Suriani Abdullah — Serikandi Terulung

Eng Min Ching alias Suriani Abdullah, seorang perintis revolusi wanita negara kita yang meraih gelaran mulia Serikandi Anti-Jepun. Jauh pada dekad 1920-an lagi, gadis yang dihargai bagaikan mutiara bersinar dalam satu keluarga agak kaya di Setiawan, Perak, telah menyertai gerakan antiJepun dan menerima cita-cita revolusioner semasa bersekolah. Rakan sekampung, teman sekolah dan kawan seperjuangan Ong Boon Hua (Chin Peng), Eng Min Ching selepas kelulusan sekolah, segera menceburkan diri ke dalam pergerakan revolusioner. Ia bertindak bagaikan helang mengembangkan sayap berterbang menyongsong ribut taufan, bersusah payah menuju ke puncak cita-cita di seberang sana. Beliau telah mengharungi ujian perjuangan pelbagai masa seperti sebelum perang Pasifik, perang anti-Jepun, masa aman, perang anti-British dan perang dalam negeri, mewujudkan perdamaian. Dengan ini beliaulah seorang serikandi terulung dan terbilang, beliaulah kebanggaan wanita Malaya/Malaysia.

Pada masa sebelum Jepun menceroboh Malaya, Eng Min Ching telah menyertai aktiviti Kesatuan Sokongan Belakang bagi Anti-Musuh anjuran Parti Komunis Malaya (PKM). Hujung tahun 1941, Jepun menceroboh Malaya, tentera British berundur terus-menerus kerana kalah di bawah serangan tentera Jepun, 15 Februari 1942, seratus ribu tentera Beritish di Singapura menyerah diri dan seluruh Malaya diduduki oleh Jepun. Maka PKM mendirikan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (AMCJA), memimpin rakyat melancarkan perang anti-Jepun. Ketika Rejimen Ke-5 Tentera Anti-Jepun didirikan di Chemor, Perak, Markas Besar Rejimen melantik Setiausaha Jawaatankuasa Bandar Ipoh, Eng Min Ching menyandang Wakil Parti (iaitu Komisar Politik) bagi Kompeni Teladan yang secara langsung di bawah Markas Besar. Kemudian dipindah tugas sebagai Setiausaha Kawasan Chemor dan Sungai Siput. Dan dipindah lagi sebagai Setiausaha Kawasan Tanjung Tualang, pertubuhan massa dan perjuangan anti-Jepun di kawasan itu berkembang pesat di bawah pimpinannya. Namun malang tak berbau, pada masa fajar mula menyingsing bagi perang anti-Jepun, di dalam sebuah rumah desa, beliau terjebak dalam kepungan tentera Jepun, lalu jatuh ke dalam tangan musuh. Di dala penjara Fasis Jepun, beliau menderita dan menahan segala macam seksaan kejam setan Jepun, luka-luka dan lebam-lebam meliputi sekujur badan, tetapi tekadnya tetap membaja, memperlihatkan sifat sejati seorang serikandi, pendirian revolusionernya mutlak tidak goyah. Dengan semnangat revolusioner yang teguh dan berkobar-kobar beliau menggalakkan para rakan sepenjara agar memperteguh keyakinan, melancarkan perjuangan terhadap musuh. Dengan manifestasi menonjolnya dalam masa anti-Jepun, beliau telah dihadiahi gelaran mulia Serikandi Anti-Jepun dalam satu persidangan antarabangsa bagi wanita yang berlansung di Beijing, China,

