Tugu Negara: Daripada siapa kita merdeka?

Sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini amat kusut dan serabut sebenarnya. Rakyat semakin hari semakin tidak menunjukkan semangat patriotisma walau sedikit kepada negara. Ia amat berbeza 15 tahun yang lampau, sewaktu saya masih dibangku sekolah rendah, pada bulan ini hampir semua kereta memasang bendera Malaysia termasuklah kereta bapa saya, memasang bendera pada kereta adalah sesuatu yang mengujakan apabila tiba hari merdeka. Tetapi hari ini, tiada siapa mengambil peduli hari yang sepatutnya disambut dengan perasaan patriotisma yang membara.

Apakah yang menyebabkan hari kemerdekaan seperti tidak bermakna bagi rakyat hari ini? Adakah ia sebuah kemerdekaan yang sejati atau ia penuh dengan kepalsuan dan pembohongan? Sedang saya memikirkan sebab-sebabnya, tergerak hati saya untuk kembali merujuk kepada simbol kemerdekaan negara ini. Apakah simbol itu? Dan adakah ia berfungsi sebagai simbol patriotisma yang sejati kepada generasi hari ini.

Sebuah monumen yang diberi nama Tugu Negara didirikan untuk memperingati para pejuang kemerdekaan malaya. Ia menjadi simbol pengorbanan para pejuang yang berjuang memerdekakan tanah air ini dari penjajahan dan pastilah mempunyai nama pejuang-pejuang bangsa yang telah bermandi darah untuk keselesaan kita hari ini.

Pernahkah kita berhenti dan melihat, wajah atau nama Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Tunku Abdul Rahman, Chin Peng, Ganapathy, Rashid Maidin, Abdullah C.D dipotretkan disitu? Puas saya mencari tetapi tidak ada seorang pun pahlawan dari bangsa Malaya disini.

Beberapa persoalan timbul dan saya merakamkan perkara aneh disitu.
  1. Tidak kelihatan nama rakyat malaya dari kaum melayu, india atau cina.
  2. Hanya nama askar penjajah british dari negara2 komanwealth sahaja tertera disitu.
  3. Patung gangsa yang menampilkan 5 tentera british gagah mengangkat bendera malaysia sementara 2 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (PKM) tewas dan dipijak oleh askar penjajah.
Persoalannya sekarang ialah, siapakah yang memerdekakan negara kita? Adakah Inggeris yang memperjuangkan kemerdekaan ini? Jika benarlah Inggeris menjadi pejuang kemerdekaan, siapakah yang menjajah kita sebenarnya. Parti Komunis Malaya atau Inggeris. Apakah PKM yang merampas hasil bumi getah, biji timah dan hasil bumi negara ini dan mengeksport ke Eropah untuk keuntungan mereka?

Apakah yang mahu dipertontonkan dengan tugu penjajah ini. Sebuah tugu kemenangan milik orang putih keatas Tentera Pembebasan Rakyat Malaya yang berjuang menentang orang putih? Inikah tugu yang melambangkan semangat kepahlawanan bangsa kita?

Tugu negara yang amat membingungkan ini bertambah kusut apabila, sejarawan negara Prof Dato Dr Zainal Kling & Prof Ramlah Adam mengatakan negara ini tidak pernah dijajah. Benarlah, diatas kertas memang tidak dijajah. Penjajah Inggeris hanya membantu menyelia tanah melayu sahaja. Mereka datang membeli raja-raja melayu dan bekerjasama dengan mereka. Apabila raja-raja kita tidak dijajah, bermakna rakyatnya juga tidak dijajah. Bukankah begitu? Diatas kertas ia adalah sangat tepat sekali dan secara realitinya juga benar, raja-raja diberikan layanan mewah oleh inggeris, anak-anak mereka dihantar belajar di England, makanan mereka steak dan mengikut cara barat. Memandu kereta mewah kesana sini. Pendapatan mereka juga bertambah banyak sejak Inggeris berkuasa. Diatas kesenangan golongan bangsawan ini, rakyat hanya makan ubi kayu dan kadang2 terlepas makan.


Generasi hari ini seharusnya memiliki keupayaan untuk menganalisa sejarah yang dipertontonkan. Saya tinggalkan gambar-gambar yang diambil di tugu negara untuk kita memikirkan daripada siapa kita merdeka sebenarnya.  

Selamat hari kemerdekaan yang ke-57. MERDEKALAH 100%!

