MENGIRINGI PEMERGIAN SERIKANDI TERPUJI SUNGAI PAHANG, SITI NORKIAH MAHMOOD BAGINDA



Selepas solat Subuh 5 Februari 2014, warga kampung perdamaian Sukhirin berkumpul di perkarangan kediaman RUMAH SEJARAH ABU SAMAH MOHD KASSIM untuk menghantar jenazah Siti Norkiah Mahmood Baginda yang telah pulang ke rahmatulla pada 4.45 petang 4 Februari.

Selesai solat jenazah di Masjid Darul Aman, sekumpulan rakan seperjuangan menaiki 5 buah kereta menghantar jenazah Allahyarhamah ke tanah perkuburan Sungai Golok untuk disemadikan berdekatan dengan pusara arwah suaminya, Abu Samah Mohd. Kassim.

Setibanya kereta jenazah dan rakan seperjuangan di tanah perkuburan tersebut, adik Allahyarhamah, Haji Mokhtar bersama kaum keluarga yang lain telah sedia menunggu. Upacara pengebumian dilangsungkah dengan penuh khidmat.

Bagi rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian, ucapara tahlil untuk memperingati arwah dan memanjat doa akan diadakan di kampung perdamaian, semoga Allahyarhamah diletakkan di kalangan orang2 yang beriman.





Allahyarhamah adalah bekas Ketua Awas Pahang dan bekas anggota Badan Pengarah Kompeni Ke-21 Rejimen Ke-10. Beliau meninggal dunia pada pada 4.45 petang, 4 Februari 2014 di kediamannya di Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12.

Berikut adalah pilihan gambar2 upacara pemakaman Serikandi Siti Norkiah
solat jenazah di Masjid Darul Aman Kampung Perdamaian

perpisahan terakhir dengan kampung perdamaian




Haji Mokhtar melihat jenazah kakaknya


pusara Allahyarham Abu Samah


di tanah perkuburan Sungai Golok

6 ulasan

Moga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Reply

Al fatehah ..pergi nya seorang pejuang .moga di cucuri rahmat Allah keatas roh allahyarhamah..aminn

Reply

Al fatehah ..pergi nya seorang pejuang .moga di cucuri rahmat Allah keatas roh allahyarhamah..aminn

Reply

Al-Fatihah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman.

Reply

ABADILAH PARA KESATRIA!

Reply

As Salam Tuan Mat Amin.
Saya merupakan anak sedara kepada Aruah Siti Norkiah. Masa beliau hidup banyak kali beliau mengajak saya ke Sukhirin tetapi tidak dapat saya laksanakan di sebabkan berbahagai sebab. Malu lah juga sebab banyak kali Aruah bertandang ke rumah saya.

Sudah 2 tahun Aruah meninggalkan kita dan saya nekad satu hari nanti saya harus ke Sukhirin. Persoalan nya saya agak keliru dengan tempatnya bila melihat dalam Google map.cuma ada satu saje ke perkampungan damai itu?

Reply

Categories

Pengikut