UCAPAN WAKIL RAKAN SEPERJUANGAN DARI SARAWAK DAN SABAH

(Terjemahan ucapan Kawan. Yu Chin Lik wakil rakan seperjuangan dari Negeri Sarawak dan Sabah Malaysia Timur dalam majlis memperingati ulang tahun ke-25 penantanganan persetujuan damai Hadyai)

Kawan Yu Chin Lik sedang menyampaikan ucapan
Gen. Suriat, Gen. Chamlong dan Mej. Gen. Manni dari Negeri Thai, Encik Zhang Jin Xiong(张晋雄) Konsol Besar Negeri China Untuk Songkla, Thai, Pengerusi Kehormat Kekal Persatuan Perdamaian Thai Encik Abdullah C.D. dan Bekas Pemimpin-Pemimpin Parti Komunis Malaya, Pengerusi Persatuan Perdagangan Hadyai Encik Fong Zhi Xiong, Wakil  Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Encik Lee Huck Tee dan para hadirin yang dihormati.

Di sini saya mewakili sahabat handai seperjuangan dari Sarawak dan Sabah ingin memberi kehormatan dan ucapkan terima kasih kepada pihak terbabit kerana memberi peluang kepada kami untuk menghadiri perhimpunan malam ini supaya kami boleh menyaksikan upacara perhimpunan Memperingati Ulangtahun Ke-25 Penantatanganan Persetujuan Damai Hadyai dan sempena Upacara pengumuman Jawatan Kuasa Kerja Pertama Persatuan Perdamaian Thai.

Yang dimaklum umum, dari tahun 1930 para perajurit atau pejuang daripada berbilang kaum di Malaya berjuang dengan bersungguh-sungguh untuk menentang pemerintahan penjajah Inggeris dan pemerentahan ketenteraan Jepun.

Dari tahun 1948 keitka darurat di Malaya diisytiharkan pejuang-pejuang atau perajurit-perajurit dari rakyat berbilang kaum di Malaya terpaksa melancarkan peperangan  secara gerila. Mereka gagah berani dan banyak Perajurit telah terkorban pada masa itu. Mereka adalah Patriot atau pahlawan berjuang untuk mencapai merdeka negara kita.
Persembahan rakan2 dari Kalimantan Utara

Tahun 1955 Perundingan Baling telah gagal kerana di bawah dalang penjajah Inggeris. Maka terpakasalah Parti Komunis Malaya bersama pasukan bersenjata mereka berundur ke sempadan Negeri Thai dan Malaya untuk berlanjutkan perjuangan mereka. Sejarah telah rakamkan dalam perkembangannya sumbangan dan jasa Parti Komunis Malaya membimbing rakyat Malaya dalam peperangan menentang penjajahan Inggeris untuk mencapai merdekaan itu memang tidak boleh dimansuhkan. 

Perjanjian Perdamaian yang ditandatangani pada 2hb Disember 1989 adalah suatu kehormatan dan keinginan di antara kedua-dua pihak.  Seperti 25 tahun dahulu Jeneral Thai Tan Dri Gen. Chaovalit sebagai tuan rumah dalam Perhimpunan Upacara Penandatanganan Perjanjian Perdamaian pernah berkata:“ Hari ini ialah hari kehormatan dan paling bermakna bagi Negara Malaysia, Parti Komunis Malaya dan Negara Thai. Ia akan dirakamkan dalam sejarah dunia membabitkan pencapaian keamanan dan perdamaian di antara kedua-dua pihak. Keamanan dan Perdamaian ini sebenarnya diperlukan oleh perkembangan sejarah dan keinginan rakyat. Dan juga berkebaikan dan kepentingan untuk mengekalkan kestabilan dan pertumbuhan bagi sesebuah negara. Kami fahami perjanjian perdamaian di Hadyai ini berteraskan semangat persefahaman dan bersifat bertolak-ansur di antara dua pihak. Kehormatan penandatanganan perjanjian perdamaian ini telah mencapai ke tahap adil dan saksama bagi kedua-dua pihak. Ia akan merupakan suatu contoh yang baik bagi mana-mana pihak di wilayah Asia ini”.

Berikutan pada tahun 1990 kami, Tentera Rakyat Kalimantan Utara juga telah menandatangani perjanjian perdamaian di Negeri Sarawak dengan Kerajaan Malaysia, maka di dua-dua kawasan ini dalam lingkungan Malaysia termasuk wilayah Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur tidak wujud  gerakan revolusi bersenjata lagi.

Akan tetapi barang sesiapa yang bersifat adil dan saksama dan bersemangat untuk membebaskan negara dan rakyat kita memang tidak lupakan sejarah ini dan pengajarannya. Kami percaya landasan perjuangan kami memang berbelit-belit bukan senang dan penuh dengan  kesusahan dan kerumitan. Dan kami yakin bahawa negara kita hendak pertumbuhan dan pembangunan, rakyatnya ingin perubahan dan kemajuan jadi mereka akan terus-mererus meneroka landasan untuk berjuang!


Sekian dan terima kasih! Harapkan para hadirin bersejahtera dan sihat wal afiat.

Categories

Pengikut