Tugu Negara: Daripada siapa kita merdeka?

Sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini amat kusut dan serabut sebenarnya. Rakyat semakin hari semakin tidak menunjukkan semangat patriotisma walau sedikit kepada negara. Ia amat berbeza 15 tahun yang lampau, sewaktu saya masih dibangku sekolah rendah, pada bulan ini hampir semua kereta memasang bendera Malaysia termasuklah kereta bapa saya, memasang bendera pada kereta adalah sesuatu yang mengujakan apabila tiba hari merdeka. Tetapi hari ini, tiada siapa mengambil peduli hari yang sepatutnya disambut dengan perasaan patriotisma yang membara.

Apakah yang menyebabkan hari kemerdekaan seperti tidak bermakna bagi rakyat hari ini? Adakah ia sebuah kemerdekaan yang sejati atau ia penuh dengan kepalsuan dan pembohongan? Sedang saya memikirkan sebab-sebabnya, tergerak hati saya untuk kembali merujuk kepada simbol kemerdekaan negara ini. Apakah simbol itu? Dan adakah ia berfungsi sebagai simbol patriotisma yang sejati kepada generasi hari ini.

Sebuah monumen yang diberi nama Tugu Negara didirikan untuk memperingati para pejuang kemerdekaan malaya. Ia menjadi simbol pengorbanan para pejuang yang berjuang memerdekakan tanah air ini dari penjajahan dan pastilah mempunyai nama pejuang-pejuang bangsa yang telah bermandi darah untuk keselesaan kita hari ini.

Pernahkah kita berhenti dan melihat, wajah atau nama Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Kilau, Tunku Abdul Rahman, Chin Peng, Ganapathy, Rashid Maidin, Abdullah C.D dipotretkan disitu? Puas saya mencari tetapi tidak ada seorang pun pahlawan dari bangsa Malaya disini.

Beberapa persoalan timbul dan saya merakamkan perkara aneh disitu.
  1. Tidak kelihatan nama rakyat malaya dari kaum melayu, india atau cina.
  2. Hanya nama askar penjajah british dari negara2 komanwealth sahaja tertera disitu.
  3. Patung gangsa yang menampilkan 5 tentera british gagah mengangkat bendera malaysia sementara 2 Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (PKM) tewas dan dipijak oleh askar penjajah.
Persoalannya sekarang ialah, siapakah yang memerdekakan negara kita? Adakah Inggeris yang memperjuangkan kemerdekaan ini? Jika benarlah Inggeris menjadi pejuang kemerdekaan, siapakah yang menjajah kita sebenarnya. Parti Komunis Malaya atau Inggeris. Apakah PKM yang merampas hasil bumi getah, biji timah dan hasil bumi negara ini dan mengeksport ke Eropah untuk keuntungan mereka?

Apakah yang mahu dipertontonkan dengan tugu penjajah ini. Sebuah tugu kemenangan milik orang putih keatas Tentera Pembebasan Rakyat Malaya yang berjuang menentang orang putih? Inikah tugu yang melambangkan semangat kepahlawanan bangsa kita?

Tugu negara yang amat membingungkan ini bertambah kusut apabila, sejarawan negara Prof Dato Dr Zainal Kling & Prof Ramlah Adam mengatakan negara ini tidak pernah dijajah. Benarlah, diatas kertas memang tidak dijajah. Penjajah Inggeris hanya membantu menyelia tanah melayu sahaja. Mereka datang membeli raja-raja melayu dan bekerjasama dengan mereka. Apabila raja-raja kita tidak dijajah, bermakna rakyatnya juga tidak dijajah. Bukankah begitu? Diatas kertas ia adalah sangat tepat sekali dan secara realitinya juga benar, raja-raja diberikan layanan mewah oleh inggeris, anak-anak mereka dihantar belajar di England, makanan mereka steak dan mengikut cara barat. Memandu kereta mewah kesana sini. Pendapatan mereka juga bertambah banyak sejak Inggeris berkuasa. Diatas kesenangan golongan bangsawan ini, rakyat hanya makan ubi kayu dan kadang2 terlepas makan.


Generasi hari ini seharusnya memiliki keupayaan untuk menganalisa sejarah yang dipertontonkan. Saya tinggalkan gambar-gambar yang diambil di tugu negara untuk kita memikirkan daripada siapa kita merdeka sebenarnya.  

Selamat hari kemerdekaan yang ke-57. MERDEKALAH 100%!

Wajah tentera penjajah

 Inggeris mengangkat senjata

Inggeris mengibarkan bendera Malaysia

Wajah Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPNM)

Tentera Pembebasan Rakyat Malaya tewas ditangan penjajah Inggeris

Semoga Allah merahmati “askar penjajah”



Kesemua nama askar penjajah

3 ulasan

mat amin,
tolong ceritakan pertalian antara komunis malaya dan indonesia suatu ketika dahulu dan apakah yg terjadi kepada komunis indonesia? adakah mereka juga berada di thailand?

Reply

hakikatnya ramai sejarawan Malaysia telah dicanai fikrah mereka oleh barat....mereka percaya apa yg ditulis oleh barat...benarlah sejarah ditulis oleh yg menang , dan yg kalah dipersalahkan...

Reply

Pendokong ideologi komunis memang sakit hati tengok tugu ni, tak nak ulas tugu kat Russia, China n Vietnam? tugu kan simbol kejayaan, betul tak?

Reply

Categories

Pengikut