Wajah tentera penjajah

 Inggeris mengangkat senjata

Inggeris mengibarkan bendera Malaysia

Wajah Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPNM)

Tentera Pembebasan Rakyat Malaya tewas ditangan penjajah Inggeris

Semoga Allah merahmati “askar penjajah”



Kesemua nama askar penjajah

UCAPAN KAWAN INDRADJAYA DALAM MAJLIS MEMPERINGATI 69 TAHUN PERANG ANTI-JEPUN

Kawan2 yang dikasihi dan para sahabat yang dihormati,
Selamat malam!
Harini, di dewan ini, kita dengan khidmatnya memperingati ulangtahun ke-69 kemenangan Perang Anti-Jepun.
Tamatnya perang terhadap Jepun pada 15 Ogos tahun 1945, adalah juga pertanda tamatnya Perang Dunia Ke-2. 
Pada awal tahun-tahun 30-an abad yang lalu, kontradiksi di antara berbagai negara imperialis di seluruh dunia semakin tajam, bentrokan berlaku di berbagai tempat. Situasi antarabangsa bergolak hebat. Ancaman perang mengelubungi seluruh dunia. 
5 orang bekas perajurit TAJRM menerima penghormatan sebagai pahlawan anti-Jepun
Pada 22 Jun tahun 1941, tentera Jerman melancarkan serangan mengejut ke atas Soviet Union. Perang Dunia Ke-2 meletus secara menyeluruh. Bentuk perang itu pun berubah daripada perang perebutan antara negara-negara kuat imperialis kepada perang adil rakyat sedunia melawan pencerobohan kaum fasis.

Di Asia, setelah meletusnya perang perlawanan yang menyeluruh di Tiongkok pada tahun 1937, Parti Komunis Malaya pun aktif mengerahkan rakyat Malaya, khususnya orang-orang Tionghua di Malaya, dengan berbagai cara menyokong perang perlawanan yang berlangsung di Tiongkok. Dengan demikian, bersama-sama dengan rakyat negara Asia Tenggara lainnya, rakyat Malaya telah memberikan sumbangannya kepada perang anti-Jepun di Tiongkok.
Pada bulan Julai tahun 1941, 20,000 orang lebih tentera Jepun telah menduduki Indocina Selatan, dengan demikian menguasai kubu jembatan untuk menyerang ke Asia Tenggara. Pada bulan Oktober tahun 1941, tentera Jepun mengalihkan kekuatannya ke selatan, lebih 40,000 askarnya telah dihantar ke kawasan Teluk Camranh, Vietnam.
Pada awal Disember 1941, tentera Jepun boleh dikatakan melancarkan serangan serentak ke atas Pelabuhan Mutiara di Lautan Pasifik, serta pendaratan di Songkhla, Thailand Selatan dan di Kota Bahru, Kelantan, dan sekaligus menenggelamkan kapal perang The Prince of Wales dan kapal penjelajah Repulse milik Empayar British. Kesemua ini mengakibatkan meletusnya secara menyeluruh Perang Pasifik. Dan dengan demikian, menyingkap tirai Perang Anti-Jepun rakyat Malaya dan rakyat-rakyat berbagai negara di Asia Tenggara.
Perang anti-Jepun di Malaya adalah perang rakyat besar-besaran rakyat berbagai bangsa Malaya menentang fasis Jepun yang julung-julung kali dipimpin oleh Parti Komunis Malaya semenjak ia ditubuhkan pada 30 April tahun 1930. Perang ini adalah juga perang warisan semangat rakyat negara kita dalam melawan penceroboh asing dengan kekuatan bersenjata, di bawah kesedaran dan taraf yang lebih tinggi dan serba baru.
Pencerobohan fasis Jepun telah mendatangkan kesengsaraan yang tak terhingga kepada rakyat negara kita. Semenjak hari penguasaannya, tentera Jepun telah melaksanakan pemerintahan fasis yang kejam dan di luar peri kemanusiaan ke atas rakyat kita. Berpuluh-puluh ribu orang korban dan cedera angkara pemeriksaan besar-besaran dan pembantaian besar-besaran tentera Jepun.
Pada 22 Februari tahun 1942, tentera Jepun sekali lagi melakukan pembantaian besar-besaran di Singapura. Lebih 100,000 orang mati di bawah pedang samurai fasis Jepun. Pembantaian Besar Singapura adalah jenayah pembunuhan besar-besaran fasis Jepun ke atas rakyat tempatan yang setaraf namanya dengan Pembantai Besar Nancing dan Pembantaian Besar Manila, yang setiap pembantaian itu mencecah jumlah 100,000 orang ke atas. Tambahan pula, Pembantai Besar Singapura adalah satu-satunya pembantaian yang mempunyai bukti-bukti cukup yang tak terbantahkan! Yaitu: Panglima Ketumbukan Ke-25 Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita sebagai pengeluar arahan; Ketua Turus Ketumbukan Ke-25 Lt. Jen. Sosaku Suzuki sebagai pengarah gerakan; dan Panglima Briged Ke-9 Mej. Jen. Kawamura Sanro sebagai pelaksana gerakan.
Dalam proses senjarahnya, Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti politik yang revolusioner, telah menyumbangkan jasa-jasa yang abadi dalam memimpin dan mengorganais rakyat Malaya semua bangsa melawan kaum penceroboh Jepun dan melancarkan perjuangan bersenjata anti-Jepun di Malaya. Walaupun menghadapi penindasan, penangkapan dan pengusiran kejam pihak berkuasa British, akan tetapi, 3 hari setelah tentera Jepun menceroboh Malaya, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya terus membuat keputusan tegas untuk mengalihkan titik-berat pekerjaaan seluruh parti kepada perjuangan bersenjata anti-Jepun dan mengemukakan semboyan Bergerak, Angkat Senjata, Lawan Jepun dan Bela Malaya.
Dalam pertempuran membela Singapura, pemimpin penting Parti Komunis Malaya, Lin Ciang Sek, dan kader-kader parti lainnya aktif mengorganais dan memimpin lebih 3,000 orang pasukan sukarela. Mereka tegas menceburkan diri ke medan perang membela Singapura, walaupun hanya memiliki senjata-senjata yang amat sederhana.
Organisasi-organisasi tempatan Parti Komunis Malaya di berbagai negeri di Malaya juga tegas melaksanakan keputusan Jawatankuasa Pusat: mendirikan front persatuan nasional anti-Jepun, mengadakan perjuangan bersenjata anti-Jepun dan berhasil membentuk 8 rejimen gerila anti-Jepun yang berkekuatan kira-kira 10,000 orang. Mereka telah membasmi sejumlah besar musuh. Dengan demikian telah memberikan sumbangan mulia kepada usaha rakyat dan pembebasan nasional serta kemenangan terakhir Perang Anti-Jepun dan Perang Anti Fasis Sedunia.
Tujuan kita memperingati ulangtahun ke-69 Perang Anti-Jepun, justeru demi mempelajari dan menyimpulkan pengalaman dan pengajaran di masa yang lampau, agar kita dapat dengan tegas menyekat dan menghindari berulangnya sejarah-sejarah yang menyayat hati tersebut.
Kita menentang segala bentuk pencerobohan dan perompakan yang dilakukan oleh kaum imperialis, kolonialis, militeris dan fasisme dalam apa bentukpun. Tak kira mereka itu datang dari Barat mahupun Timur. Kita yakin, bahawa kekuatan progresif sedunia pada akhirnya akan berjaya dan mampu menghapuskan semua kekuatan jahat, membela keamanan dunia, dan terus berusaha ke arah membangun satu dunia yang lebih indah, lebih adil dan lebih demokrasi! 9 hb. Ogos 2014

