HATI MENGINGATI RAKYAT, KAKI BERPIJAK DI BUMI NYATA


Dalam karyanya bertajuk “Menentang Penyembahan Buku”, Mao Ze Dong menunjukkan bahawa “Tanpa penyelidikan, tiada hak bersuara”, “Penyelidikan adalah menyelesaikan maslah”, “Taktik perjuangan yang tepat, sekali-kali tidak dapat dihasilkan dari beberapa orang yang duduk di dalam bilik sahaja, ia hanya dapat dihasilkan di dalam proses perjuangan  massa,  ini  bermakna ia   hanya   dapat   dihasilkan   di dalam pengalaman praktik.”

Semua yang melibatkan diri dalam pergerakan pembaharuan masyarakat, hanya dapat memandu pergerakan itu menuju ke hala tuju yang tepat setelah ia memiliki mentaliti begini, iaitu hati mengingati rakyat dan kaki berpijak di bumi nyata. Ini bermakna ia mesti  benar-benar membereskan penyelidikan dan penelitian, mengetahui keadaan masyarakat negara kita masa kini dan silam, apa perubahan barunya, perhubungannya dengan ceruk rantau sekitarnya, serta di dalam tren perkembangan geo- politik   dan arus besar globalisasi, bagaimana memanfaatkan yang berfaedah dan mengelakkan kemudaratan,  memajukan  diri dan mendatangkan faedah kepada rakyat.

Tujuan kita berkhidmat pada rakyat, prinsip kita berasaskan rakyat. Semuanya berasaskan kepentingan rakyat. Dalam mendorong pergerakan pembaharuan masyarakat, kita mesti sentiasa ingat akan rakyat, sungguh- sungguh  memahami  ciri-ciri  dan tuntutan  rakyat,  benar-benar menyelidiki   keadaan   dan   ciri bumi yang kita berjuang untuknya, tetap berpijak kaki di bumi negara ini, bertolak dari praktik dan menempuh jalan diri kita.

Dalam perjuangan revolusioner dan pergerakan pembaharuan masyarakat masa silam, lantaran keterbatasan pengalaman, kerana tidak memahami secara mendalam keadaan negara kita, dan kekurangan dalam menyepadukan teori dengan praktik, sering agak banyak meniru pengalaman atau amalan luar negeri, agak banyak meniru dari buku, menyebabkan pekerjaan kita mengalami kegagalan.  Pangajaran  ini  harus disimpulkan secara mendalam dan diambil sebagai iktibar.

Di dalam keadaan realiti negara kita dan persekitaran antarabangsa setelah dua dekad dalam abad ke-21, bagaimanakah kita mendorong pergerakan pembaharuan masyarakat negara kita?

Saya berasa, demi menjayakan misi sejarah ini, kita mesti melaksanakan amalan hati mengingati rakyat, kaki berpijak di bumi nyata, sungguh-sungguh memperhatikan dan menyelidiki ciri-ciri sebagai berikut:

Pertama, negara kita terletak di hab komunikasi penting, sebagai wadah tumpuan tamadun-tamadun utama dunia seperti hadhari Islam, tamadun China, tamadun India, Tamadun Barat serta tamadun pergunungan Orang Asal dan tamadun kepulauan. Berbilang tamadun di samping sebagai    ciri    dan    keunggulan negara kita, juga sebagai satu kelemahan. Perbezaan antara pelbagai   bangsa   ini,   masa   silam telah diperalatkan penjajah untuk pecah dan perintah, kini golongan berkuasa yang berteraskan UMNO masih terus-menerus melaksanakan dasar perkauman untuk mengekalkan pemerintahannya.

Kedua, negara kita terletak di rantau kemajuan pesat di Asia, sebagai  negera  penting dalam ASEAN, berada dalam taraf pendapatan  sederhana.  Pelbagai kekuatan antarabangsa beraktiviti secara proaktif dan  mengenakan impaknya   ke   atas   negara   kita untuk  mengubah  hala  perkembangan  demi  kepentingan    mereka. Setakat ini, negara kita pada pokoknya masih mengekalkan sikap agak neutral, tidak menyebelah ke mana-mana satu pihak, tetapi berkembang menyusuri hala integrasi serantau.

