INDRA DJAJA: KENANGAN 25 TAHUN SILAM



3 November tahun 1989, Kawan Chin Peng terbang ke Pulau Phuket untuk menyertai pusingan terakhir perundingan damai 3 pihak Kerajaan Malaysia - Kerajaan DiRaja Thailand - Parti Komunis Malaya. Gambar yang diambil oleh jurukamera Cawangan Khas Polis Malaysia di kantin Hotel Thavorn Palm Beach pada hari tersebut ini adalah perjumpaan pertama saya dengan Kawan Chin Peng setelah saya menyertai perjuangan bersenjata pada awal tahun 1982. 



MENGENANGI PEMIMPIN YANG KITA CINTAI MENDIANG CHIN PENG

Mengenangi Pemimpin Yang Kita Cintai, Mendiang Chin Peng
Kawan Afandi sedang menyampaikan ucapan

(Teks ucapan Kawan Afandi di Majlis Memperingati Ulangtahun Pertama Pemergian  Kawan Chin Peng yang diadakan di Ipoh, Perak pada 16 September 2014)

Pengerusi, para tetamu yang terormat, kawan-Kawan Karib dan komrad-komrad.
Pada hari ulang tahun pertama pemergian Chin Peng, pemimpin yang kita cintai, majlis peringatan diadakan di sini untuk mengennangi riwayat revolusionernya dan baktinya kepada usaha revolusi rakyat. Semua hadirin datang dengan membawa satu hasrat yang sama, dengan ini saya menglu-alukan kahadiran kalian dan nenyatakan rasa hormat kepada kalian.
Tiga pertubuhan penganjur menugaskan saya mentaklimatkan riwayat hidup revolusionernya, ini kewajiban yg tidak boleh ditolak, mujurlah saya selaku seorang antara utusan ciliknya dan bertugas di sisinya pada beberapa masa titik balik peringkat revolusi yang penting, maka mentaklimatkannya berdasarkan apa yang saya rasai dan saksikan sendiri dan cerita dari komrad-komrad yang bertugas di sisinya.
Majlis Memperingati Ulangtahun Pertama Pemergian Kawan Chen Ping yang diadakan di Ipoh, Perak
Perihal baktinya dalam ucapan Pengerusi telah berkata bahawa status bersejarah mendiang Chin Peng yang tidak tergoyahkan dalam sejarah gerakan revolusiioner negara kita, ia telah melanjutkan dan mengobarkan semangat pejuang gigih semua bangsa memperjuangkan kemerdekaan, memainkan peranan kepimpinan bersejarah dalam pelbagai masa sejarah. Dalam perundingan damai tiga pihak, ia berpendirian tegas, berkeberanian hebat dan kebijaksanaan luar biasa, sehingga akhirnya mencapai perdamaian terhormat dan menandatangani Persetujuan Damai Hadyai. Ia rela membaktikan segala daya upayanya dengan tidak henti-henti sampai akhir hayatnya telah mencurahkan keseluruhan tenaganya kepada usaha rakyat. Wakil tiga pertubuhan penganjur memberi sanjungan tinggi bahawa mendiang adalah  seorang pemimpin agung sewajarnya, ia telah memimpin perang Anti-Jepun, Perang Anti-British dan Perang Saudara berjumlah 45 tahun lamanya, ini jarang-jarang terdapat dalam sejarah revolusi rakyat di rautau ini malah di seluruh dunia. Semua ini saya tidak ulangi lagi.
Fakta tersebut di atas itu, boleh dirumuskan sebagai penjelmaan kualiti akhlak atau keperibadian revolusioner agung. Justeru kerana adanya tarikan kualiti akhlak yang begitu mengharukan hati sanubari, maka beliau tetap hidup selama-lamanya di dalam hati rakyat. Sungguhpun mendiang telah pergi, daya tarikan kualiti akhlak itu membuat orang sentiasa ingat dan mengenanginya, menceritakan kisahnya. Suara penyayang dan wajah riang mesranya masih jelma di depan mata. Daya kualiti tarikan itu terjelma dalam banyak bidang: Dikisahkan dengan kesimpulan, pertama-tama mendiang adalah seorang soasialis yang teguh, sekali gus juga patriot nasionalis berjuang untuk pembebasan nasional, dan kedua seorang tokoh berperikemanusiaan revolusioner.
