UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KORBAN DARI RAKAN SEPERJUANGAN

Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha Daripada Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Kepada Kampung Perdamaian Sukhirin dan Kampung Perdamaian Kabang

Sempena tibanya Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji 10 Zulhijah. Persatuan Persahabatan Abad Ke-21  Malaysia dan segenap  ahli  mengucapkan selamat Hari Raya Haji kepada Pak Abdullah C. D. Ketua Kampung dan semua rakan seperjuangan dan penghuni di Kampung Perdamaian Sukhirin dan Kampung Perdamaian Kabang,  mudah-mudahan kawan-kawan sekalian selamat menunaikan solat dan ibadah korban.

Sempena dengan hari yang bermakna ini, kami yakin semua rakan kita tetap memperkukuhkan lagi persahabatan dan perpaduan teguh yang terjalin semasa perjuangan pahit getir itu. Lawatan rombongan Persatuan kami pada 16 September   diberi sambutan dan layanan mesra oleh kalian, aktiviti petang hari memperingati  hari ulang tahun ke-2 pemergian mendiang Chin Peng  dan majlis malam seni budaya yang muhibah memberikan galakan kuat kepada kami, dengan ini kami mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian,  salam dan hormat dari  kami

Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia
23 September 2015

4 ulasan

Boleh tuan jelaskan sedikit tentang "persatuan persahabatan abad ke 21"?adakah persatuan ini terbuka kepada orang ramai untuk menjadi ahli?

Reply

Persatuan Persahabatan Abad Ke21 Malaysia adalah sebuah persatuan saling bantu antata anggota yang hanya dianggotai oleh bekas perajurit Tentera Rakyat Malaya yang memilih untuk pulang atau bermastautin di Malaysia.

Reply

Oh..terima kasih atas penjelasan tuan..

Reply

Maaf lari topik, FB pak mat tiada lagi ke atau lain nama?

Reply

Categories

Pengikut