TINJAUN SEMULA TENTANG PERSETUJUAN DAMAI HADYAI


Tinjauan Semula Tentang Persetujuan Damai Hadyai
—— Memperingati Ulang Tahun Ke-25 Penandatanganan Perjanjian

** Afandi **

Hari ulang tahun ke-25 penandatangan Persetujuan Damai Hadyai jatuh pada 2 Disember 2014. Perjanjian damai tiga pihak ini ditandatangani pada 2 Disember 1989 di Hotel Lee Garden Hadyai, Thailand. Upacaranya penuh istiadat dan kemegahan luar biasa, diperhatikan pelbagai pihak dan media sedunia. Persetujuan ini mendatangkan perdamaian dan keamanan kepada negara kita dan selatan Thailand, mengakhiri perang yang telah berlanjutan selama 41 tahun. Perang ini bermula setelah kerajaan penjajah British mengumumkan Darurat pada pertengahan Jun 1948. Di pihak British adalah perang penjajahan, manakala di pihak Parti Komunis Malaya (PKM) dan rakyat adalah perang pembebasan nasional.  Semasa Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957, British memindahkan kekuasaan ke tangan kerajaan yang dipupuknya, menyebabkan perang itu merobah menjadi perang saudara, berterusan hingga selepas penandatanganan persetujuan damai.
majlis memperingati ulangtahun ke-25 penandatanganan Hadyai yang diselenggarakan oleh bekas perajurit yang menetap di Thailand pada 2 Disember 2014 di Hotel Lee Gardens Plaza, Hadyai
Penandatanganan persetujuan damai ini berbaloi diperingati, kerana ia mendatangkan keamanan. Jika tiada keamanan begini, kerajaan Malaysia dan Thailand sudah pasti akan menghabiskan perbelanjaan tentera yang amat besar, askar dan rakyat jelata akan mengalami kemalangan yang teruk, banyak daerah tidak dapat dimajukan, sehingga menimbulkan kesukaran ekonomi, juga tiada keamanan bagi kehidupan rakyat. Setelah keamanan dicapai, semua daerah pedalaman dapat dimajukann bagi menambah kemakmuran ekonomi adalah buktinya. Cuma kemakmuran ini merobah menjadi kemelesetan setelah krisis kewangan Asia pada 1997. Berfikir dari sudut ekonomi dan kehidupan rakyat itulah kerajaan  kedua-dua negara ingin mengadakan perundingan tiga pihak secara sama rata, dan mencapai perdamaian secara terhormat bersama PKM. Hasil yang didatangkan dari perdamaian ini dinikmati pihak berkuasa, kalangan perdagangan dan perindustrian serta rakyat semua kalangan. Fakta ini tidak dapat dinafikan sesiapapun.
Oleh itu, semua pihak yang menandatangani persetujuan itu mesti menghormati dan menunaikannya. Akan tetapi, selama 25 tahun ini, bagi pihak Thailand, boleh dikatakan pada asasnya menunaikan persetujuan dengan sangat baik; bagi pihak PKM juga sentiasa mentaati persetujuan, langsung tiada hal yang melanggar persetujuan; tetapi apa yang sangat dikesali kerana pihak kerajaan Malaysia tidak menunaikan sepenuhnya persetujuan itu. Terdapat beberapa langkah tidak adil terhadap bekas Tentera Rakyat, kemudian ada pembetulan tertentu setelah bantahan diajukan, tetapi yang paling tidak adil adalah melanggar persetujuan, mengaibkan martabat peribadi Chin Peng dengan cara memfitnah, menolak semua permohonan munasabahnya berupa perasaan umum insan biasa, seperti kembali ke tanah air, melawat sanak saudara dan menziarahi pusara ibu bapanya di tanah tumpah darahnya, dan sebagainya. Malahan setelah pemergiannya abu jenazahnya dilarang bawa balik ke tanah tumpah darahnya. Perbuatan itu telah menyangkal sama sekali hak asasi manusia yang sewajarnya bagi Chin Peng yang berjasa menjayakan dan selaku seorang daripada penandatangan utama persetujuan, dan di dalam upacara penandatanganan telah berikrar taat setia pada Yang di Pertuan Agong dan negara.     