Di sini saya hanya menyebut bahagian yang utama dan sesuatu contoh saja, kerana masa majlis terbatas dan kawan-kawan yang pernah bersama dengannya boleh menceritakan banyak kisahnya.
Pertama, sosialis yang teguh, ini terbukti dalam Hajat Terkhirnya masih tetap tidak lupa “Berjuang demi satu masyarakat yang lebih adil dan lebih indah, yang berdasarka cita-cita sosialisme.” Saya pernah menulis satu ucapan berjudul “Ching Peng di Samping selaku seorang berfahaman komunis juga seorang pejuang kebebasan dan nasionalis agung” (Catatan masyarakat sosialis adalah peringkat awal bermula masyarakat komunis.) Ia memimpin perang pembebasan nasional anti-Jepun dan anti-British, ini adalah penjelmaan patriot nasionalis. Masa awal anti-Jepun beliau mengasaskan Kompeni Ke-4 dan Kompeni Ke-8 Rejimen Ke-5 Tentera Anti-Jepun. 1943, beliau memimpin negeri Perak, tinggal di suatu kebun ubi kayu dekat Kampung Baru Tanah Mas Bidur-Tapah sekarang, kerana ia ada laluan ke timur menuju ke pergunungan Bidur, ke barat menuju ke kawasan pantai barat. Di sini beliau secara langsung memimpin selatan Perak dan secara surat menyurat memimpin kawasan-kawasan lain seluruh Perak, iaitu memimpin Liga Anti-Jepun, Pasukan Lasak Bergerak dan lasykar rakyat, menciptakan situasi daerah desa mengepung bandar-bandar. Beliau ke pantai barat menjalin hubungan antara Force 136 Tentera Bersekutu dengan Tentera Anti-Jepun, seterusnya membawa Lai Te ke Bukit Belantan menandatangani Persetujuan Bersama dengan pihak Tentera Bersekutu Menentang Jepun, merintis saluran Tentera Bersekutu membekalkan senjata kepada Tentera Anti-Jepun di seluruh Malaya. Bakti penting ini juga satu sebab Lai Te terpaksa melantik Chin Peng sebagai antara Pesuruhjaya Pusat Tentera Anti-Jepun.
Masa awal Jepun menyerah kalah, beliau mengurus penubuhan Jawatankuasa Rakyat dan menghantar pasuka-pasukan Tentera Anti-Jepun ke semua kawasan menjaga keselamatan masyarakat, juga secara tepat menghantar Abdullah C. D. menangani dan menenteramkan peristiwa Parang Panjang di Perak, dan lain-lain lagi.
Selepas itu, beliau ke Kuala Lumpur dan Singapura mengambil tugasan Jawatankuasa Pusat, bersama ahli J/K Pusat lain mengelakkan gangguan Lai Te, beliau terutama mengambil berat kerja Melayu, memupuk kader tentera Melayu (lihat Chin Peng dengan Kerja Melayu, Rejimen Ke-10 dan Abdullah C.D.). Yang lebih penting lagi, beliau bersama Yang Guo mendedahkan musuh dalam selimut Lai Te, menyingkirkannya dari PKM, dengan ini dapat menetapkan garis tepat, dan muncullah situasi perjuangan kemerdekaan berkembang berkobar-kobar, Putera-Amcja melancarkan Mogok Hartal pada Oktober 1947, gerakan pemogokan buruh timbul berturut-turut di sana sini, dan sebagainya. Penjajah British berasa penjajahannya akan runtuh, maka mengumumkan Darurat pada pertengahan Jun 1948, dan seterusnya mengharamkan PKM dan semua parti yang menentang penjajahan, hanya UMNO saja dihalalkannya..