15 Ogos 1945, Jepun kalah perang dan menyerah kalah tanpa syarat. AMCJA menang dan bergerak keluar dan masuk mengawal keselamatan di bandar-bandar, Eng Min Ching keluar dari penjara secara mulia. PKM melantik beliau menyandang wakil PKM untuk Pejabat PKM Perak. 3 September, tentera British datang mendarat, bertapak semula dan mendirikan Pentadbiran Tentera British (BMA), beliau menyandang juga wakil PKM dalam BMA. Pejabat PKM menubuhkan pasukan propaganda yang terdiri dari anggota Melayu, Cina dan India, beliau memimpin pasukan propaganda bergerak ke serata tempat Perak, mendiayahkan polisi dan pendirian PKM, menjalin barisan persatuan dengan pelbagai kalangan, dengan ini membantu penubuhan dan perkembangan pertubuhan massa seperti kesatuan sekerja, persatuan tani, liga pemuda demokrasi baru, persatuan wanita dan sebagainya. Kemudian, PKM mengurangkan pejabat kepada dua pejabat di Kuala Lumpur dan Singapura, beliau menyandang wakil Pejabat PKM Singapura.

20 Jun 1948, kerajaan penjajah mengumumkan Darurat dan mengharamkan PKM dan semua parti yang memperjuangkan kemerdekaan. Maka PKM dengan tedas dan gigih mengangkat senjata dan mendirikan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM), memimpin rakyat melancarkan perang anti-British. Eng Min Ching berundur ke Rejimen Ke-4 di negeri Johor, kemudian beredar ke negeri Pahang, menyandang Ketua Bahagian Politik Rejimen Ke-6.

Tahun 1963, Jawatankuasa Pusat PKM dan Markas Agung TPNM mengarahkan pasukan induk Rejimen Ke-10 memulakan peredaran strategi, berjalan jauh (long-march) ke utara. Chin Peng melantik Eng Min Ching sebagai Penghubung, bertanggungjawab perhubungan dengan Jawatankuasa Pusat dan berhubung dengan organisasi parti dan pasukan tempatan, bagi menjamin kelancaran peredaran Rejimen Ke-10. Ini merupakan titik balik kerjaya revolusinya, sejak itu beliau telah menjalin pengikatan erat-erat yang kekal dengan pasukan dan pergerakan revolusioner Melayu.

Penghujung tahun 1954, Rejimen Ke-10 tiba di kawasan sempadan Malaya-Thailand, dan membuka basis gerila di sektor timur sempadan, Eng Min Ching menjadi ahli Markas Besar Rejimen Ke-10 dan pembantu kanan kepada Komisar Politik Rejimen Ke-10, Abdullah C. D. Dalam proses bertugas dan perjuangan bersama hubungan mereka berkembang dari rakan seperjuangan karib kepada pasangan revolusioner, dan nama Islamnya Suriani Abdullah. Pada 1975, malangnya Abdullah C. D, termakan makanan dibubuh racun oleh spai musuh dan sakit parah sehingga tak mampu bertugas, maka dalam tempoh itu Surianilah bertanggungjawab memimpin pelbagai tugasan dalaman dan luaran Rejimen Ke-10, menjayakan tugas secara cemerlang, terus hingga ketika kesihatan Abdullah C. D. beransur pulih dan sanggup bertugas.

Dalam Rejimen Ke-10, Suriani berpegang teguh pada pandangan bangsa yang tepat untuk menunaikan tugas beratnya. Saya menyaksikan amalannya kerana selepas perundingan Baling, januari 1956, Chin Peng memindahkan saya ke Rejimen Ke-10ketika bertugas di Rejimen Ke-10, Suriani yang memimpin saya, beliau menjelaskan saya tentang betapa pentingnya memahami sejarah, agama, budaya, adat istiadat, psikologi dan prinsip perpaduan dengan komrad-komrad Melayu dan sebagainya. Beliau mengamalkan sendiri semua prinsip itu, bersepadu sepenuhnya dengan semua komrad Melayu, dan langgam unggulnya memimpin dan mempersatupadukan semua komrad Melayu itu, maka ia mendapat penghormatan dan sokongan mendalam dari semua komrad Melayu.