“Perdamaian sejati tidak seharusnya hanya tiada perbuatan menggawatkan; tetapi juga seharusnya berkeadilan (justice).” Ini adalah tafsiran dari pemimpin gerakan hak asasi manusia Amerika Syarikat yang juga pemenang Hadiah Keamanan NobelMartin Luther King pada 1964. Keadilan yang ditafsirkannya itu bermakna adil dan saksama. Jadi, tidak menunaikan persetujuan bererti memungkiri keadilan. Menurut kelaziman antarabangsa, penukaran apa-apa kerajaan pun mesti menunaikan persetujuan yang ditandatangani kerajaan dulu. Nasihat ikhlas kepada kerajaan, harus pertimbangkan bahawa kerajaan semua negeri sedunia akan memerhatikan kebolehpercayaan suatu kerajaan menunaikan persetujuan, dengan ini menentukan keyakinannya terhadap kerajaan negara itu.
Bandingan antara Perundingan Baling dengan Perundingan Phuket
Cara perbandingan adalah kaedah baik untuk memahami sesuatu objek atau perkara. Jadi, membandingkan Perundingan Baling dan Perundingan Phuket yang berlainan sama sekali kesudahannya, akan mencapai pengertian lebih jelas tentang kejayaan Perundingan Phuket dan makna Persetujuan Damai Hadyai.
1 Perundingan Baling
Pada tahun 1955, penjajah British telah mengalami hentaman teruk di dalam perang penjajahan selama 7 tahun lebih, akibat peperangan berturut-turut ini menyebabkan ia menghabiskan amat banyak keuntungan tukaran asing yang diperolehnya di tanah jajahan ini untuk perbelanjaan tentera yang amat besar, menghadapi kehilangan dan kesukaran bertubi-tubi. Kerana adanya galakan pertempuran-pertempuran gagah berani Tentera Pembebasan Nasional, rakyat Malaya rata-rata menuntut perdamaian dan kemerdekaan diwujudkan. Oleh yang demikian, demi meredakan keadaan itu, pihak penjajah terpaksa mengumumkan penubuhan kerajaan sendiri, dan mengadakan pilihan raya pada September. Perikatan UMNO, MCA dan MIC menang, Tuanku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri; di Singapura pula Davic Marshall dari Barisan Buruh terpilih menjadi Ketua Menteri. Atas matlamat peribadinya Tuanku Abdul Rahman main tipu helah menyambut pendapat umum, berubah dari menolak kepada menerima usul PKM untuk berunding. Di pihak penjajah British pula, ia terpaksa pada lahirnya bersetuju perundingan Tuanku Abdul Rahman dengan PKM, namun hakikatnya hendak memaksa PKM menyerah diri. Sebenarnya Tuanku Abdul Rahman langsung tiada kuasa membuat keputusan, Davic Marshall pula tak payah disebutlah. Oleh itu, Tuanku adalah dalam keadaan terkekang dan mendukung kehendak penjajah British berunding dengan PKM. Chin Peng dan Rashid Maidin telah menceritakan fakta seorang pegawai Ingelis memanipulasi alat rakaman dalam satu bilik yang telah dilihat oleh Chen Tian. Rakaman perundingan itu mesti dihantar ke Kuala Lumpur untuk disemak oleh Governer Persekutuan Malaya dan markas besar tentera British. Faktor-faktor inilah membuatkan Tuanku memaksa PKM menyerah diri dan perundingan pasti berakhir dengan kebuntuan.