Menjelang 20 Jun, Chin Peng di Kampar, Perak dengan berani dan kecerdasannya dapat meloloskan diri dari penangkapan tangan setan musuh, kemudian dilindungi komrad-komrad beredar ke Batu 11 dekat Digong dan Air Kuning. Di sini beliau memimpin pembentukan Markas Besar pasukan bersenjata Perak dan membuat keputusan penting tentang pembentukan pasukan tentera. Setelah pasukan beredar ke kawasan pergunungan di sebelah timur, di kampung ini dan desa Air Kuning, mengalami tiga kali berturut-turut serangan pengeboman pesawat udara dan serangan tentera musuh, kehebatan serangan yang tidak ada dalam masa Perang Anti-Jepun, maka Ma Ding telah hilang keyakinan perjuangan bersenjata, tetapi Chin Peng membantunya dengan nasihat bahawa mesti yakin perjuangan adil akhirnya pasti mencapai kemenangan. Chin Peng dengan cara surat menyurat memimpin, beliau memesan Yang Guo mempengerusikan mesyuarat J/K Pusat, dan mengadakan mesyuarat J/K Negeri Perak di Cameron Highland, menetapkan pembentukan Rejimen Ke-12 dan sebagainya.
Seterusnya, di Pahang, beliau membentuk Organ J/K Pusat, ambil keputusan menubuhkan Rejimen Ke-10 dengan Abdullah C.D. sebagai Komisar Politik, memupuk dan meningkatkan kader-kader Melayu. Sekali gus juga membuat Keputusan Oktober, membetulkan ketetapan salah tepat pada waktunya, Dan dengan berpandangan jauh menetapkan Organ Pusat dan kekuatan utama Rejimen Ke-10 beredar ke utara ke kawasan sempadan. Kesemua itu membawa makna penting bagi perundingan Baling dan perundingan tiga pihak serta penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai.
Berperikemanusiaan revolusioner, teramat prihatin dan kasih sayang pada semua komrad dan rakyat. Mendiang Chin Peng amat sederhana, bersifat penyayang, toleransi, terlebih dulu bertimbang rasa kepada orang lain, langsung tidak tunjuk lagak. Antara lain contoh-contohnya sebagai berikut: 
Selepas Jepun menyerah kalah, Markas Besar Rejimen Ke-5 dan dua kompeni Tentera Anti-Jepun ada di Bidur, Chin Peng selaku Pesuruhjaya Pusat datang ke Bidur, beliau tidak tinggal di Markas Besar di Bandar, tetapi tinggal di rumah atap kediaman beberapa Xiaogui (si cilik) kami sebagai pejabatnya. Ia sangat mengasihi kami. Tentera Anti-Jepun adakan Majlis Malam Gembira, beliau membimbing kami berjalan kaki ke tempat majlis, beliau tidak tampil sebagai Pesuruhjaya Pusat, sebaliknya berpakaian biasa, bersama kami dan orang ramai duduk di atas tanah saja. Sifatnya mudah didekati, ramah mesra dan sesiapa pun boleh bersembang dan bergurau dengannya, sesiapa yang telah bergaul dengannya boleh ceritakan banyak contoh.
 Pengawal kepada pengawal: Organ Pusat beredar sampai di kawasan Chemor dan Sungai Siput, suatu petang, makan ubi kayu jenis buat serbuk ubi itu, akhirnya semua pengawal telah pengsan tak sedarkan diri, cuma Chin Pengn seorang saja tidak pengsan kerana hanya makan sedikit, maka dialah mengambil sepucuk Brengan pergi berjaga di depan khemah, mengawal keselamatan para pengawal. Setelah para pengawal sedar semula, kesemuanya berasa amat terharu.
