UCAPAN PENGERUSI GABUNGAN PERSATUAN PERDAMAIAN THAILAND SEMPENA MEMPERINGATI 70 TAHUN PERANG PASIFIK


Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand, Kawan Indra Djaja Abdullah
Salammualaikum warahmatulah wabarakatuh

Wakil Ketumbukan Ke-4 Tentera Thai yang dihormati,

Wakil Konsul Besar Republik Rakyat China Untuk Songkhla yang dihormati,

Para pemimpin dan penanggungjawab pertubuhan-pertubuhan perantau Cina yang dihormati,
Para tetamu dan sahabat yang dihormati,

Hari ini ialah Hari Peringatan Ulta Ke-70 Kemenangan Perang Pasifik dan sekaligus adalah juga Hari Peringatan Ulta Ke-70 Tamatnya Perang Dunia Ke-2. Pada saat yang khikmat dan meriah ini, kita menyatakan takziah yang sedalam-dalamnya kepada kira-kira 70 juta rakyat yang terkorban dalam Perang Pasifik dan Perang Dunia Ke-2 tersebut. Bersamaan itu, kita juga menyatakan salut yang setinggi-tingginya kepada para pendahulu kita yang telah bertempur dengan gagah perwira demi usaha anti-fasis dan membela perdamaian dunia.

Perang Pasifik dimulai dengan perang besar-besaran berskala sejagat oleh negara-negara imperialis untuk membagi-bagikan semula tanah jajahan dan merebut hegemoni dunia. Dan seterusnya, ia berkembang menjadi perang anti-fasis besar-besaran rakyat di tanah-tanah jajahan dan separuh jajahan yang dengan sewajarnya dan pada akhirnya memperolehi kemenangan Perang Pasifik tersebut.

Perang Pasifik serta Perang Dunia Ke-2 telah mendatangkan malapetaka yang maha besar kepada umat manusia. Akan tetapi, juga dengan teramat pesatnya meningkatkan kesedaran rakyat di tanah-tanah jajahan dan separuh jajahan. Melepaskan diri daripada kekuasaan colonial imperialis dan menuntut kemerdekaan negara, hak menentukan bangsa sendiri dan pembebasan rakyat telah menjadi kemahuan bersama dan arus sejarah bangsa tertindas dan rakyat tertindas. Maka, tercetuslah gerakan pembebasan nasional, gerakan anti apartheid, gerakan hak manusia dan sebagainya yang berskala sedunia, bergelora dan berlarutan selama berpuluh-puluh tahun.

Bekas Perajurit TAJRM diberi penghormatan
Dunia sekarang masih amat tidak tenteram, perebutan kaum imperialis ke atas sumber alam dan mengontrol wilayah-wilayah strategic  masih berterusan, bahkan semakin menjadi-jadi dan terang-terangan.

Tujuan kita memperingati ulta ke-70 tamatnya Perang Pasifik dan Perang Dunia Ke-2 justeru untuk bercermin dan mengingat sejarah, menghargai dan menyayangi perdamaian dan memelihara hak dan kepentingan rakyat.

Semoga semua orang dan negara yang cintakan perdamaian berusaha dan berjuang demi memelihara dan membela perdamaian sedunia dan haridepan kita bersama yang lebih indah.

Sekian.

Mualaikummusalam warahmatulahi wabarakatuh.

Catatan: Artikel di atas adalah teks ucapan Pengerusi Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand  Kawan Indra Djaja Abdullah di Majlis Memperingati 70 Tahun Perang Pasifik yang di adalah di Lee Gardens Plaza. Hadyai pada 15 Ogos 2015.

Categories

Pengikut