Di pihak PKM: Organ Jawatankuasa Pusat dan kekuatan utama Rejimen Ke-10 beredar ke basis gerila di utara kawasan sempadan, masih ada pasukan-pasukan tertentu di dalam negeri, total kekuatan kira-kira dua ribu. Di aspek pertempuran pertahanan, serang hendap dan kelengkapan senjata bertaraf agak baik, tetapi jauh dari taraf pada dekad 1980-an. Di segi alat dan kubu pertahanan ada kemudahan-kemudahan yang diperlukan, tetapi tidak selengkap dekad 1980-an. Teknik menyimpan bahan makanan dan barangan baru bermula saja dan tiada simpanan bahan makanan untuk mempertahankan perjuangan jangka panjang, berdepan dengan banyak kesukaran, dan sebagainya, dan sebagainya. Malahan, pada tahun 1955, di bawah suasana perdamaian yang timbul dari kempen Majlis Pergerakan Perdamaian Sedunia dan suasana perdamaian yang timbul dari Persidangan Bandong, dan di bawah tekanan harus  mengakhiri perjuangan bersenjata yang dikemukakan dalam Pendapat Bertulis Bersama Parti Komunis Soviet Union dan Parti Komunis China itu. Maka PKM mengeluarkan surat/kenyataan Wu Xing pada Mei, setelah mengatasi beberapa halangan, barulah pihak lawan bersetuju mengadakan rundingan. PKM adalah secara pasif mengutus wakil pergi menemui pihak lawan, melalui perbincangan beberapa kali barulah dapat menetapkan perundingan Baling 28-29 Disember itu, Chin Peng mengetuai perwakilan pergi menghadiri perundingan dengan membawa tekanan dan merempuh marabahaya.
Dalam proses perundingan Baling, berdepan dengan kerenah Tuanku Abdul Rahman dan lain-lain yang mencerca secara agresif dan cuba memaksa PKM menyerah diri itu, Chin Peng telah bertempik keberangan: “Kami mutlak tidak akan membenarkan orang lain memaksa kami membuang kepercayaan”, “kami mutlak tidak akan menyerah diri walaupun berjuang sehingga seorang yang terakhir” .Pada aspek lain, Chin Peng telah menggesa Tuanku Abdul Rahman pergi memperjuangkan kuasa kawalan keselamatan dalam negeri (iaitu kawalan ke atas polis dan tentera) dan kemerdekaan, setelah kemerdekaan dicapai, boleh berunding lagi dan meletakkan senjata. Akan tetapi, Tuanku Abdul Rahman pergi ke London berunding dan membawa balik kemerdekaan 31 Ogos 1957, ia telah memungkiri janjinya. Ia enggan berunding lagi dengan PKM, dan meneruskan perang cetusan penjajah British, menyebabkan perang merobah menjadi perang dalam negeri, sehingga penandatanganan persetujuan damai pada 2 Disember 1989, barulah berakhir.
(2)     Perundingan Damai Phuket
Pertama, Perundingan Damai Phuket berbeza sama sekali dengan Perundingan Damai Baling, ia adalah perundingan tiga pihak antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan dengan kerajaan Thailand, manakala pihak Thailand selaku pengantara dan pengakusaksi. Semua pihak telah menerima pengalaman dan pengajaran kegagalan Perundingan Baling, tempoh perundingan tidak terhad, masalah-masalah berkenaan boleh bertimbang lebih lanjut dan dirunding kemudian, menerusi perbahasan dan rundingan secara sama rata untuk mencapai persetujuan yang boleh diterima semua pihak.
Kedua, yang lebih penting lagi, dengan pengalaman berpuluh-puluh tahunnya, pihak Thailand telah menyedari bahawa adalah mustahil dapat menghapuskan PKM dengan kekerasan bersenjata (lihat ulasan Jeneral Kitti Ratanachaya), maka setelah mendapat berita tentang PKMlalu berazam mendapatkan PKM untuk berunding, dan rela mengakhiri perang dengan syarat adil dan munasabah. Setelah Ah Su adakan pertemuan dengan wakil pihak Thailand, ia pun membantu Ah Su pergi memberi taklimat kepada Chin Peng, agar boleh mengadakan perundingan peringkat tinggi untuk menyelesaikan masalah. Ketetapan sedemikian telah menyebabkan pihak Malaysia berada dalam kedudukan pasif dan tidak menguntungkan. 
