ABADILAH KAWAN YI MIN BERSAMA SEJARAH PERJUANGAN BANGSA UNTUK KEMERDEKAAN

Wong Soon Fong @ Yi Min 
Kawan Yi Min, seorang kader PKM, bekas anggota Parlimen Singapura dan juga Pengurus Umum Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT) dan Ketua Persatuan Perdamaian Banlang telah pergi untuk selamanya pada 1 Disember 2015 di Kampung Perdamaian Banlang dalam usia 81 tahun. Berikut adalah pengumuman dari Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand.






LAGI SEORANG ANGGOTA PEMBINA NEGARA MENINGGALKAN KITA



Terjemahan oleh Indra dari 泰和

Pada 1 Disember tahun 2015 pukul 3.00 petang, Pejuang Kemerdekaan Singapura, bekas anggota Parti Komunis Malaya (PKM), bekas anggota Parlimen Toa Payoh, Singapura dan juga Pengurus Umum Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT) dan Ketua Persatuan Perdamaian Banlang, Wong Soon Fong (黄信芳) , meninggal dunia di Kampung Perdamaian Banlang dalam usia 81 tahun. 


Mendiang Wong Soon Fong @ Yi Min dilahirkan di Singapura pada 27 Ogos tahun 1934. Mendiang menyertai Liga Pembebasan Anti British pada tahun 1954 dan dilantik menjadi calun anggota jawatankuasa pusat Persatuan Petani Singapura pada tahun yang sama. 



Setelah Persatuan Petani diharamkan, mendiang dipilih menjadi Ketua Cawangan parti PAP.

Pada tahun 1957, mendiang dipilih menjadi anggota Majlis Perbandaraan Singapura penggal pertama. Dalam penggal itu, PAP telah menerajui pemerintahan Bandar Singapura kerana memenangi mejoriti kerusi di Majlis Perbandaran. Ong Eng Guan dipilih menjadi Datok Bandar, manakala Ong Pang Boon menjadi timbalannya. 


Pada tahun 1959, mendiang terpilih menjadi ahli Parliman Toa Payoh dalam pilihanraya pertama pemerintahan otonomi Singapura. PAP telah memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya itu dan Lee Kuan Yew dilantik menjadi Perdana Menteri pertama pemerintahan otonomi Singapura.

Pada tahun 1960, mendiang dilantik menjadi Pengarah Barisan Pembina Negara.


Pada tahun 1961 mendiang dan sejumlah ahli-ahli Parlimen yang menentang rancangan Lee Kuan Yew yang hendak menyertai Malaysia telah mengundurkan diri beramai-ramai dari PAP lalu turut-serta menbentuk Barisan Sosialis.



Setelah Lee Kuan Yew melakukan penangkapan besar-besaran terhadap kaum kiri di bawah Operation Coldstore pada 2 Februari tahun 1963, mendiang berjaya mengundurkan diri ke Indonesia. 



Mendiang menyertai Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) pada tahun 1980 dan dilantik menjadi Timbalan Pengarah Lojistik Kompeni Ke-3 Rejimen Ke12, merangkap Ketua Seksyen Ke-8 unit tersebut. Setelah Kompeni Ke-3 dipecahkan kepada Pasukan Pertama dan Pasukan Kedua, mendiang dilantik menjadi Pengarah Lojistik Pasukan Kedua merangkap Ketua Seksyen Ke-14 (iaitu Seksyen Orang Asli).



Setelah damai, mendiang bermastautin di Kampung Perdamaian Banlang dan dipilih menjadi Ketua Persatuan Perdamaian Banlang. Setelah Gabungan Persatuan Perdamaian Thailand (GPPT) ditubuhkan pada tahun 2014, mendiang dilantik menjadi Pengurus Umum GPPT.

Yi Min Ketua Seksyen TPNM

又一位建国一代走了
新加坡独立斗士、前马来亚共产党党员、前新加坡大巴窑区国会议员、本会总务黄信芳于2015121日下午3时在邦朗和平村逝世,享年81岁。将于今天(122日)在也拉市的佛寺举行遗体告别仪式。
黄信芳,队名一民。1934827日出生于新加坡。1954年参加抗英同盟。1954年任新加坡农协候补中委农协被封后,到人民行动党支部当主席。1957年当选为新加坡第一届市议会议员。人民行动党以多数席位执政市政府,王永元任市长,王邦文副市长。1959年,新加坡举行第一届自治政府大选,当选为大巴窑区立法委员,行动党大胜,李光耀当上第一届自治政府总理。1960年当建国队指挥官。1961年与一批立法议员因反对李光耀的加入马来西亚计划,退出行动党,接着参与成立社阵。196322日,李光耀发动冷藏行大肆逮捕左翼人士时,到印尼避难。1980年参加马来亚民族解放军第12队第3队,任后勤处副主任兼第8队队长。后来3中分成一、二队,他被分配到二队当后勤处主任兼第14队队长(阿沙小队)。和平后住邦朗和平村,任邦朗和平联谊会会长。2014年泰国和平联合会成立,任联合会总务


MENGENANGI ARWAH KAWAN TAUFAN, KAWAN SUKOR DAN KAWAN DAUD


oleh Srikandi




Kawan Sukor, Kawan Taufan dan Kawan Daud adalah pejuang nasional sejati. Mereka berasal dari kelas tani pertengahan, tapi kerana semangat nasionalisme yang membara dijiwa dan gerakan menuntut kemerdekaan sedang berkobar-kobar ketika itu, mereka dengan rela hati meninggalkan semua kesenangan terjun  ke kancah perjuangan kemerdekaan tanah air Malaya yang tercinta ini.