Ketiga, negara kita melaksanakan sistem raja berperlembagaan, banyak kekuatan yang menentukan nasib negara, di samping kekuatan massa rakyat semua bangsa, ada kekuatan golongan berkuasa, tentera dan polis serta kekuatan raja-raja Melayu. Setakat ini, masih tidak ada campur tangan secara langsung tentera dan polis ke atas politik. Lantaran Yang di Pertuan Agong bukan hak turun-temurun suatu kerabat raja, melainkan ditabalkan  secara  bergilir-gilir oleh raja-raja Melayu sembilan negeri, tambahan lagi   kuasanya telah    diperlemahkan oleh Tun Dr. Mahathir semasa ia memegang  tampok  kerajaan. Maka keluhuran wibawa raja-raja Melayu tidak setanding dengan maharaja Thailand, mereka lebih banyak melibatkan diri dalam merebut kepentingan ekonomi saja. Oleh yang demikian, kekuatan yang menentukan nasib negara  kita  itu,  terutamanya adalah golongan berkuasa yang memegang tampuk kerajaan menerusi pilihan raya berkala oleh rakyat. Seandainya golongan berkuasa mampu secara aktif mendorong kemajuan, terus-menerus menambah-baikkan kehidupan rakyat, memperlakukan rakyat semua bangsa secara sama rata, menyusutkan jurang perbezaan antara kaya dan miskin, dan pentadbirannya integriti dan adil, maka kontradiksi antara dua kekuatan akan agak reda, masyarakat akan agak tenang, peraturan  politik  akan  agak stabil;  begitu juga sebaliknya.

Keempat, negara kita merupakan negara dalam pembangunan di   mana   kaya   dengan   hasil mahsul, tanahnya subur dan tidak banyak populasi. Pada masa dahulu,   ekonominya   dibariskan di  hadapan  rantau  Asia,  tetapi kini telah jauh tinggal di belakang setelah diperintah selama 50 tahun lebih oleh birokrat dan kroni UMNO .

Kelima, dewasa ini apakah yang paling tidak puas hati oleh rakyat semua bangsa? Mereka yang bangkit berjuang itu majoriti mutlaknya bukan kerana menganggur dan tidak boleh meneruskan kehidupan.   Mereka yang bangkit berjuang itu disebabkan kepincangan-kepincangan selama 50 tahun lebih ini, seperti mengeruk  keuntungan  dengan cara tipu daya, rasuah dan menyalahguna kuasa oleh pihak berkuasa, harga barangan melambung naik, ketidakadilan pentadbiran dan dasar perkauman telah menimbulkan suara ketidakpuasan hati rakyat kedengaran di merata-rata, rakyat tidak boleh bersabar lagi; malahan pihak berkuasa memekakkan telinga terhadap imbauan dan tuntutan rakyat. Rasuah, penyalahgunaan kuasa, pengutamaan kroni oleh BN/UMNO, harga barangan melambung naik, hegamoni agama, unitarianisme, politik perkauman dan sebagainya, dan sebagainya, adalah  reliti  dewasa  ini,  ia menjadi rintangan terbesar  yang menghalang pembangunan negara kita. Keinginan rakyat menuntut pembaharuan adalah sangat mendesak. Apa yang dikatakan “rakyat diutamakan” dan “transformasi   masyarakat” yang dilaung-laung pihak berkuasa selama bertahun-tahun ini hanya tinggal janji kosong sahaja. Sikap pihak berkuasa yang membiarkan saja dan menutup mata pada pelbagai ucapan ekstrem yang menghasut emosi perkauman itu, lebih-lebih lagi menimbulkan ketidakpuasan rakyat dan kehuru- haraan masyarakat.

Tahun 2012 merupakan tahun perkembangan pesat pergerakan massa negara kita, tuntutan pelbagai aspek rakyat semua bangsa diketengahkan menerusi berbagai-bagai perhimpunan dan perarakan. Kira-kira 30 perhimpunan besar dan kecil sepanjang tahun itu, dibahagikan mengikut sifatnya sebagai berikut: Pertama, 21  perhimpunan  memperjuangkan  hak   dan  kepentingan diri (merangkumi  kepentingan Orang Asal dan peneroka, melindungi alam sekitar dan menentang perusahaan pencemaran). Kedua, 6 perhimpunan memperjuangkan keadilan pendidikan (sekolah bahasa Cina dan sekolah agama rakyat). Ketiga, satu perhimpunan Bersih yang menentang penyalahgunaan  kuasa  dan  menuntut pilihan raya bersih. Keempat, dua perhimpunan parti-parti pembangkang untuk menimbulkan momentum. Ditinjau dari skopnya, ada 8 perhimpunan di antara  10  ribu  hingga  200  ribu hadirin. 10 perhimpunan di antara seribu hingga 5 ribu hadirin. 12 perhimpunan seratus peserta atau wakil-wakil. Peserta secara langsung dalam perjuangan-perjuangan  itu  kira-kira  antara  400 ribu hingga 500  ribu orang kali.

