MAKNA SEJARAH DAN MASA DEPAN DI SEBALIK SEKEPING GAMBAR


Gambar ini tidak asing lagi bagi kebanyakan orang dalam masyarakat kita terutama kepada mereka yang mempelajari sejarah tanah air kita.
Namun tanggapan setiap orang boleh jadi berbeza antara satu sama lain.

Satu sosok tubuh tergantung kaki ke atas kepala ke bawah dikatakan jenazah Tok Janggut, pejuang anti British, putera terpuji dari Kelantan. Satu sosok lagi ialah seorang askar atau perwira  yang berperang menentang angkatan Tok Janggut.

 Di antara mereka terdapat perbezaan pokok yang bersifat berlawanan sama sekali iaitu yang satu menentang penjajah walau terpaksa menumpahkan darah dan yang satu lagi ialah berkhidmat dengan penuh setia membantu penjajah menguasai kekayaan alam tanah air dan menumpaskan gerakan rakyat yang mahukan kemerdekaan.

Pada kedua-dua sifat di atas ada penerus masing masing mengikut keadaan, syarat sejarah dan kesedaran yang berbeza. Dalam masyarakat kita hari ini siapakah yang mewarisi Tok Janggut dan siapa pula yang mewarisi perwira yang sedang berkawal itu? Jawapannya ada pada anda sendiri dan sudah pasti berkait rapat pada daya fikir dan kesedaran anda.

 Mungkin ada antara kita merasa ini masalah sejarah, masalah yang lepas. Memang pendapat itu tidak salah, akan tetapi masalah ini bersangkut paut dengan hala tuju masyarakat kita. Golongan mana yang mengusai kekuasaan politik akan membentuk masyarakat yang berlainan, akan mengisi kemerdekaan dalam corak yang berlainan.


UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN DARI RAKAN SEPERJUANGAN

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha Daripada Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Kepada Kampung Perdamaian Sukhirin dan Kampung Perdamaian Kabang

Sempena tibanya Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji 10 Zulhijah. Persatuan Persahabatan Abad Ke-21  Malaysia dan segenap  ahli  mengucapkan selamat Hari Raya Haji kepada Pak Abdullah C. D. Ketua Kampung dan semua rakan seperjuangan dan penghuni di Kampung Perdamaian Sukhirin dan Kampung Perdamaian Kabang,  mudah-mudahan kawan-kawan sekalian selamat menunaikan solat dan ibadah korban.

Sempena dengan hari yang bermakna ini, kami yakin semua rakan kita tetap memperkukuhkan lagi persahabatan dan perpaduan teguh yang terjalin semasa perjuangan pahit getir itu. Lawatan rombongan Persatuan kami pada 16 September   diberi sambutan dan layanan mesra oleh kalian, aktiviti petang hari memperingati  hari ulang tahun ke-2 pemergian mendiang Chin Peng  dan majlis malam seni budaya yang muhibah memberikan galakan kuat kepada kami, dengan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,  salam dan hormat dari  kami

Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia
23 September 2015

PROFAIL RINGKAS CHIN PENG

Chin Peng


Chin Peng, nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 19 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak, Malaya (kini Malaysia). Beliau belajar sehingga tingkatan 4 sekolah menengah Tionghua, kemudian beralih ke sekolah Inggeris.

Beliau  aktif dalam Gerakan Membantu Tiongkok Melawan Pencerobohan Jepun yang bermula sejak tahun 1937.

Januari 1940 menjadi calon anggota PKM, Julai disahkan menjadi anggota penuh.

Disember 1941, memimpin pasukan gerila anti-Jepun di Perak dan menjadi pegawai penghubung PKM dengan Spencer Chapman, wakil pihak Inggeris.

Julai 1943, dilantik menjadi Setiausaha Jawatankuasa Wilayah PKM  Perak.

1943, ditugaskan menyambut John Davies dan lain-lain anggota Pasukan Force 136 dan mengatur Perundingan Blantan antara British dengan PKM. Pihak British bersetuju membekalkan senjata, peluru, matawang dan latihan kepada Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) untuk melawan Jepun.

 September 1945, dilantik menjadi anggota JKP Sementara PKM (kemudian disebut Politbiro Pusat PKM).

 Disember 1945, berkahwin dengan Lee Khoon Wah, anggota PKM dari Pulau Pinang.

