MENGENANGI KAWAN ALUN PERAJURIT CINA DI REJIMEN KE-10



Kawan Alun


Kami baru mendapat khabar bahawa Kawan Alun telah meninggal dunia. Dengan ini, kami bekas perajurit Rejimen Ke-10 yang menetap di Selatan Thailand menyatakan rasa sedih atas pemergian Kawan Alun dan menyampaikan takziah kepada isteri beliau Kawan Desa @ Fajar, kaum keluarga dan rakan seperjuangan beliau yang pulang ke Malaysia.

Kawan Desa @ Fajar
Kawan Alun pernah bertugas di Kompeni Ke-23 di bawah pimpinan Rashid Maidin dan di Kompeni Ke-21 di bawah pimpinan Abdullah C.D. Di sepanjang perjuangan yang pahit maung ini, Kawan Alun telah memperlihatkan semangat juang yang teguh, tabah menghadapi berbagai kesukaran dan mara bahaya, tekun bekerja dan rajin berlatih militeri.

Di pasukan Rejimen Ke-10, beliau bergaul rapat bagaikan satu keluarga dengan kawan-kawan Melayu, sama suka sama duka, saling hormat menghormati dan memperlihatkan semangat persaudaraan sekelas yang tebal mendalam.

Setelah termaterinya persetujuan damai Hadyai dan perjuangan bersenjata ditamatkan, Kawan Alun pulang ke Malaysia. Di tanah air, beliau aktif dalam Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia sebuah badan untuk menjaga dan saling bantu membantu di kalangan bekas perajurit Tentera Rakyat Malaya yang pulang ke Malaysia.

Berehatlah Kawan Alun dengan tenang di pangkuan pertiwi, Kisah2 heroik kawan Alun akan abadi bersama perjuangan Rejimen Ke-10.


Categories

Pengikut