KAWAN DONG YUN PEJUANG ANTI-JEPUN SEKALIGUS PEJUANG ANTI-BRITISH

Dong Yun (nama asalnya Chen Huang), ahli Gabungan Persatuan-Persatuan Perdamaian Thailand, telah meninggal dunia di kediamannya di Kampung Perdamaian Betong, Thailand pada petang 7 Jun 2014,berusia 85 tahun.

Mendiang Dong Yun pernah menyertai Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, merupakan beberapa survival pejuang anti- Jepun yang jarang didapati. Ia dilahirkan pada 1930 di suatu kampung daerah Huizhou, Wilayah Guangdong, China. Masa muda dia mengikut ibu bapa berpindah ke Malaya untuk mencari nafkah. Dalam masa Jepun menduduki Malaya, dia menerima pengaruh dari Tentera Anti-Jepun, menyokong perjuangan anti-Jepun. Di dalam desa dia membantu penyusun massa menghantar surat, dan seterusnya masuk Tentera Anti-Jepun dan melawan Jepun.

Setelah Jepun menyerah kalah, Tentera Anti-Jepun didemobilisasikan, dia menyertai Persatuan Bekas Komrad Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya, dan ikut serta dalam gerakan kemerdekaan. Pertengahan 1948, pihak penjajah British mengumumkan Darurat untuk menindas perjuangan kemerdekaan rakyat Malaya. Dong Yun menyertai Tentera Pembebasan Nasional Malaya, terus memperjuangkan kemerdekaan Malaya. Pada 1949, dia dipindah ke pasukan pengawal Jawatankuasa Pusat PKM, bertugas sebagai pengawal. Berkat pertempuran bermandi darah Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan perjuangan rakyat Malaya, penjajah British terpaksa mengakui Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah merdeka, kerajaan Persekutuan dikuasai UMNO yang dipupuk penjajah British mengikut telunjuk tuannya, meneruskan perang, menyerang Tentera Pembebasan Nasional. Dalam keadaan terpaksa, Tentera Pembebasan Nasional memindahkan pasukan ke kawasan sempadan Malaya-Thailand.

Setelah mengikut pasukan pengawal berpindah ke kawasan sempadan, Dong Yun dilantik menyandang jawatan Ketua Seksyen pada 1961, kemudian bertanggungjawab atas regu utusan perhubungan stesen radio Suara Demokrasi. Kemudian dia dipindah balik dalam pasukan pengawal bertugas sebagai Ketua Seksyen, lepas itu ia dinaikkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Pelatun, seterusnya Ketua Pelatun. 1986, beliau dinaikkan jawatan ke calon ahli Jawatankuasa kawasan.

Tahun 1982, Tentera Pembebasan Nasional Malaya ditukar nama kepada Tentera Rakyat Malaya. 1989, PKM yang memimpin Tentera Rakyat Malaya menandatangani Persetujuan Damai Hadyai bersama dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand. Dong Yun tinggal menetap di Kampung Perdamaian Betong terus hingga akhir hayatnya.

Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 32, 30 Jun 2014

1 ulasan:


1. Anti Jepun - Banyak masyarakat Cina perlu berjuang kerana penjajahan Jepun di China, banyak hasil bumi Malaya telah digunakan untuk pembangunan/perperangan China.

2. Anti British - Adalah satu tuntutan bagi warga negara Malaya untuk menghalau lanun british keluar daripada Tanah Melayu...

3. Adalah satu kebodohan menentang negera Malaysia baru merdeka

Reply

Categories

Pengikut