Ketiga, perundingan kali ini bukan diambil inisiatif oleh PKM, melainkan adalah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mendapat maklumat bahawa PKM boleh mengakhiri perang melalui perundingan, ia bergegas melalui berbagai-bagai jurusan mencari PKM untuk berunding. Menurut penyataan Datuk Rahim Nor dan Datuk Yao Kong yow dari sudut ketenteraan dan ekonomi, rasa mereka, puluhan juta bahkan ribuan juta ringgit dihabiskan untuk memerangi komunis, hanyalah mendapat keselamatan sahaja. Oleh itu mereka merujukkan usul kepada Tun Mahathir, agar berunding dengan PKM. Namun jika ditinjau dari sudut politik secara lebih mendalam, sebab utamanya kerana Tun Mahathir menghadapi banyak kesukaran, umpamanya persengketaan dalamannya menyebabkan UMNO menyerpih pada awal 1988, UMNO diharamkan oleh hakim mahkamah, terpaksa mendaftar sebagai UMNO Baru, manakala Tengku Razaleigh Hamzah pula menubuhkan parti Semangat 46. Tindakan balas Tun Mahathir menyingkirkan Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas, dan mengurangkan bidang kuasa Yang di Pertuan Agong, telah menimbulkan krisis kehakiman dan krisis perlembagaan, dan sebaginya. Maka ia rasa ia terdesak dan ingin sekali mencari jalan untuk melepaskan diri dari kesukaran. Di satu segi, ia melalui Timbalannya, Ghafar Baba menghantar wakil mendapatkan Abdullah C. D. dan mengadakan perundingan peringkat rendah dengan perwakilan Rejimen Ke-10. Di segi lain, ia bergambar bersama Datuk Datok Yau Kong Yew sebagai bukti dan pergi ke Thailand mencari hubungan PKM, kemudian pergi ke Hong Kong, melalui Robert Kuok Hock Nien ke China menghubungi Chin Peng, mengemukakan agar perundingan peringkat tinggi diadakan. Lalu Chin Peng menghantar Ah Yan (Zainun) bertemu dengan Datuk Yau. Pada awal Disember 1988, Datok Yau bersama Zainun tiba di Bangkok, Thailand, untuk berunding dengan pihak Thailand tentang urusan perundingan peringkat tinggi.
Keempat, pihak PKM. Setelah mengharungi masa sukar dan lemah semangat bertahun-tahun setelah Perundingan Baling, pada pertengahan 1962, Pedoman Baru “teguh meneruskan perjuangan secara proaktif dan mengembangkannya selangkah demi selangkah”, mulai memulihkan, memperkukuh dan meluaskan basis kawasan sempadan dan memperbesarkan pasukan, serta menghantar Pasukan Penggempur mara ke selatan memulikan perjuangan di dalam negeri dan sebagainya. Biarpun pada dekad 1970-an telah terjadi peristiwa di mana ketua-ketua kumpulan Yijiang dan kumpulan Zhang Zhongmin membelot, main siasah berkomplot untuk memperdaya bawahan, berpecah dari PKM, lalu serpihan itu mendirikan Parti Komuis Malaysia. Kemudian pada 1987, Yijiang yang mula bertindak sewenang-wenang dan buat keputusan sendiribergegas keluar menyerah diri, membuatkan Zhang Zhongmin terdesak dan terpaksa keluar dari hutan pada April ..... (Lihat muka 215-227 memoir Qiuzhen dalam bahasa Cina.). Namun, bagaimanapun, pada dekad 1980-an, basis PKM telah cukup kukuh, sungguhpun kekuatan anggota tidak setanding masa Perundingan Baling, tak sampai 1200 orang. Akan tetapi, taraf teknik dan taktik tentera dan kelengkapan senjata pasukan telah amat meningkat, telah menguasai teknik-teknik menembak pesawat terbang dan perang periuk api, alat-alat pertahanan dan teknik membuat terowong telah lebih sempurna, teknik menyimpan bahan makanan dan barang-barang di bawah