RINGKASAN PERJALANAN HIDUP BEKAS KETUA AWAS PAHANG DAN BEKAS KOMANDER REJIMEN KE-10 SITI NORKIAH MAHMOOD BAGINDA

Siti Norkiah @ Kawan Minah
Siti Norkiah Mahmood Baginda adalah seorang pejuang kemerdekaan tanah air yang teguh. Setengah abad dari usianya disumbangkan kepada usaha kemerdekaan tanah air. Pembaktian terakhir beliau ialah dengan menyertai perjuangan bersenjata untuk kemerdekaan dan pembebasan tanah air bersama Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya selama 40 tahun.

Jiwa beliau adalah jiwa anti pejajahan. Nenek moyangnya pernah ikut serta dalam perang Bahaman menentang penjajah British di Pahang.

laporan riwayat hidup kepada organisasi parti
Siti Norkiah dilahirkan di Kampung Sempalit Luar, pinggir Banda Raub. Mengikut catatan tangan beliau yang dibuat pada tahun 1963 menyebut “masuk dalam revolusi umur  26 tahun". Menyertai revolusi bererti memasuki perjuangan bersenjata, juga membawa makna tahun 1948. Mengikut pengertian ini beliau dilahirkan pada tahun 1922. (Kini dan Silam berpendapat catatan tangan ini lebih tepat memandangkan ia ditulis pada masa ingatan beliau masih baik dan catatan ini merupakan laporan rasmi peribadi beliau kepada organisasi PKM.)

1946, menyertai gerakan Awas (Angkatan Wanita Sedar), kemudian dipilih menjadi Ketua Awas Pahang. Awas adalah sayap wanita PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya).

1948, Inggeris istiharkan darurat, beliau disenaraihitamkan. Beliau lalu bergerila seorang diri di dalam hutan belukar.

Pertengahan 1949 - menyertai pasukan gerila bergabung dengan sebuah pasukan gerila tentera Pembebasan China.

1950, bergabung dalam Platun 3 Rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Alang Kassim.

1952, bergabung dengan satu unit rejimen Ke-10 di bawah pimpinan Musa Ahmad bergerak di kawasan Benta dan kemudiannya bergabung dengan Rejimen Ke-11 di kawasan Jerkoh.

1953, Pasukan Hang Jebat Rejimen Ke-10 di bawah Abdullah C.D. tiba di perkhemahan Rejimen Ke-11 dalam rangka perjalanan jauh ke utara. Regu yang dianggotai Siti Norkiah bergabung dengan pasukan Rejimen Ke-10 dan menyertai perjalanan bersejarah pasukan tersebut.

Oktober 1954, tiba di kawasan sempadan Thai Malaysia.

Di kawasan sempadan beliau memimpin regu penyusun massa membangkitkan kesedaran kaum tani Melayu dan mendirikan kawasan basis rejimen Ke-10 . Banyak kampung2 Melayu di kawasan sempadan telah disusun menjadi basis revolusi. Di kalangan massa, beliau sangat disayangi rakyat. Mereka memanggil beliau dengan Makcik Sarifah.
bergambar bersama Chin Peng dan suaminya Abu Samah

1958 berkahwin dengan Abu Samah Mohd Kassim, cicit sepupu Datuk Bahaman yang juga seorang komander Rejiemen Ke—10, anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 dan tak lama selepas itu dipilih sebagai anggota CC PKM.

1969 – 1976 beliau berturut-turut menyertai 3 kali pasukan penggempur Rejimen Ke-10 bergerak ke Malaya. Pasukan Propaganda Khas (1969) Pasukan Platun Merdeka (1970-1972, dan Pasukan penggempur Ke-14 (1973-1976) yang kesemuanya dipimpin oleh Abu Samah Mohd Kassim. Tugas utama pasukan penggempur ialah memulihkan basis lama dan membangun basis baru di tanah air.

Mulai tahun 1976 beliau bertugas dalam pasukan organ Rejimen Ke-10 terutama memimpin bahagian wanita dan bahagian logistik sebagai salah seorang anggota dalam badan pengarah Kompeni Ke-21 Rejimen Ke-10.
kenangan semasa perundingan tingkat rendah di Pulau Pinang

1988 pernah ikut serta dalam perundingan tingkat rendah pusingan kedua di Pulau Pinang pada 10-11 Ogos 1988 dan pusingan ketiga pada 22-23 Oktober 1988 di Hadyai sebagai anggota rombongan Rejimen Ke—10 dan Abdullah C.D.

Disember 1989 perjuangan bersenjata ditamatkan, Rejimen ke-10 dibubarkan melalui suatu perjanjian damai yang ditandangani oleh Kerajaan Malayasia, Kerajaan Diraja Thailand dan Parti Komunis Malaya. Siti Norkiah dan suaminya Abu Samah Mohd. Kassim memilih untuk tinggal di Selatan Thai bersama rakan seperjuangan yang lain di sebuah kampung khas yang dibangun khas oleh Kerajaan Thailand untuk bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang kini dikenali dengan Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya Ban Chulabhorn Patana 12.

