UCAPAN SELAMAT HARI RAYA DARI RAKAN SEPERJUANGAN

UCAPAN SELAMAT AIDIL FITRI
PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA

Tarikh: 26 Julai, 2014

Kawan Abdullah C. D. yang dihormati dan
Ketua Kampung beserta segenap kawan seperjuangan di
Kampung Perdamaian Shukirin dan Kampung Perdamaian Kabang

Bersempena Hari Raya Aidilfitri, saya atas nama Persatuan ini dengan segala hormatnya melafazkan ucapan selamat Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada semua kawan seperjuangan yang jauh di mata dekat di hati, semoga semuanya berada dalam keadaan selamat sejahtera dan gembira berhari raya. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kalian tunaikan sepanjang Ramadan al-Mubarak 14334 H. mendapat pahala berlipat ganda.

Tahun ini kampung kalian telah mengadakan pelbagai aktiviti penting seperti maraikan hari Jadi ke-90 Pak Abdullah C.D., memperingati Ulang Tahun Ke-65 Reimen Ke-10 dan lain-lain lagi. Kami berasa bangga dan merakamkan tahniah atas kejayaan kalian.

Akhirnya marilah kita saling bermaafan dan terus mengekalkan semangat kesetiakawanan dan persaudaraan sesama kita dan di kalangan rakyat. Kami dengan tulus ikhlas mengharapkan mudah-mudahan kalian akan mencapai kejayaan pada masa akan datang!

Sekian dan Terima Kasih

Lee Huck Tee

Ketua Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

Categories

Pengikut