 Oktober 1946, beliau menemui Yeung Kuo, anggota Politbiro Pusat. Mereka saling mengutarakan rasa curiga terhadap Lai Te. Dua bulan kemudian, mereka kemukakan pada sidang JKP.

 Januari 1947, Lai Te melarikan diri dengan membawa sejumlah besar dana PKM.  Chin Peng memimpin siasatan terhadap Lai Te dan mengemukakan laporan kepada persidangan JKP pada 6 Mac 1947. Di persidangan itu, beliau dipilih sebagai Setiausaha Agung PKM.

Beberapa bulan kemudian, kaum komunis Vietnam dan Thailand di Bangkok dapat mengesan Lai Te, riwayatnya ditamatkan oleh kaum komunis Thailand. Satu laporan melaporkan bahawa seorang pegawai tinggi Cawangan Khas British terbang ke Bangkok untuk menghubungi Lai Te, tapi gagal.

Menerima pingat OBE dari kerajaan Inggeris
  Ogos 1947, Chin Peng dan Khoon Wah dikurniakan seorang anak laki-laki. Chin Peng pulang menghadiri ritual genap sebulan anaknya. Dalam masa yang sama, beliau dimaklumkan mendapat penghargaan pingat OBE dari British.

Jun 1948, penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat di seluruh Malaya, mengharamkan PKM dan melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh negara. PKM terpaksa   mengangkat senjata melancarkan perjuangan bersenjata.

Di perundinga
 Disember 1955 diadakan Perundingan Baling antara PKM yang diwakili Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tien dengan Tunku Abdul Rahman dan lain-lain. Rundingan gagal kerana Tunku berkeras memaksa PKM menyerah diri.

  April 1961 Chin Peng sampai di Hanoi, beliau menemui Ho Chi Minh, Le Duan dan lain-lain pemimpin parti Vietnam Utara.

Jun 1961, beliau terbang ke Beijing, menemui Deng Xiao Ping. 3 bulan kemudian, beliau dijemput ke Moscow untuk menghadiri kongres Parti Komunis Soviet Union dan menyertai perarakan ulangtahun ke-44 Revolusi Bolshevik 1917 di Dataran Merah.

 Chin Peng menemui Mao Zedong pada Mac 1965 dan Januari 1967. Dalam perjumpaan kali kedua, pihak China bersetuju membekalkan perlengkapan stesyen radio kepada PKM. Radio Suara    Revolusi Malaya yang terletak di Provinsi Hunan mulai berkumandang di udara sejak November 1969 dan ditamatkan pada 30 Jun 1981. Akan tetapi, pada pagi esoknya, radio  Suara Demokrasi Malaya pula memancarkan siarannya dari kawasan sempadan Thai-Malaysia.
Bersama Pengerusi  Mao Zedong

Oktober 1989, Chin Peng terbang ke Bangkok untuk menyertai pusingan terakhir rundingan damai.

Pada 2 Disember 1989, Persetujuan Damai 3 pihak antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand ditandatangani di Hadyai.

30 November 2009, Chin Peng berucap di depan Perhimpunan Perayaan Ulangtahun ke-20  Persetujuan Damai Hadyai yang disiarkan secara luas oleh pihak media.

Ogos 2010, beliau melawat kawan-kawan seperjuangannya di kampung-kampung perdamaian di Selatan Thailand.

Chin Peng menghembuskan nafas terakhirnya secara tenang ditemani saudara-mara beliau di Bangkok pada 16 September 2013, pukul 6.20 pagi (7.20 pagi waktu Malaysia).

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS MEMPERINGATI ULANGTAHUN KE DUA PEMERGIAN CHIN PENG

Kawan Indra sedang memberikan ucapan
Salammualaikum warahmatulahi wabarahkatuh,
Selamat petang,

Yang dihormati Bapak Abdullah C.D., Pengerusi Parti Komunis Malaya,
Yang dihormati wakil dari Pejabat Daerah Sukhirin,
Yang dihormati para anggota Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand dan para penasihat,
Yang dihormati rombongan dari Persatuan Abad Ke-21 Malaysia,
Yang dihormati rombongan dari Persatuan Sahabat Karib Malaysia,
Yang dihormati para tetamu sekalian,
Yang dihormati rombongan-rombongan dari Kampung-Kampung Perdamaian Banlang, Betong dan Kabang,
Kawan-kawan dan sahabat-sahabat sekalian yang dikasihi,