Memperlakukan orang lain secara penyayang. Setelah perang anti-British meletus, beliau mengatur kader yang mengidap TB seperti Ah Cheng dan lain-lain pergi Ke China untuk mengubati penyakit. Ma Ding hilang keyakinan dan tak dengar nasihat, maka Chen Ping mengatur isteri Mading membawanya beredar ke China untuk elakkan daripada terperosok ke dalam tangan musuh. Lihatlah betapa berperikemanusiaan, belas kasihan dan murah hatinya. Contoh seperti ini boleh ditunjuk banyak lagi.
Rundingan Baling, beliau bersedia akan ditahan oleh musuh dan telah menyediakan Lao Xie akan menggantinya jika ia ditahan. Dengan mengharung bahaya ini ia bertolak ke Perungdingan Baling, di tengah jalan, satu surat disampaikan, ini telah membuat ia tak lelap sepanjang malam, rupaya surat dari suatu pihak itu mendesak supaya mesti bersetuju menamatkan perang. Namun, ketika menghadapi paksaan serah diri dari Tunku yang mengikut arahan pihak British, ia membalas dengan isytihar gagah perkasa: “Berjuang sehingga seorang terakhir pun sekali-kali tidak akan menyerah diri.” Malah beliau mendorong Tunku supaya pergi menuntut merdeka, setelah merdeka dan Tunku berkuasa penuh boleh berunding lagi. Dengan sokongan inilah Tunku pergi ke London berunding dan balik dengan membawa janji boleh merdeka pada 31 Ogos 1957. Tetapi Tunku yang mendapat kuasa dan menjaga kepentingan British itu telah mungkir janji dan meneruskan perang yang bertukar menjadi perang saudara, menyebabkan perang itu berterusan sehingga penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai pada 2 Disember 1989.
Dalam perundingan tiga pihak, Chin Peng memberi petunjuk yang berebijaksanaan tinggi, penggabungan antara prinsip revolusioner dengan kefleksibelan, memandu perwakilan PKM maju dengan langkah mantap, Setelah prinsip persetujuan dicapai, beliau tiba di Phuket untuk membuat keputusan terakhir. Namun, Menteri Dalam Negeri Megat Junid mengeluarkan ucapan mengatakan PKM menyerah diri. Chin Peng segera memanggil mesyuarat perwakilan, membuat keputusan keluarkan kenyataan bantahan dan malam itu juga mengemukakan bantahan keras, jika kerajaan Malaysia tidak membetulkan kenyataan itu, PKM akan hanya menandatangani persetujuan dengan kerajaan Thailand saja. Maka kerajaan Malaysia terpaksa membuat pusingan U, menjawab bahawa Megat Junid tak boleh mewakili kerajaan. Dengan ini dalam persetujuan Pengaturan Pentadbiran ditetapkan: “Semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana satu pihak selepas ini haruslah dibuat dengan semangat persetujuan dan tidak harus mengandungi sebarang istilah memfitnah seperti "penyerahan diri beramai-ramai" dan "kapitulasi" (pengkhianatan/serah diri). ” Jika dibandingkan dengan Parti yang kondisinya lebih unggul dari PKM, iaitu Parti Komunis Burma mengalami kebuntuan perundingan kerana kekurangan kefeleksibelan, maka lebih menyerlahkan kecerdasan mendiang Chin Peng.
Dalam menyelesaikan masalah anggota-anggota yang kembali tanah air dipaksa menandatangani pengakuan. Saya telah menyaksikan tindakan Chin Peng berusaha siang berganti malam, menghubungi pegawai-pegawai pihak Thailand dan menegaskan kepada pihak Malaysia akibat hebat akan dihadapinya, akhirnya, kerajaan terpakasa bertolak ansur dan kami dapat kembali ke tanah air secara terhormat.

