KISAH CHIN PENG YANG MENGHARUKAN



Oleh: Xiaoding

Ketika memperingati ulang tahun ke-66 20 Jun, saya sungguh mengenangi pemimpin yang amat dihormati kita, mendiang  Chin Peng. Budi pekerti luhurnya menggalakkan  saya  buat selama-lamanya, dan mendorong saya  terus- menerus berkhidmat pada rakyat. Setelah pemergiannya, pelbagai tempat telah  mengadakan  majlis  peringatan, komrad-komrad  yang tahu benar dengan mendiang telah  menyingkap sesetengah  kisahnya  yang  mengharukan.  Dengan  ini  saya  mencatatnya sebagai berikut.

Pertama, selepas Komrad  Chin Peng meninggal, dalam ucapan takziahnya Jeneral Pisan Wattana- wongkiri menceritakan  bahawa “mendiang pernah tinggal di rumah saya selama 20 tahun, bahkan daftar penduduk mendiang pun berada dalam daftar penduduk keluarga saya”. Fakta ini telah mendedahkan  tembelang orang berniat jahat memfitnah dengan menyebarkan khabar angin, kononnya Chin  Peng telah membeli dua deret bangunan-bangunan kedai, antara  lain satu deret  di  suatu jalan di Bangkok, dan satu deret lagi di suatu   jalan  Hong kong. Hakikatnya Chin  Peng tiada rumah sendiri, langsung  tidak  mementingkan diri, hatinya tetap ingat  akan rakyat dan rakan-rakan seperjuangan yang sehidup semati, inilah teladan seorang pemimpin ulung.

Kedua, suatu kali, para komrad melawat  Chin Peng,  ada  yang  bertanya  dan  berprihatin keadaan isterinya   Kkoon   Wah.   Chin   Peng menjelaskan  bahawa  badan  isterinya tidak  sihat,  tinggal  di  rumah  sanak saudaranya  di  Pulau  Hainan,  China. Lepas   suatu   masa   kemudian,   ada komrad   bertanya lagi, beliau   menjelaskan bahawa Khoon Wah telah meninggal dunia. Komrad bertanya, mengapakah tidak memaklumkan kepada komrad? Chin  Peng   berkata, dia  telah membawa banyak kesusahan kepada pihak organisasi dan komrad-komrad, kalian usah  risau atau memeras otak atas hal dia. Betapa luhurnya sentiment pemimpin ini, beliau  sentiasa  memeras otak  memikirkan  hari  depan  negara,  memprihatinkan   rakan-rakan   seperjuangan, tetapi hal rumah tangganya dipendam dalam hatinya.

Ketiga,  tahun baru 2013, serombongan komrad pergi melawat dan mengucap selamat tahun baru kepada komrad Chin Peng yang uzur, beliau berasa amat gembira. Banyak komrad berturut-turut menghulurkan angpao kepadanya, beliau mengumpulkan wang angpau itu dan menggenapi RM1,000.00 untuk  didermakan kepada Bahagian Juvenil Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 guna untuk dana aktiviti. Inilah  harapan  besarnya kepada generasi anak muda, bak kata dalam Hajat Terakhirnya. Ia mengharapkan “Mudah-mudahan jalan yang saya tempuhi itu akan dilanjutkan dan disempurnakan lagi oleh generasi muda.”

Keempat,  setelah  penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai, Chin Peng melawat ke Rejimen Ke-12, mengunjungi para komrad. Ketika beliau sedang sibuk bermesyuarat dengan pimpinan dan Jawatankuasa Parti, seorang komrad wanita mengemukakan hasrat hendak mengadapnya, dan dijelaskannya jika beliau sibuk, tak temu pun tak apa. Namun cepat sekali Chin Peng mengajaknya bertemu. Apabila tahu komrad itu meminta pihak organisasi menyampaikan berita pengorbanan suaminya kepada keluarga pahlawan, Chin Peng segera bersetuju dan menugaskan seorang  ahli Jawatankuasa  Parti menyelesaikan urusan itu. Komrad itu mengucapkan terima kasih   dengan rasa terharu. “Usah terima kasih, engkau telah memberi pengorbanan besar.” Air mata komrad wanita itu segera berlinang-linang. Lepas itu ia bercerita bahawa dirinya seorang perajurit biasa sahaja, telah begitu dipandang berat oleh Chin Peng yang selaku panglima agung yang ramah, bermesra dengan perajurit dan mudah didekati. Hati dia terharu kerana buat julung kali ia mendekati pemimpin yang dihormati dan dicintainya. Ia sangat selesa dan tidak segan kerana wajah Chin Peng  bersenyum  manis dan begitu ramah.

Pada masa membina kampung, sekumpulan askar Thailand ditempatkan dalam kampung untuk membantu pembinaan, Suatu kali ada askar itu mengangkat ibu jari bercerita memuji Chin Peng, ujarnya “Pemimpin kalian memperlakukan orang secara sangat baik dan mesra. Hidupnya secara sederhana, makanannya bersahaja-sahaja.” Inilah kesan perasaan mendalam dari   askar  yang sering   berdepan dengan atasannya yang keras dan kasar.

Kelima, dalam masa membina kampung, Chin Peng datang ke kampung untuk urusan kerja, kenderaan milik kampung hanya sebuah kereta pikap dan kira-kira 10 buah motorsikal.  Masa  itu  saya  bertugas mengurus perhubungan dan pengangkutan, memikirkan keselamatan Chin Peng, saya mengambil ke putusan dipandu keluar secara khusus membawa  Chin  Peng,  manakala Lujun dan Baoping ikut untuk mengiringi  Chin  Peng  masuk  kampung. Setelah Chin Peng memahami keadaan pengangkutan dan sistem bayaran tambang daripada  pemandu kereta, beliau segera berkata: “Tambang kereta kali ini ditanggung penuh oleh saya, peraturan bayaran tambang tidak boleh diubah kerana diri saya.” Beliau sambil berkata sambil menghulurkan wang tambang.  Hati  semua komrad  di  sana  berasa  amat  terharu kerananya.

Kereta tiba di kampung dan berhenti, Chin Peng turun dari kereta dan bersalam-salaman dengan semua komrad yang mengalu-alukannya. Apabila tangannya yang kuat berjabat, apa yang nampak dalam mata adalah imej pemimpin yang dihormati,  resmi rendah hati dan mudah didekati, dan tidak memerlukan layanan istimewa, mesra dan merapati diri dengan semua komrad,  keadaan demikian  membuat saya berlinang air mata, payah hendak meredakan rasa haru.

Kisahnya yang mengharukan itu saya tulis di sini, namun kisah Chin Peng yang mengharukan tidak terbilangkan, saya harap komrad yang tahu keadaannya merakamkan lagi, kisahnya yang mengharukan agar semangat luhurnya kekal abadi.

sumber berita: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia Bilangan 32, 20 Jun 2014

Categories

Pengikut