusi Malaya (SRM) dan Suara Demokrasi Malaya (SDM) meninggal dunia. 

Anggota Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT), bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), dan juga bekas petugas stesyen radio SRM dan SDM, Chang Yuan @ Luo Chien (75 tahun), meninggal dunia pada pukul 12.35 tengahari 18 Januari tahun 2016 di sebuah hospital di Bangkok, Thailand kerana sakit kanser limpa. 
 
Chang Yuan @ Luo Chien nama aslinya Chang Kuo Phing dilahirkan di Sungai Siput, Perak, Malaya (sekarang Malaysia) pada 29 November tahun 1941. 
 
Mendiang mulanya sekolah di sekolah rendah Cina di Sungai Siput, kemudian ke Negeri China dan menyambung pelajaran di sekolah perantau di Shan Tou, China. Setelah tamat pelajaran di Sekolah Menengah Perantau Guang Zhou, mendiang melanjutkan pula pelajarannya di Universiti Ji Nan, bahagian political economy.
 
Pada tahun 1968, mendiang menyambut seruan organisasi PKM di Beijing dan mulai belajar Bahasa Melayu di Beijing. Demikianlah, mendiang dengan tegas menempuh jalan revolusi yang pahit tapi mulia, demi satu cita-cita yang adil.
 
Pada penghujung tahun 1969, stesyen radio SRM Parti Komunis Malaya (PKM) yang terletak di China mulai berkumandang di udara. Mendiang bertugas sebagai penterjemah dan penyiar Bahasa Melayu.
Pada tahun1981, seiring dengan peralihan stesyen radio PKM ke kawasan sempadan, mendiang meninggalkan China, beralih ke kawasan hutan sempadan Malaysia-Thai dan meneruskan perkerjaan mengurus siaran Bahasa Melayu stesyen radio PKM yang ketika itu ditukar namanya kepada Suara Demokrasi Malaya (SDM). Walaupun syarat kerja di sempadan Malaysia-Thai berbeza jauh dengan di China, bahkan harus menghadapi kempen-kempen militer musuh, tapi semangat kerja mendiang tetap mantap dan berapi-api, terus sehingga dimeterainya Persetujuan Damai Hadyai pada 2 Disember tahbun 1989.
 
Selepas damai, mendiang mulanya menetap di Kampung Perdamaian Banlang, tapi kemudiannya bermastautin di Bangkok. 
 
Mendiang Chang Yuan telah menyumbangkan masa remaja, kecerdasan serta segala profesyenalnya yang paling berharga kepada usaha keadilan Malaya. Dan telah menyelesaikan tugas-tugas yang diserahkan parti kepadanya secara bersungguh-sungguh dan brilian. 
 
Di tahun-tahun perjuangan yang panjang dan susah-payah, mendiang sentiasa optimis, teguh dan pantang menyesal. Demikian juga dalam perjuangan pahit melawan kenser limpa, salah satu penyakit kenser yang paling membahayakan, mendiang sentiasa bersikap optimis, tenang dan selamba. Doktor-doktor pun dengan kagum berkata bahawa mendiang telah memenangi 1-2 tahun masa hidup berbanding dengan pesakit-pesakit yang lain. 
 
Mendiang Chang Yuan adalah adik kepada mendiang Chong Chor, bekas Panglima Pasukan Penggempur Ke-6 TRM pimpinan PKM. Bersamaan itu, mendiang juga adalah adik sepupu mendiang Ah Chiang, bekas anggota Markas Pengarah Rejimen Ke-12 TRM.

Catatan oleh Indradjaya Abdullah

---------------

前《马来亚革命之声》、前《马来亚民主之声》马来语播音员张元同志离开我们
本会成员、前马来亚共产党党员、前马来亚人民军战士、前《马来亚革命之声》、前《马来亚民主之声》播音工作者张元同志恸于2016118日中午1235分因胰腺癌医治无效,在曼谷医院与世长辞,享年75岁。停柩翁怒(On Nut)的越扬寺。19日至22晚七时起诵经,23日火化。
张元同志,原名张国平,19411129日生于马来亚(现为马来西亚)霹雳州的和丰。小时候就读于当地的兴中小学,稍后作为归国华侨去中国汕头的华侨补校读书。高中肄业于广州的华侨中学。继而,去暨南大学继续深造,攻读政治经济学。
1968
年,张元同志毅然决然接受马共驻京组织的召唤,赴北京学习语文,主修马来文;为了正义事业,义无反顾地开始他艰苦而光荣的革命生涯。1969年,设于中国境内的马共广播电台《革命之声》开播,张元同志学以致用,负责马来语的审稿、录音、播音等工作。
1981
年,随着马共广播电台的南迁,他离开中国进入马泰边境森林继续主持易名为《民主之声》的马来语播音工作。尽管中国和马泰边境两地的工作条件天差地别,甚至还要面对敌人的军事行动,但他工作热情如一,默默苦干如旧直至1989122日签署《合艾和平协定》。
和平后落户邦朗和平村,后来到曼谷发展。
张元同志把人生最宝贵的青春年华、把他的聪明才智、把他所学的专业知识,无私地奉献给马来亚的正义事业,一丝不苟、优质出色地完成组织下达的一个个任务,令人敬佩。在漫长艰苦的斗争岁月中,他始终乐观豁达、沉稳坚定、无怨无悔。在与癌症首恶胰腺癌的残酷斗争中,他本色不移:乐观顽强,心态平和;连医生都不禁慨叹说,他比同样的病患要多赚一年半载!
张元同志是前马共领导的马来亚人民军第六突击队已故司令员张左同志的胞弟,也是前马来亚人民军第十二支队指挥部成员已故阿强同志的堂弟

Categories

Pengikut