Akhirnya, dalam menyelesaikan masalah kewarganegaraan angota-anggota yang tinggal di Thailand, secara kebetulan saya pergi ke Bangkok dan dapat menyaksikannya, setahu saya, awal-awal lagi Chin Peng telah memeras otak atas perkara itu. Beliau dengan murah hati mengizinkan Yi Jiang dan Zhang Zhongming menandatangani dokuman akuan di bawah PKM, membolehkan penghuni di Kampung-Kampung Persahabatan itu mendapat kewarganegaraan mengikut Persetujuan antara PKM dengan kerajaan Thailand. 
Oleh Afandi

UCAPAN KAWAN INDRADJAYA DI MAJLIS MEMPERINGATI ULANGTAHUN PERTAMA PEMERGIAN KAWAN CHEN PING


Kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang dihormati,

Harini, kita memperingati ulangtahun pertama wafatnya mendiang Kawan Chen Ping, Setiausaha Agong PKM dan pemimpin kita yang tercinta.

Kawan Chen Ping adalah seorang yang rendah hati dan berhati-hati,  memandang kawan dan sahabat sekeliling secara sama rata, hidup sederhana, memandang berat penyiasatan dan pengkajian, memandang berat orang bawahan dan suka membaca. Inilah Chen Ping yang saya kenal.

Sudah tentu, Chen Ping adalah manusia biasa, bukannya nabi atau dewa.

Chen Ping dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 19 Oktober tahun 1924. Menjadi calun anggota parti PKM pada Januari 1940 dan menjadi anggota rasmi PKM pada bulan Julai tahun yang sama.

Setelah Jepun menceroboh Malaya, Chen Ping diarahkan memimpin pasukan gerila anti-Jepun di Perak. Melalui pertempuran-pertempuran yang dahsyat dan luarbiasa susah-payahnya, pasukan gerila anti-Jepun di Perak beransur-ansur berubah menjadi salah-satu kekuatan bersenjata PKM yang paling besar, paling kuat dan paling berkesan di seluruh Malaya.

Pada bulan Disember tahun 1943, Chen Ping bertanggungjawab mengatur “Perundingan Belantan” yang kemudiannya menghasilkan perjanjian  antara PKM dengan pihak wakil tentera British. Dengan demikian, British secara rasmi telah mengesahkan dan mengakui kewujudan PKM serta kekuatan bersenjatanya.

Perang anti-Jepun di Malaya adalah medan perang utama ke 2 Perang Anti Fasis Sedunia di kawasan Asia.  Rakyat Malaya serta Tentera Anti Jepun pimpinan PKM telah memberikan sumbangan penting terhadap kemenangan Perang Anti Fasis Sedunia.

Setelah menangnya Perang Anti Jepun, sesetengah komander utama Tentera Anti Jepun pimpinan PKM, termasuk Chen Ping sendiri, pernah dianugerahkan pingat dan kepujian daripada pihak kerajaan British. Mereka adalah hero anti Jepun yang diakui British di masa itu.

Pada bulan Mac tahun 1947, Chen Ping dipilih sebagai Setiausaha Agong PKM.

Akan tetapi, seiring dengan semakin meningkatnya kesedaran rakyat dan gagah-perkasanya kekuatan rakyat, penjajah British semakin merasakan ancaman kekuatan-kekuatan kiri terhadap kekuasannya.
Maka, kaum penjajah telah menggerakkan jentera perangnya dan mengambil semua bentuk cara penindasan. Mereka telah mengisytiharkan apa yang disebut Undang-Undang Darurat, mengharamkan semua pertubuhan dan parti politik yang progresif, menangkap semua tokoh-tokoh yang progresif dan lain-lain lagi, memaksa PKM pimpinan Chen Ping mengangkat senjata, melawan perang  kontrarevolusioner dengan perang revolusioner.

Semenjak itu, hero anti Jepun berubah menjadi “anasir pengganas” yang terlaknat dan tak terampunkan di kacamata British.

Walaupun Perang Pembebasan Anti-British PKM  pimpinan Chen Ping telah memberikan sumbangan penting yang tak ternafikan kepada tercapainya kemerdekaan Malaya tahun 1957, akan tetapi, demi memelihara kekuasaan mereka, kelas berkuasa perlu tetap mendakwa Chen Ping dan PKM yang dipimpinnya sebagai “pengganas”.

Pada 2 Disember tahun 1989, melalui perundingan yang susah-payah, Kerajaan Malaysia, Kerajaan DiRaja Thailand dan PKM telah mencapai persetujuan damai. Mendiang Kawan Chen Ping, sebagai Setiausaha Agong PKM, adalah penandatangan utama pihak PKM. Kerajaan DiRaja Thailand dan PKM telah dengan setianya melaksanakan berbagai ketetapan dan kewajiban yang ditentukan dalam persetujuan damai tersebut. Manakala pihak Kerajaan Malaysia secara terang-terangan melanggar sesetengah fasal utama persetujuan damai tersebut, dengan demikian, mereka telah memecahkan rekod dengan melanggar perjanjian antarabangsa.