Hari ini, 16 haribulan September tahun 2015, ialah hari ulangtahun ke-2 wafatnya mendiang Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang kami cintai dan hormati. Bersamaan dengan itu, 16 September juga adalah Hari Malaysia.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 19 September tahun 1924 di Sitiawan, Perak, Malaya, tanahjajahan British ketika itu. Beliau menjadi calun anggota PKM pada Januari tahun 1940, ketika usianya tak sampai 16 tahun.
Setelah Jepun menguasai Malaya, beliau ditugaskan memimpin pasukan gerila di Perak. Pasukan gerila di Perak kemudiannya menjadi salah satu pasukan bersenjata PKM yang paling kuat dan paling aktif di seluruh Malaya. Selain itu, beliau dilantik menjadi pegawai penghubung PKM dengan Spencer Chapman, wakil pihak Inggeris di kawasan musuh.
Pada Disember tahun 1943, beliau ditugaskan mengatur Perundingan Blantan antara pihak British dengan PKM.
Pada bulan September tahun 1945, beliau dilantik sebagai salah seorang daripada 5 orang anggota Jawatankuasa Pusat Sementara PKM (kemudiannya diubah nama menjadi Politbiro Pusat PKM – badan tertinggi pusat PKM).
Pada bulan Mac tahun 1947, persidang"an Jawatankuasa Pusat PKM melantik beliau yang berusia tak sampai 23 tahun sebagai Setiausaha Agung PKM.
Pada bulan Ogos tahun 1947, beliau diberitahu memperolehi penghargaan pingat OBE kerajaan British atas jasa-jasa beliau dan TAJRM dalam Perang Anti Fasis Sedunia.
Pada bulan Mac tahun 1948, Jawatankuasa Pusat PKM pimpinan Chin Peng memutuskan untuk melakukan persiapan ke arah perjuangan bersenjata yang akhirnya pasti akan meletus. Pada bulan Jun tahun 1948, begitu penjajah British mengisytiharkan Undang-Undang Darurat di seluruh Malaya, mengharamkan PKM dan semua parti politik dan pertubuhan yang tidak sebulu dengannya dan melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh Malaya, beliau terus memimpin PKM dan kekuatan lainnya melawan penindasan berdarah penjajah British dengan perjuangan bersenjata revolusioner. Maka bermulalah Revolusi 48.
Pada bulan Disember tahun 1955, rombongan PKM yang diwakili oleh Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tian telah mengadakan Rundingan Baling dengan rombongan Tunku Abdul Rahman. Perundingan itu gagal mencapai penyelesaian damai, akan tetapi, telah memainkan peranan positif ke arah tercapainya kemerdekaan Malaya.
Setelah melancarkan perjuangan bersenjata selama 40 tahun lebih, PKM akhirnya mengadakan perundingan 3 pihak dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan di raja Thailand. Pada 2 Disember tahun 1989, Chin Peng, Abdullah C.D. dan Rashid Maidin menandatangani Persetujuan Damai Hatyai bagi pihak PKM.
Pada tahun-tahun berikutnya, Chin Peng menumpukan perhatiannya dalam mengenalpasti pelaksanaan penuh Persetujuan Damai, terutamanya pada masalah bekas-bekas gerilawan-gerilawati yang memilih bermastautin di Malaysia.
Sebagai anak Malaya (sekarang Malaysia) dan salah seorang penandatangan utama Perjanjian Damai Hatyai, beliau sejak mula lagi telah mengemukakan permohonan untuk balik ke Malaysia. Akan tetapi, permohonan beliau telah ditolak pihak berkuasa dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal, bahkan hasrat beliau untuk menziarahi pusara orang tua beliau di Sitiawan pun tidak pernah terkabul.
Jika kerbau dipegang talinya, jika manusia dipegang katanya, demikian kata peribahasa. Perbuatan yang terang-terangan melanggar perjanjian yang bersifat antarabangsa dan tidak amanah ini telah amat merosak imej pihak berkuasa di mata dunia, khususnya setelah wafatnya Chin Peng.
Tambahan pula lalu penjahit, lalu kelindan. Jika perjanjian yang bersifat antarabangsa pun boleh dilanggar demi tujuan tertentu, apa lagi janji-janji atau amanah murahan yang ditabur-tabur di dalam negeri.


Sekian, terimakasih.
Mualaikum musalam warahmatulahi wabarahkatuh.


16 September 2015, petang.

Categories

Pengikut