tanah dan menjamin mutunya lama sudah disempurnakan, telah menyimpan bahan makanan dan barang-barang yang boleh mempertahankan perjuangan selama 20 tahun, dan sebagainya. Dengan adanya faktor ini, semua ke sekian kali “kepung basmi” dan serangan besar-besaran dari pihak Thailand maupun dari pihak Malaysia, telah berakhir dengan kegagalan kerana serangan balas pihak PKM. Fakta-faktanya dirumuskan sebagai berikut: Semua ke sekian kali serangan ke atas pasukan Rejimen Ke-10, pasukan Kawasan Khas, Pasukan Khas Kawasan Campuran dan pasukan Rejimen Ke-12, telah berkesudahan mengalami kehilangan besar. Inilah sebagai asas kesimpulan “Mustahil boleh menghapuskan PKM dengan kekerasan bersenjata.” Ini juga membuktikan hujah berikut tidak berasas: Seorang yang mendakwa dirinya pengarang mengkaji masalah PKM, dalam tulisannya mengenai riwayat hidup Chin Peng, selepas kata-kata memuji, pada akhirnya ditonjolkan kesimpulan mengatakan PKM di kawasan sempadan “tercungap-cungap berada di ambang maut” ; dan seorang yang disebutnya kiri itu mengatakan PKM hanya menjadikannya sebagai “chip untuk tawar-menawar” dalam perundingan saja. Hujah itu cuba meremehkan PKM dan makna Persetujuan Damai Hadyai.
Makna Perundingan Phuket dan Persetujuan Damai Hadyai
Pada tahun 1988, menerusi perundingan peringkat rendah antara wakil pihak Malaysia dengan wakil Abdullah C.D. dari Rejimen Ke-10, dan perundingan wakil Pasukan Khas DCCUM, Huang Sheng dengn wakil pihak Thailand, lalu Ah Su keluar berunding dengan pihak Tailand, dan kerajaan Thailand membantu Ah Su pergi membuat taklimat perundingan kepada Chin Peng, agar PKM bersetuju. Dengan ini peraturan perundingan peringkat tinggi di Phuket barulah ditetapkan pada awal 1989. Perundingan Phuket berlangsung sebanyak lima pusingan. Pusingan pertama ditarik tirai permulaan pada 2 Mac, terus hingga pusingan kelima yang mencapai persetujuan secara asas pada awal November, melalui masa panjang selama delapan bulan. Dalam perundingan pusingan ke-3 pada pertengahan Mei, telah timbul pertikaian hangat dan sengit, puncanya adalah pihak Malaysia berdegil hendak menahan orang pihak kami. Namun pihak kami bertegas menolaknya, bertengkar sehingga pihak Malaysia ambil keputusan menghentikan perundingan sementara. Namun pihak kami tetap tak gentar, menghadapi ancaman itu dengan sikap tenang, malahan menyatakan secara serius bahawa jika hendak meneruskan perang, pihak kami sanggup mempertahankannya 20 tahun lagi. Perundingan ditangguhkan selama 5 bulan. Dalam tempoh itu, pihak lawan mengambil pelbagai langkah termasuk serangan ke atas pihak PKM, tetapi PKM tetap teguh bertahan dan langsung tidak berganjak. Maka dalam keadaan tiada jalan lain melainkan berunding semula itu, pihak Malaysia secara inisiatif mengajak PKM berunding semula. Dengan adanya pengajaran itu, perundingan pusingan ke-4 telah berjalan lancar, dengan mudah telah mencapai persetujuan asas. Seterusnya adalah pusingan ke-5 pada awal November, di mana Chin Peng datang di Phuket untuk membuat keputusan terakhir bagi persetujuan, kemudian memasuki peringkat mendraf dokumen-dokumen persetujuan. Dokumen itu merangkumi Pengumuman Bersama, dua dokumen dalam persetujuan Kerajaan Thailand dengan PKM dan dua dokumen dalam persetujuan kerajaan Malaysia dengan PKM, pada umumnya disebut Persetujuan Damai Hadyai.