1999 beliau bersama suami menunaikan fardhu Haji. Ikut bersama ialah Abdullah C.D dan arwah isterinya Suriani.

Setelah perdamaian beliau dan suaminya beberapa kali pulang ke tanah air mengunjungi kaum keluarga, antaranya 2002 berkunjung ke Istana Pahang dan bertemu dengan Tengku Mahkota Pahang, 2006 bertemu dengan Datuk Seri Najib yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

7 April 2009, hari paling duka bagi bagi beliau, suaminya Abu Samah Mohd Kassim meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Golok, Narathiwat. Sejak itu beliau hidup dengan ditemani oleh rakan2 seperjuangan. Satu keluarga bekas perajurit secara ikhlas tinggal bersama beliau untuk menjaga dan memberikan perhatian kepadanya. (http://matamin02backup.blogspot.com/2009/08/alfatihah-buat-pak-abu-samah-mohd.html)

Pada 4 Februari 2014 beliau pulang ke rahmatullah dengan tenang di rumahnya di Kampung Perdamaian Sukhirin dalam usia 92 tahun. Jenazahnya telah disemadikan di tanah perkuburan Islam Sungai Golok, berdekatan dengan pusara suaminya Abu Samah Mohd Kassim. Pengebumian itu turut disaksikan oleh adiknya Haji Mokhtar Mahmood Baginda dan kaum keluarga yang lain serta rakan2 seperjuangan dari Kampung Perdamaian Sukhirin.


MENGIRINGI PEMERGIAN SERIKANDI TERPUJI SUNGAI PAHANG, SITI NORKIAH MAHMOOD BAGINDA



Selepas solat Subuh 5 Februari 2014, warga kampung perdamaian Sukhirin berkumpul di perkarangan kediaman RUMAH SEJARAH ABU SAMAH MOHD KASSIM untuk menghantar jenazah Siti Norkiah Mahmood Baginda yang telah pulang ke rahmatulla pada 4.45 petang 4 Februari.

Selesai solat jenazah di Masjid Darul Aman, sekumpulan rakan seperjuangan menaiki 5 buah kereta menghantar jenazah Allahyarhamah ke tanah perkuburan Sungai Golok untuk disemadikan berdekatan dengan pusara arwah suaminya, Abu Samah Mohd. Kassim.

Setibanya kereta jenazah dan rakan seperjuangan di tanah perkuburan tersebut, adik Allahyarhamah, Haji Mokhtar bersama kaum keluarga yang lain telah sedia menunggu. Upacara pengebumian dilangsungkah dengan penuh khidmat.

Bagi rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian, ucapara tahlil untuk memperingati arwah dan memanjat doa akan diadakan di kampung perdamaian, semoga Allahyarhamah diletakkan di kalangan orang2 yang beriman.





Allahyarhamah adalah bekas Ketua Awas Pahang dan bekas anggota Badan Pengarah Kompeni Ke-21 Rejimen Ke-10. Beliau meninggal dunia pada pada 4.45 petang, 4 Februari 2014 di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12.

Berikut adalah pilihan gambar2 upacara pemakaman Serikandi Siti Norkiah
solat jenazah di Masjid Darul Aman Kampung Perdamaian

perpisahan terakhir dengan kampung perdamaian




Haji Mokhtar melihat jenazah kakaknya


pusara Allahyarham Abu Samah


di tanah perkuburan Sungai Golok

TENTERA PEMBEBASAN NASIONAL MALAYA

Hari ini pada 1 Februari 1949, Jawatankuasa Pusat PKM telah merasmikan Markas Agung dan pasukan gerila Tentera Pembebasan Nasional Malaya.

Tentera Pembebasan Nasional Malaya adalah sebuah pasukan tentera anak rakyat berbagai kaum Malaya yang berjuang untuk menghalau penjajah British demi kemerdekaan penuh dan pembebasan tanah air.

Pada 20 Jun 1982, tentera ini diubah namanya menjadi TENTERA RAKYAT MALAYA.
"Jawatankuasas Pusat Parti Komunis Malaya dan Markas Agung Tentera Pembebasan Nasional Malaya memutuskan: Dari hari pernyataan ini dikeluarkan, nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya diubah menjadi Tentera Rakyat Malaya, namun demikian, hari tentera, bendera dan topi tentera, peri laku dan disiplin tentera, nama unit dan system organisasi pasuikan dan sebagainyatidak diubah." (pernyataan bersama Jawatankuasa Pusat PKM dan MA TPNM 20 Jun 1982).
Tentera Rakyat Malaya dibubarkan mengikut syarat-syarat  yang ditandangani dalam perdamaian Hadyai pada 2 Disember 1989 oleh Kerajaan Thailand, Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya.

Berikut adalah rajah kedudukan Rejimen-Rejimen TPNM dalam masa perang pembebasan Nasional Anti-British.

 

Categories

Pengikut