Semasa hidup, mendiang  Chen Ping dilarang balik ke Malaysia, setelah meninggal dunia, abunya pun dilarang masuk Malaysia! Mana kebenaran? Mana keadilan? Mana peri kemanusiaan?

Kita adalah kaum optimisme. Kita yakin penuh bahawa mata massa rakyat adalah cerah! Mereka yang sengaja memutar-belitkan fakta sejarah dan kenyataan akhirnya akan mengangkat batu tapi tertimpa kakinya sendiri. Rakyat tidak dapat ditipu selama-lamanya, sejarah dan kenyataan tidak dapat disembunyikan selama-lamanya!


Akhirnya, benarkan saya memetik 2 ayat daripada Hajat Terakhir Saya tulisan mendiang Chen  Ping sebagai menutup warkah ini: “Saya hanya ingin dikenang sebagai seorang manusia yang baik, yang sanggup mengisytiharkan kepada dunia bahawa dia berani menghabiskan seumur hidupnya demi cita-cita yang dipegangnya, iaitu mewujudkan satu dunia yang lebih baik kepada rakyat jelata.” “Mudah-mudahan, jalan yang saya tempuhi ini akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh jenerasi muda. Saya yakin penuh bahawa api perjuangan demi keadilan sosial dan perikemanusiaan tidak akan padam.”

---

尊敬的同志们、朋友们,

今天是我们所尊敬、所敬爱的领袖、我们马来亚共产党总书记逝世1周年。
谦虚谨慎、平等待人、艰苦朴素、注重调查研究、关心下属,好读书,  这就是我所认识的陈平。
当然,陈平是人,不是神。
陈平1924年10月19日生于霹雳州的实雿远。1940年1月成为马共预备党员,7月正式成为马共党员。
日军进攻马来亚以后,陈平受命在霹雳州领导一支抗日游击队,在艰苦残酷的对日战斗中一步步地使霹雳州的抗日游击队变成全马其中一支最强大和卓有成效的马共武装力量。
1943年12月,陈平布置了“不兰丹谈判”,从而达成了马共与英军的协议,正式的承认了马来亚共产党及其武装力量的存在性和合法性。
马来亚的抗日战争,是世界反法西斯战争在亚洲地区的第二主要战场。马来亚人民及其马共所领导的人民抗日军为世界反法西斯战争的胜利做出了重要贡献。
抗日战争胜利以后,马共所领导的人民抗日军的一些主要领导人,包括陈平自己,还曾经获得英国政府颁发的勋章和战功,是英国人承认的抗日英雄。
1947年3月陈平被选为马共中央总书记。
随着人民的觉醒和人民力量的强大,英国殖民者愈来愈感到左翼力量对其统治的威胁。
于是,殖民者举起了战争的屠刀,采取一切镇压手段。他们颁布了所谓的“紧急状态法令”,取缔所有的进步组织和政党,逮捕所有进步人士,等等,迫使陈平领导下的马共拿起武器,以革命战争反抗英殖民主义者的反革命战争。
从此,抗日英雄变成了英国人眼中罪该万死的“恐怖分子”。
虽然陈平领导下的马共抗英民族解放战争为1957年的马来亚独立做出了无可否认的重要贡献,但是,为了维护自己的统治,统治阶级必须把陈平以及他领导下的马共视为“恐怖分子”。
1989年12月2日,马来西亚政府、泰王国政府和马来亚共产党经过艰苦的谈判终于达成了和平协议。身为马共总书记的陈平同志,是马来亚共产党一方主要的签字人。泰王国政府和马来亚共产党都忠实的履行了作为和平协议签署方所应尽的各项规定和义务。而马方,却在一些重要方面明目张胆地违反了和平协议,开创了违反国际协议的先例。
陈平生前不能回马,死后骨灰也不能回马!真理何在?正义何在?人权何在?
我们是乐观主义者。我们始终相信,人民的眼睛是雪亮的,那些蓄意歪曲历史和事实的人将会搬起石头砸中自己的脚。人民不会永远被蒙蔽,历史和事实也不会永远被掩盖!
最后,请允许我引用陈平同志在《我的意愿》中写的两句话,作为这次讲话结束语:“我只希望后人记得我是一个好人,一个可以向世界宣告他敢于穷奇一生追求自己的理想、要为人民创造一个更美好社会的人。”“希望年轻一代会遵循我走过的道路并将它发展完善。我深信社会主义和人文主义的火焰不回熄灭。