Semoga jasa mereka yg tak ternilaikan ini akan abadi dalam lipatan  sejarah  kemerdekaan negara kita.

Semoga kisah dan teladan unggul yang ditinggalkan mereka akan menjadi pengajaran dan iktibar yang tak ternilaikan oleh pencinta sejarah tanah air khasnya bagi golongan muda yang meminati sejarah dan sedang  berusaha mencari bahan-bahan sejarah.

Semoga roh mereka ditempatkan bersama dengan roh para syuhadah.. Amin

ALFATIHAH UNTUK KAWAN TAUFAN



Taufan@Aminah binti Hj. Hassan

Pagi ini 13 November 2015, Kampung Perdamaian Sukhirin mendapat berita Kawan Taufan telah meninggal dunia di Raub Pahang pada pukul 1.30am.

Kawan Taufan atau nama sebenarnya Aminah binti Haji Hassan menyertai perjuangan bersenjata pada tahun 1961, dalam kumpulan terawal warga Selatan Thai menyertai Rejimen Ke-10.
Dalam memoirnya bahagian ketiga PERJUANGAN DI SEMPADAN DAN PENAMATAN TERHORMAT, Kawan Abdullah C.D. menulis:

Aminah – Beliau seorang anasir cergas wanita dari Kampung A dalam satu organisasi massa di bawah pimpinan Sukor dan Rosmah. Kerana pekerjaannya baik,  dia dihantar menyusun kaum nelayan di kawasan pantai Pattani. Kerana perkembangan kerjanya dia telah berjaya membenbentuk persatuan nelayan. Pernah beberapa kali persatuan ini melancarkan mogok ke laut kerana menuntut upah yang berpatutan dengan majikan. Beliau kemudiannya menyertai pasukan Rejimen Ke-10 di Kampung A, sebuah kampung di kawasan Kuala Kail, Banang Star, Yala, Selatan Thailand.

Tahun 1963 beliau berkahwin dengan Kawan Masin atau nama sebenarnya Sanib Jasmani berasal dari Johor, salah seorang anak buah Mat Indera. Perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata wanita.

Dalam perjuangan bersenjata, beliau berkhidmat di pasukan induk Rejimen Ke-10 sebagai Pembantu Ketua Seksyen Wanita di bawah Kawan Atom (Siti Mariam Idris).

Pekerjaan pokok beliau ialah membantu memimpin masalah2 wanita dalam pasukan, memandu regu wanita, membantu kawan2 pimpinan, kerja perubatan, masak memasak, menjahit uniform, kerja perubatan terutama korek (accupuntur) dan lain2. Kerana kemajuannya Jawatankuasa Parti Rejimen Ke-10 telah melantiknya menjadi Ketua Platun.

Setelah penandatanganan perdamaian 1989 dan perjuangan bersenjata ditamatkan, beliau bersama Sanib memilih untuk pulang ke Malaysia. 

Alfatihah untuk Allahyarhamah Aminah. Segenap rakan seperjuangan di sini menadah tangan berdoa semoga beliau diletakkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah. 

Kampung Perdamaian Sukhirin,
13 November 2015

ALFATIHAH UNTUK KAWAN DAUD


Kawan Daud

Baru mendapat khabar bahawa Kawan Daud telah meninggal dunia pada pagi ini di pangkuan keluarganya di Kampung Lokchut, daerah Weng Narathiwat. Jenazah beliau juga akan dikebumikan di sana. Beliau yang telah beberapa tahun mendapat sakit lumpuh tidak boleh bergerak sendiri menetap di rumahnya di Kampung Chulabhorn Patana 12. Akan tetapi, mendapati sakitnya menjadi parah, pada hari semalam,  pihak keluarga membawa beliau pulang ke kampungnya di Weang. Rupanya itulah perpisahan terakhir beliau dengan kampung perdamaian ini.

Alfatehah untuk Kawan Daud, semoga Allah meletakkan Allahyarham di kalangan orang2 yang dikasihiNya.

Kawan Daud menyertai perjuangan bersenjata pada tahun 60-an ketika pasukan penyusun massa Rejimen Ke-10 bergerak di Kawasan Lubuk Lasak, Sukhirin.

Beliau pernah menyertai Pasukan Propaganda Khas, Pasukan Platun Merdeka dan Pasukan Penggempur Ke-14 Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Abu Samah Mohd. Kassim bergerak di Ulu Kelantan.

Setelah pasukan Pengempur Ke-14 pulang ke kawasan sempadan beliau berkahwin dengan seorang puteri kawasan sempadan dengan nama perjuangannya Kawan Seni dan terus berkhidmat dalam pasukan itu sehingga tamat perang. (12 Nov. 2015)

Categories

Pengikut