敬爱的同志们,尊敬的朋友们, 晚上好! 今天我们在这里隆重地记念抗日战争胜利69周年。 1945年8月15日对日战争结束,也标志着第二次世界大战的落幕。 上个世纪30年代开始,世界各帝国主义国家之间的矛盾日益尖锐,冲突频繁,国际局势激烈动荡,战争的阴云笼罩全球。 1941年6月22日,德军以闪电战的方式,突然进攻苏联。第二次世界大战全面爆发。战争的形式也从原来帝国主义列强之间的争夺战,转变为全世界人民共同反对法西斯侵略的正义战争。 在亚洲,1937年中国爆发全面抗战后,马来亚共产党就积极的发动马来亚人民,特别是动员马来亚的华人,全方位的支持中国的抗战,同其他的东南亚国家的人民一起为中国的抗日战争做出了自己的贡献。 1941年7月,日军2万余人入侵印度支那南部,占据了向东南亚扩张的桥头堡。1941年10月,日军大举南移,4万余日军开进越南的金兰湾。
1941年12月初,日军几乎同时发动位于太平洋的珍珠港事件,以及在泰南的宋卡和吉兰丹的哥打巴鲁登陆并击沉大英帝国的“威尔斯太子号”(The Prince of Wales)主力舰和“击退号” (Repulse) 战斗巡洋舰,太平洋战争全面爆发,从而也揭示了马来亚人民及其他东南亚国家人民抗日战争的爆发。 马来亚的抗日战争是马来亚共产党自1930年4月30日成立以来第一次继承我国人民武装反抗外国殖民者的精神,以全新的觉悟和高度,领导马来亚各族人民开展反抗日本法西斯的浩浩荡荡的人民战争。 日本法西斯的侵略给我国人民带来了无穷无尽的苦难。日军从他们到来的第一天起就向我国人民实行凶残暴淚和惨无人道的法西斯统治。成千上万国人伤亡于日军惨绝人寰的大检证、大屠杀。 1942年2月22日,日军又在新加坡开始大屠杀,10多万人死于日本法西斯的屠刀。新加坡大屠杀是和南京大屠杀、马尼拉大屠杀齐名的在每次行动中杀死10万人以上当地老百姓的日本军队大屠杀罪行。而且唯有新加坡大屠杀是在十分清晰的命令和指挥下进行的, 有发令者,指挥者和执行者,有铁一般的证据!发令者是第25军司令官山下奉文中将 (Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita,指挥者是第25军参谋长铃木宗作中将 (Lt. Jen. Sōsaku Suzuki),执行者是第九旅团团长河村参郎少将 (Mej. Jen. Kawamura Sanro)。 作为一个革命政党, 在其历史进程中,马来亚共产党在领导和组织马来亚各族人民反抗日本侵略者并进行马来亚抗日武装斗争做出了不可磨灭的贡献。
尽管面对英国殖民当局的残酷镇压、逮捕和驱逐,但是,日军侵马 3天后,马共中央就作出把全党工作重点转向抗日武装斗争的决定,提出了“行动起来,武装起来,抗日卫马”的口号。 在新加坡保卫战中,马共重要领导人林江石等马共干部积极组织和领导3,000多人的义勇军,以非常简陋的武器走向前线,投入了保卫新加坡的壮烈战斗。 马来亚各州马共地方党组织坚决执行党中央的决议,建立抗日民族联合阵线,开展抗日武装斗争,共组建了8个抗日游击支队,约1万人,消灭了大量的敌人,为我国的人民事业和民族解放、为抗日战争以及世界反法西斯战争的最后胜利做出了光荣贡献。 我们纪念抗日战争69周年,就是要学习和总结过去的经验与教训,坚决制止和防止这些惨痛的历史事件的重演。 我们反对帝国主义、殖民主义、军国主义和法西斯主义任何形式的侵略与掠夺,无论来自西方还是来自东方。我们相信,世界进步力量有信心有能力最终战胜一切邪恶势力,为保卫世界和平,建立更美好、更公平、更民主的世界而不断努力! 二〇一四年八月九日