PERGINYA SEORANG KAWAN ASA

Kawan Jali @ Marak
Satu-satunya kawan Orang Asli di Kampung Perdamaian Sukhirin, Kawan Marak @ Jali, berumur 40 tahun, telah meninggal dunia di Hospital Sungai Golok pada pukul 6.30 pagi hari ini (13/9/2014). 

Almarhum akhir-akhir ini bertubi-tubi diserang sakit jantung dan darah tinggi yang parah dan selalu keluar masuk hospital. 

Almarhum menyertai pasukan Penggempur Ke-15 Rejimen Ke-10 pada tahun 1987 bersama-sama kakaknya yang bernama Mekpah dan adiknya yang bernama Mail.
Al-Fatihah.





MENGORBANKAN JAWATAN DEMI PERJUANGAN


Abdullah C.D.
Pada tahun 1948 (sebelum perisytiharan darurat), PKMM mengadakan Kongres Kebangsaan Ke-3 di Singapura. Tanpa diduga dalam kongres itu telah timbul keretakan besar dalam pucuk pimpinan. Di luar jangkaan kami, timbul golongan Ishak Haji Mohamad yang terdiri daripada Ishak sendiri, Ahmad Boestamam dan Taha Kalu (Ketua PKMM Cawangan Singapura, bekas pesara OCPD). Golongan ini tidak suka melihat gabungan tenaga nasionalis dan komunis di dalam pucuk pimpinan PKMM. Oleh itu, dalam kongres kali ini mereka cuba menjatuhkan Dr. Burhanuddin dan menggantikannya dengan Ishak Haji Mohamad. Akan tetapi dalam pemilihan pucuk pimpinan, Dr. Burhanuddin mendapat undi majoriti mutlak, manakala Ishak Haji Muhamad mendapat jumlah undi yang kecil sahaja.

            Masalah ini tidak berhenti setakat itu. Golongan Ishak mengemukakan pula usul mengejut untuk meminda perlembagaan parti dengan mewujudkan jawatan Penasihat Agung dan meminta Dr. Burhanuddin Al-Helmy menyandang jawatan itu; membatalkan badan politbiro dan menetapkan anggota Jawatankuasa Pusat terdiri daripada lima orang sahaja. Kongres telah menerima usul ini untuk dibahaskan.

            Dalam perbahasan itu, timbullah perdebatan sengit antara penyokong Dr. Burhanuddin Al-Helmy dengan golongan Ishak Haji Muhamad. Shamsiah Fakeh bangun mencabar Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Mohamad dengan meminta mereka menunjukkan keterangan menjadi anggota PKMM. Kerana tidak ada apa-apa keterangan, Ahmad Boestamam meminta maaf. Ketua PKMM Johor, Majid pula bercakap di depan kongres mengugut yang beliau akan menarik diri dari PKMM jikalau usul itu diluluskan. Harun Aminurrashid yang duduk di sebelah saya berbisik ke telinga saya menyatakan, “Ini diktator, parti dikontrol oleh lima orang saja.”

            Apabila kongres berehat sebelah petangnya, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menjemput saya ke kediamannya di rumah seorang keluarganya di Singapura. Beliau menyatakan keraguannya akibat perpecahan di dalam pucuk pimpinan itu. Beliau mengatakan yang beliau tidak dapat berbuat apa-apa.