Kesemua ketidakpuasan dan tuntutan itu tertumpu pada menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa, autokratik kroni dan ketidakadilan pentadbiran, memelihara hak kelangsungan hidup dan kepentingan wajar, masih belum meningkat kepada peringkat  pembaharuan  sistem  politik dan  ekonomi  yang  tidak  munasabah, dan pengubahan tuntas  ke atas masyarakat.

Keenam, kita juga harus nampak bahawa kehidupan masyarakat negara kita telah muncul perubahan yang sangat besar, antara lain perubahan hubungan pengeluaran perusahaan dan pertanian;  majoriti  guna  tenaga buruh kolar biru terdiri dari pendatang asing, dan daerah desa mengalami pembandaran.

Daripada perubahan pendapatan nasional perkapita, kita dapat nampak akan situasi semasa negara kita dan perubahan yang dialami. Berdasarkan piawaian statistik antarabangsa, pada takat 2006,  Malaysia  merupakan  negara berpendapatan sederhana ke atas, masih wujud jarak cukup jauh untuk melangkah ke negara berpendapatan tinggi. Singapura adalah negara yang telah mendekati negara berpendapatan  tinggi. Pendapatan nasional per kapita negara kita sebagai berikut: RM763   pada   1950,   RM812   pada 1960, RM1070 pada 1970, RM3,703  pada  1980,  RM6,298  pada 1990, RM13,378 pada 2000, RM19,849,  pada 2006, RM24,131 pada 2009. Kadar pertumbuhan KDNK negara kita sebagai berikut: 9% pada 1990, 9.9% , pada 1993, 1% , pada 1996, -7.3% pd 1998, 6% pada 1999, 8.7% pada 2000, 0.5% pada   2001,   5.4%   pada   2002, 5.8%-6.8% pada 2003-2011.

Mari kita tinjau lagi perkembangan pembandaran negara kita. Berdasarkan data Bank Dunia, perkadaran populasi bandar  negara  kita  sebagai  berikut;
62%   pada   2000,   71.15   pada 2009,  72%  pada  2010,  72.7%  pada 2011,  tergolong  dalam  negara yang    pembandarannya    lebih tinggi.

Ketujuh, kita juga harus nemahami bahawa kita mendorong maju pergerakan pembaharuan masyarakat pada zaman teknologi  maklumat  dan  di dalam keadaan mengalami landaan hebat arus besar globalisasi:

Landaan yang datangnya dari zaman teknologi maklumat, hubungan antara manusia bentuk baru yang muncul   dalam   masyarakat,   tidak akan menimbulkan masalah pertemuan sesama manusia, masalah jarak  dan  masa.  Di  dalam  dunia maya yang merentas perbatasan negara,  orang-orang  amnya  dan orang muda khasnya boleh menuntut ilmu pengetahuan, mencari pekerjaan, mengenal handai taulan, bertukar maklumat, memperkembangkan organisasi dan mengubah kehidupan.

Di  bawah landaan  arus  besar globalisasi, keluarga Cina secara umum   menjadi   internasionalisasi, iaitu  ahli  keluarga  amnya  dan generasi muda khasnya memiliki kewarganegaraan yang berlainan kerana melanjutkan pelajaran atau bekerja   di   luar   negeri.   Keluarga internasionalisasi sedemikian muncul juga dalam golongan generasi muda kaum-kaum lain. Oleh yang demikian, identiti dan kepaduan negara juga muncul perubahan yang berlainan di bawah syarat baru.

Bertolak  dari  realiti  tersebut  di atas itu, semua orang yang benar- benar dan dengan sepenuh hati mendorong pergerakan pembaharuan masyarakat, haruslan sungguh-sungguh meneliti dan menyelidik untuk mencari jalan perkembangan yang sesuai dengan keadaan negara, dengan demi-kian barulah mampu memandu pergerakan pembaharuan masyarakat negara kita ke hala tuju yang tepat.


Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 32, 30 Jun 2014

Categories

Pengikut