Upacara penandatangan Persetujuan Damai Hadyai berlangsung dengan penuh istiadat megah di Hotel Lee Garden Hadyai, Thailand pada 2 Disember 1989. Persetujuan itu ditandatangani oleh wakil-wakil ketiga-tiga pihak disaksikan oleh para hadirin dan media pelbagai negeri sedunia, sudah tentu terefektif undang-undang yang diiktiraf antarabangsa.
1-: Persetujuan Menghentikan Gerakan Bersenjata dalam Wilayah Thailand dan Memo Persefahaman antara kerajaan Thailand dengan PKM
Terma utamanya termasuk terma yang jelas melindungi hak bekas Tentera Rakyat, antara lain yang terpenting menetapkan “dalam semua kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis, tidak menggunakan kata-kata bersifat mengumpat seperti ‘menyerah diri’ atau ‘berkompromi’.”  “Memberi kad pengenalan kepada bekas Tentera Rakyat”, “memperoleh kewarganegaraan Thailand ......atau dokumen imigran, supaya mereka boleh meniekmati hak undang-undang yang wajar” dan sebagainya. Boleh dikatakan bahawa penghuni Kampung Perdamaian dan Kampung Persahabatan di Thailand adalah memiliki kewarganegaraan Thailand di bawah naungan persetujuan kerajaan Thailand dengan PKM.
Catatan*1Terma 3 persetujuan kerajaan Thailand dengan PKM sebagai berikut: (3.   Markas Operasi Keselamatan Dalaman Kawasan Keempat dan pihak berkuasa berkenaan akan:  Mengumumkan bahawa PKM menghentikan gerakan bersenjata di wilayah Thailand adalah satu tindakan rasional, bahkan tidak menggunakan kata-kata memfitnah seperti ‘menyerah diri’ , ‘berkompromi’ dan sebagainya di dalam kenyataan secara lisan atau bertulis. Memberikan kad pengenalan kepada bekas Tentera Rakyat yang pernah memiliki kewarganegaraan Thailand, dan melalui langkah yang secocok dengan tuntutan dan syarat pihak rasmi, supaya mereka dalam kerakyatan negara lain dan ingin tinggal di Thailand itu memperoleh kewarganegaraan Thailand atau sijil imigran, supaya mereka menikmati hak undang-undang yang wajar. Dalam masa prosedur undang-undang tersebut itu, semua ahli diberi sijil hak bergerak. Bekas Tentera Rakyat Malaya dijamin hak memiliki harta benda secara sah sama seperti warganegara Thailand.”
2-: Persetujuan kerajaan Malaysia dan PKM tentang Menghentikan Konfrontasi dan Peraturan Pentadbiran
Terma utama sebagai berikut: antara lain suatu terma jelas menetapkan: “Selepas ini, kenyataan akhbar dikeluarkan apa-apa pihak pun mesti berdasarkan semangat persetujuan, tidak boleh menggunakan kata-kata bersifat memfitnah seperti ‘menyerah diri beramai-ramai’ dan ‘kompromi’.” Bagaimana terma ini dicapai boleh lihat Episod Perundingan Damai Phuket yang Jarang DiketahuiTentang perlindungan dan keselamatan personal, selain dari hak bermastautin dan kehidupan aman, ditetapkan juga “kerajaan tidak akan mengenakan Akta Keselamatan (ISA) 1960 atau apa-apa undang-undang lainnya ke atas mereka kerana kegiatan mereka yang berkaitan dengan PKM dalam masa dahulu itu.”  “Bekas Tentera Rakyat yang kembali (ke tanah air), pemeriksaan masuk tidak akan mengambil apa-apa cara yang menimbulkan kejengkelan.” Tentang kewarganegaraan dan kad pengenalan, hak dan kewajipan juga ada terma yang jelas. Ketetapan tentang berpolitik termaktub “boleh menyertai aktiviti politik secara bebas termasuk membentuk parti politik di dalam skop undang-undang dan perlembagaan Persekutuan Malaysia.”  