            Saya dan Dr. Burhanuddin merasakan ini satu masalah penting yang harus ditangani dengan cermat dan berhati-hati. Saya ajukan kepada beliau supaya menerima sahaja tuntutan mereka. Kalau tidak PKMM mungkin akan berpecah. Walaupun mereka menguasai pucuk pimpinan parti, namun mereka (golongan Ishak Haji Mohamad) tidak boleh berbuat apa-apa kerana kekuatan pokok parti berada di tangan kami. Contohnya, Melaka ialah kubu kuat Dr. Burhanuddin Al-Helmy; beberapa bahagian PKMM pada peringkat negeri pula adalah kubu kuat saya, seperti Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang; Kamarulzaman Teh mempunyai pengaruh besar di Pahang; Musa Ahmad menguasai gerakan tani; Shamsiah Fakeh menguasai gerakan wanita iaitu AWAS. Ahmad Boestamam sendiri mendapat sokongan dari Selangor, khasnya Ulu Langat, itu pun terbahagi dua, sebahagiannya menyokong saya. Ahmad Boestamam juga mendapat sokongan di Perak. Taha Kalu hanya menguasai PKMM Singapura. Kesatuan Buruh Singapura berada di bawah pengaruh Bizar Ahmad. Oleh itu kami merasakan menerima tuntutan mereka tidak akan mendatangkan apa-apa masalah dan ia lebih baik demi memelihara perpaduan parti.

            Selepas itu, saya menemui kawan-kawan lain khususnya Shamsiah  dan Musa Ahmad meminta mereka bertenang sambil menjelaskan masalah tadi.

            Akhirnya, atas persetujuan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, kongres telah meluluskan usul golongan Ishak Haji Mohamad itu. Dr. Burhanuddin Al-Helmy melepaskan jawatan Ketua PKMM dan menyandang jawatan Penasihat Agung; Ishak Haji Mohamad secara automatik menjadi Ketua PKMM dan Ahmad Boestamam menjadi Naibnya. Saya, Shamsiah, Musa Ahmad, Shamsuddin Salleh, Majid dan lain-lain tidak lagi menjadi anggota Jawatankuasa Pusat.

            Walaupun kami tidak lagi menjadi anggota Jawatankuasa Pusat, akan tetapi kami tetap memainkan peranan masing-masing untuk terus mengembangkan pengaruh dan perjuangan PKMM. Kami sedaya upaya mengenepikan segala perbezaan untuk satu cita-cita murni kemerdekaan ibu pertiwi dan pembebasan rakyat. Dan kerana ini juga krisis besar itu tidak menimbulkan apa-apa pengaruh kepada parti dan perjuangan.

            Kenyataan selepas itu membuktikan bahawa taksiran kami tadi tepat. Walaupun Dr. Burhanuddin Al-Helmy tidak menjadi ketua PKMM, akan tetapi beliau tetap merupakan orang nombor satu, prestijnya amat tinggi dan pengaruhnya besar. Kami dengan teguh mendukung dan menyokong kepimpinan beliau.

            Walau bagaimanapun banyak bahagian PKMM pada peringkat negeri merasa tidak puas hati terhadap golongan Ishak Haji Mohamad. Kawasan Ulu Langat merupakan kubu kuat Ahmad Boestamam. Akan tetapi ketika beliau tiba di Ulu Langat selepas kongres itu, bilangan orang yang menyambutnya boleh dihitung dengan jari sahaja. Lazimnya, sebelum itu, apabila beliau datang, orang ramai akan penuh sesak menyambutnya.

            Tidak lama selepas itu, dalam satu pertemuan terakhir kami (Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan saya) di Kuala Lumpur, Ahmad Boestamam meminta maaf atas kesilapannya di dalam kongres tersebut. Naib Ketua PKMM Singapura, Nawi (nama ini berdasarkan ingatan saya saja) juga menemui saya dan meminta maaf atas masalah yang ditimbulkan dalam kongres itu. Nawi berasal dari Kuala Kangsar, Perak dan pernah bersama-sama saya menuntut di Clifford School, Kuala Kangsar. Selain itu beberapa kawan lagi (saya sudah tak ingat nama mereka) juga datang meminta maaf.


(Memoir Abdullah C.D.:  Zaman Pergerakan Sehingga 1948)

Categories

Pengikut