KAWAN DONG YUN PEJUANG ANTI-JEPUN SEKALIGUS PEJUANG ANTI-BRITISH

Dong Yun (nama asalnya Chen Huang), ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Perdamaian Thailand, telah meninggal dunia di kediamannya di Kampung Perdamaian Betong, Thailand pada petang 7 Jun 2014,berusia 85 tahun.

Mendiang Dong Yun pernah menyertai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, merupakan beberapa survival pejuang anti- Jepun yang jarang didapati. Ia dilahirkan pada 1930 di suatu kampung daerah Huizhou, Wilayah Guangdong, China. Masa muda dia mengikut ibu bapa berpindah ke Malaya untuk mencari nafkah. Dalam masa Jepun menduduki Malaya, dia menerima pengaruh dari Tentera Anti-Jepun, menyokong perjuangan anti-Jepun. Di dalam desa dia membantu penyusun massa menghantar surat, dan seterusnya masuk Tentera Anti-Jepun dan melawan Jepun.

Setelah Jepun menyerah kalah, Tentera Anti-Jepun didemobilisasikan, dia menyertai Persatuan Bekas Komrad Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, dan ikut serta dalam gerakan kemerdekaan. Pertengahan 1948, pihak penjajah British mengumumkan Darurat untuk menindas perjuangan kemerdekaan rakyat Malaya. Dong Yun menyertai Tentera Pembebasan Nasional Malaya, terus memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Pada 1949, dia dipindah ke pasukan pengawal Jawatankuasa Pusat PKM, bertugas sebagai pengawal. Berkat pertempuran bermandi darah Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan perjuangan rakyat Malaya, penjajah British terpaksa mengakui Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah merdeka, kerajaan Persekutuan dikuasai UMNO yang dipupuk penjajah British mengikut telunjuk tuannya, meneruskan perang, menyerang Tentera Pembebasan Nasional. Dalam keadaan terpaksa, Tentera Pembebasan Nasional memindahkan pasukan ke kawasan sempadan Malaya-Thailand.

Setelah mengikut pasukan pengawal berpindah ke kawasan sempadan, Dong Yun dilantik menyandang jawatan Ketua Seksyen pada 1961, kemudian bertanggungjawab atas regu utusan perhubungan stesen radio Suara Demokrasi. Kemudian dia dipindah balik dalam pasukan pengawal bertugas sebagai Ketua Seksyen, lepas itu ia dinaikkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Pelatun, seterusnya Ketua Pelatun. 1986, beliau dinaikkan jawatan ke calon ahli Jawatankuasa kawasan.

Tahun 1982, Tentera Pembebasan Nasional Malaya ditukar nama kepada Tentera Rakyat Malaya. 1989, PKM yang memimpin Tentera Rakyat Malaya menandatangani Persetujuan Damai Hadyai bersama dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand. Dong Yun tinggal menetap di Kampung Perdamaian Betong terus hingga akhir hayatnya.

Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 32, 30 Jun 2014

Categories

Pengikut