Bahkan, dalam proses perundingan, wakil-wakil PKM membentangkan fakta-fakta sejarah Anti-Jepun dan Anti-British yang dilancarkan oleh PKM, menghujah dengan membentangkan bukti-bukti kukuh tak terbantahkan, sehingga pihak kerajaan Malaysia berjnji membebaskan tahanan politik, dan ketua perwakilannya Datuk Rahim Nor membacakan kenyataan bertulis yang berbunyi: “Malaysia tidak menafikan atau mempertikaikan bakti PKM kepada kemerdekaan. Adapun setakat mana baktinya, .....terpulanglah kepada ahli sejarah.” Implikasi kenyataan ini tidak boleh diabaikan, kerana ini bermakna kami telah diberi hak bersuara perihal sejarah. (Lihat muka 438, My Side of History.)
Jelaslah, perundingan tersebut itu melalui proses perbahasan dan perjuangan selama 8 bulan. Persetujuan Damai Hadyai yang dicapai dengan perdamaian secara terhormat semua pihak itu, semua perkara termanya jelas dan efektif, adil dan munasabah, tidak boleh tidak dilaksanakan. Hasil ini dicapai melalui perwakilan PKM di bawah pimpinan Chin Peng berusaha siang berganti malam, memerah otak, berjerih lelah dan cekal berjuang dalam perundingan. Wahai pencapaiannya sungguh tidak mudah! Adalah baik jua satu bandingan diambil, iaitu ketua-ketua Parti Komunis Malaysia turun dari gunung. Menurut cerita dalam memoir Qiuzhen, bahawa Yijiang adalah “mengakhiri usahanya secara rahsia” dan “membawa kawan-kawan Kompeni Ke-5 keluar menyerah diri” . Manakala Zhang Zhongmin pula, ia “dipandu oleh Yijiang” pergi “bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Thailand ......”, kemudian “membentuk perwakilan keluar untuk berunding......”. Ini memang lebih baik daripada Yijiang bergelaran “komander merah” itu, dan perundingannya mencapai persetujuan atas 8 perkara, terdapat perkara yang adil dan munasabah. Namun, persetujuan itu tiada upacara penandatanganan secara rasmi, tiada efektif undang-undang. Lihat lagi perihal berungding dengan pegawai kerajaan Malaysia. Yijiang langsung tidak peduli hal-hal lian, manakala Zhang Zhongmin dan Qiuzhen hanya setelah turun dari gunung barulah pergi mendapatkan pegawai kerajaan Malaysia untuk berunding. Cuba tanya, ketika itu ada apa modal lagi bagi mereka berunding. Jadi, “Dalam perundingan, pegawai kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa anasir komunis yang kembali (ke Malaysia) mesti menerima ‘pengubahan/transformasi’, ini adalah dasar kerajaan”. Walaupun mereka ada kemukakan seharusnya kesalahan berlalu diampuni dan tidak boleh ditahan dan sebagainya, namun “pegawai kerajaan Malaysia bertegas ‘pengubahan’ mesti dilaksanakan. Begitulah  kesudahannya.” Lihatlah, betapa cuai lalainya kerja merekalantas memperlakukan masalah hak dan kesejahteraan bawahan mereka sama seperti main-mainan kanak (Lihat muka 217-225 memoir Qiuzhen dalam bahasa Cina). Segalanya mudah dan jelas apabila perbandingan dibuat.
Bagi negara kita, sejak hari penandatanganannya Persetujuan Damai Hadyai telah direkodkan ke dalam lembaran bab sejarah. Dokumen-dokumen yang diarkibkan ketiga-tiga pihak itu tidak ternafikan sesiapapun. Perkara-perkara atau termanya harus ditaati dan ditunaikan ketiga-tiga pihak, tidak boleh memungkirinya.

Dokumen-dokumen rujukan
(1) Pengumuman Bersama tiga pihak
(2) Empat dokumen Persetujuan Damai Hadyai
(3) My Side of Histor (Chin Peng)
(4) Memoir Abdullah C. D.

(5) Memoir Kehidupan Perang Gerila 40 Tahun: Qiuzhen

Categories

Pengikut