Dalam beberapa tahun keadaan revolusi berada dalma pasang surut selepas perundingan Baling, beliau bekerjasama dengan Abdullah C. D., membereskan kerja dan aktiviti politik, tentera, ideologi, rekreasi budaya, sukan dan sebagainya, sekali gus juga mengatur penyusun massa membuka tapak baru, regu-regu pengeluaran bercucuk tanam dan menternak ayam itik bagi menambah baik kehidupan. Beliau menjalankan kerja pemikiran secara halus dengan bawahan, mendengar aduan dan rungutan mereka, membantu mereka menyelesaikan kesukaran, mereka menganggapnya sebagai ibu yang boleh meluhkan suka dan duka. Oleh itu, organisasi Rejimen Ke-10 cukup sempurna, bukan saja tidak timbul kekeliruan fikiran, tiada orang mengundurkan diri, malahan tapak basis kukuh dan ada perkembangan. Sebab itulah Sekolah Parti Utara Malaya pertama diselenggarakan di dalam pasukan induk Rejimen Ke-10, dan dalam upacara tamat pelajaran telah mengumumkan Pedoman Baru “Pertahankan Perjuangan secara aktif, memperkembangkan perjuangan selangkah demi selangkah”, dan inilah permulaan pemulihan semula revolusi di kawasan sempadan dan dalam negeri. Sejak itu, pasukan dan basis Rejimen Ke-10 berkembang dan membesar terus-menerus, dan, banyak kali menghancurkan serangan tentera dan kepung basmi musuh, sehingga akhirnya menandatangani Persetujuan Damai Hadyai.

Setelah penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai, bekas Rejimen Ke-10 membina Kampung Perdamaian Sukhirin di Naratiwat, Selatan Thailand. Suriani mencurahkan perhatian kepada pembinaan dan kehidupan kampung. Kemudian beliau bersama Abdullah C. D. balik melawat sanak saudara dan rakan-rakan di tanah air Malaysia, selepas melawat tanah tumpah darah mereka di Perak, mereka telah diberi kehormatan, iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (Almarhum) berkenan menerima mereka mengadap.

Kampung Perdamaian Sukhirin menjadi fokus individu amnya dan orang Melayu khasnya yang ingin menyelidiki sejarah, menerusi lawatan dan temu ramah mesra, mereka telah memahami orang-orang sebenar, kisah sebenar dan banyak tinggalan sejarah yang disaksikan, apabila membandingkan kesemua itu dengan fitnah-fitnah apa yang disebut “pengganas”, satu kontras/perbezaan amat ketara segera muncul, dan kesimpulan ditarik secara spontan bahawa UMNOlah yang menipu mereka. Seorang aktivis sejarah lisan, Aziz, mengubah namanya kepada Aziz Suriani sebagai tanda hormat kerana terharu setelah memahami kisah Suriani menceburkan diri ke dalam perjuangan anti-fasis Jepun pada masa gadis jelita 17 tahun, dan kisah dialami Suriani dalam Rejimen Ke-10. Dari ini nampaklah betapa glamornya.

Dinihari 21 Mac 2013, ahli Jawatankuasa Pusat PKM, pimpinan bekas Rejimen Ke-10 Tentera Rakyat, Suriani Abdullah, 89 tahun, meninggal di Kampung Perdamaian Sukhirin. Selepas berita sedih itu tersiar, para rakan seperjuangan, individu pelbagai kalangan dan pertubuhan bersahabat terus-menerus menyampaikan takziah melahirkan rasa dukacita mendalam atas pemergiannya.

Jenazah Almarhumah Suriani Abdullah disemadikan di tanah perkuburan Kampung Perdamaian Sukhirin. Pada 29 April 2013, Warga Kampung Perdamaian Sukhirin mengadakan majlis tahlil dan memanjat doa sempena 40 hari pemergian seorang pemimpin sekaligus sebagai ibu, almarhumah Suriani Abdullah @ Eng Ming Ching.


Categories

Pengikut