SAJAK: SEJARAH KERAMAT


(Sempena Merayakan 25 Tahun Persetujuan Damai Hadyai)

oleh Susila
Pasir Puteh, Kelantan
10 November 2014







Dua bulan dua belas
tahun lapan puluh sembilan
tercipta sejarah keramat
termaterai satu persetujuan
berakhirlah satu perjuangan
                yang berlarutan puluhan tahun
                                penuh liku dan ranjau.

Melawan Jepun
menentang British
menyanggah kezaliman
                dan ketidak adilan
inilah disebut
                perjuangan agung.

Perjuangan ini
                Bukan perjuangan biasa
                Bukan perjuangan main-main
kerana ia
perjuangan untuk kesinambungan bangsa
perjuangan untuk menegakkan Negara
perjuangan untuk hak
                hidup dan mati sesuatu bangsa.


Perjuangan ini
Ditaja dan diterajui
Oleh orang-orang besi
Yang dibakar tak hangus
Dicincang tak hancur
Bahkan keras dan kental
Sekeras batu di Banjaran Titiwangsa
Kerana ia disepuh dengan bara api perjuangan
Dicanai dengan semangat kemerdekaan
Yang menyala-nyala.

Chin Peng
nama tersohor di bumi Malaya
bahkan gah di seluruh dunia
digeruni musuh
disegani kawan
Abdullah C. D.
Rashid Maidin
Suriani Abdullah
Abu Samah
                Antara nama pejuang
                Kebanggaan Rejimen Ke-10
                Tentera Rakyat Malaya
                                Lau Shey, Ah Cheng
                                                Ah Su, Ah Shek, Ah Yen
Di antara nama-nama terbilang
Yang bersinar bagai bintang
Di persada perjuangan agung ini.

Tika menoleh ke belakang
merenung masa silam
rasa bangga penuh di dada
kita adalah pejuang
walaupun nama kita tak dinobatkan
sebagai pejuang
namun realitinya
kita adalah pejuang
nama kita tetap abadi
dalam lipatan sejarah
perjuangan keramat ini
kemerdekaan negara.

Kini
25 tahun sudah
kita dengan megah
berada semula di dada pertiwi
menyumbang keringat dan tenaga
membangun Negara tercinta
dengan cara kita sendiri.

神圣的历史
(为《合艾和平协议》签署25周年纪念而作)
苏丝菈(Susila

一九八九年
十二月二日
在和平协议上盖章
开创了神圣的历史
结束了一场
长达数十年
艰苦卓绝的战争

抗日
反英
反抗不公正的
残暴统治
这就是
伟大的斗争
这一场斗争
非同凡响
也不是儿戏
因为她是
民族求存的斗争
立国的斗争
为了维权
决定民族生死存亡的斗争


一九八九年
十二月二日
在和平协议上盖章
开创了神圣的历史
结束了一场
长达数十年
艰苦卓绝的战争

抗日
反英
反抗不公正的
残暴统治
这就是
伟大的斗争
这一场斗争
非同凡响
也不是儿戏
因为她是
民族求存的斗争
立国的斗争
为了维权
决定民族生死存亡的斗争

这一场斗争
主导和领军的
都是身经千锤百炼
不可摧毁
不可熔化的铁人
而且坚韧不拔
犹如主干山脉的磐石
在斗争烈火中百炼成钢
加上炽热的独立精神的磨砺

陈平
威名赫赫全马响当当
甚至享誉全世界
敌人闻之丧胆
备受朋友同志尊崇

阿都拉西
拉昔迈丁
苏丽雅妮阿都拉
阿布沙玛
马来亚人民军第十支队
引以为荣的斗士

老谢、阿成
阿苏、阿石、阿焰
跻身著名人物
是数一数二的星星
在伟大的战场闪耀
都是身经千锤百炼

而今回首
缅怀往事
豪情满怀
我们是斗士
即使不列入名册
然而事实俱在
我们就是斗士
我们的芳名永存
载入历史的篇章
这一神圣的斗争
实现国家的独立

现在
25年过去了
我们自豪地
再次投入祖国的怀抱
尽心尽力
用我们独特的方式
建设亲爱的祖国

苏丝菈
吉兰丹巴西布爹
20141110




Categories

Pengikut