JEN. PISAN: CHIN PENG SEORANG MANUSIA YANG PENUH BUDI PEKERTI, BELAS KASIHAN DAN MESRA



(Isi Pokok Ucapan Jen. Pisan Wattanawongkiri di Depan Upacara Pembakaran Jenazah Mendiang Chin Peng)
 


Saya berucap atas nama rakan-rakan saya. Sebabnya ialah kerana mendiang pernah tinggal di rumah saya selama 20 tahun, bahkan daftar penduduk mendiang pun berada dalam daftar penduduk keluarga saya. Saya dan mendiang seakan-akan satu keluarga. Saya berasa amat berbesar hati, kerana nama orang-orang yang selalu disebut oleh Chin Peng, pertama-tama ialah Jen. Chaovalit Yongchaiyuth, kedua ialah Jen. Datok Kitti Ratanachaya, yang ketiga ialah Jen. Pravit Wongsuwan dan yang keempat ialah Jen. Chamlong Kunsong. Selama 20 tahun ini, Chin Peng tidak pernah melupakan keempat-empat jeneral ini. 

Semasa tinggal di rumah saya, mendiang seakan-akan datuk anak saya, ataupun moyang cucu saya. Mendiang pernah berulang-ulang berkata kepada saya, bahawa walaupun hanya mampu berbuat setara ini, tapi mendiang bangga telah berusaha sedapat mungkin. Harini, saya amat gembira dapat berjumpa dengan 4 orang jeneral yang selalu disebut-sebut mendiang selama 20 tahun ini. Mendiang selalu memuji Jen. Chaovalit Yongchaiyuth dan meminta saya membawa mendiang melawat beliau. Manakala Jen. Chaovalit Yongchaiyuth pula telah memberikan berbagai bantuan dan prihatin kepada mendiang, sama seperti sahabat-sahabatnya yang lain. 

Semasa hendak menerbitkan bukunya, mendiang meminta saya berusaha menghubungi Jen. Datok Kitti Ratanachaya dan Jen. Chamlong Kunsong. Di masa bersama mendiang, saya sebagai seorang anggota tentera, apa yang saya nampak dan rasakan, yang nombor satu ialah mendiang adalah seorang anggota tentera yang ulung dan terpuji. Di dunia ini tidak ada sesiapapun yang mampu mempertahankan perjuangan selama 50 tahun. Dan selama 50 tahun ini, maktab-maktab tentera di Australia dan negara-negara lain, tak putus-putus mempelajari cara perjuangan mendiang. Mereka menjemput mendiang memberikan kuliah di maktab tentera mereka. Saya berkata demikian kerana saya pun pernah menempuhi kancah perang.

Yang kedua, sebagai seorang pemimpin, mendiang mencurahkan perhatian, kasih-sayang dan kesetiaan kepada bawahannya. Mendiang berkata kepada saya: “Pisan mari bawa kami pergi. Saya mahu melawat anak buah saya. Apa yang kami perolehi dari parti, tidak boleh disalahgunakan walau satu sen pun. Semuanya harus dikembalikan kepada mereka. Sila bawa kami pergi.” Maka saya pun membawa mendiang pergi. Inilah watak seorang pemimpin yang sentiasa memperhatikan bawahannya.

Yang ketiga, apa yang saya rasakan, mendiang adalah seorang manusia yang penuh budi pekerti, berbelas kasihan dan mesra, adalah seorang anggota tentera yang berhati kasih-sayang. Dan ini adalah idaman setiap anggota tentera di dunia ini. Mendiang adalah seorang anggota tentera berhati belas kasihan yang patut dihormati dan dipercayai oleh setiap manusia. Mendiang adalah hero kita, adalah hero dihati saya dan keluarga saya.

 Akhirnya, Jen. Datok Kitti Ratanachaya dalam ucapannya tadi ada menyebut bahawa mendiang telahpun mengisytiharkan kesetiaannya kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Malaysia. Manakala terhadap Negara di Raja Thailand, tanah tempat mendiang bertumpang hidup, mendiang juga sangat-sangat menghormati pihak istana. Mendiang telah mencampuri dengan sepenuh hati setiap hal-ehwal yang berkaitan dengan DYAM Puteri Chulabhorn, DYAM Puteri Maha Chakri Sirindhorn dan DYMM Permaisuri Sirikit Thailand. Mendiang bahkan bersama-sama saya setiap hari menghadiri upacara pengebumian mendiang DYMM Bonda Raja (Somdet Ya ataupun the Royal Grandmother) di istana. Mendiang adalah contoh tauladan yang menghormati tempat bermastautin, biar di mana pun. Dan sekali lagi akhirnya, pada saat-saat terakhir ini, saya telah menceritakan cerita mendiang. 

Saudara-saudari para hadirin semuanya telah berbuat dengan amat baik. Kita tidak pernah menganggap kesemua ini sebagai politik. Kita berpendapat bahawa semua orang memiliki jiwa yang berbelas kasihan, semua orang memiliki hati kasih sayang. Kita tidak pernah memikirkan apa-apa kaitan dengan politik. Baik terhadap personil-personil Parti Komunis Thailand yang berdamai di bawah Polisi 66/23 yang diumumkan oleh Jen. Chaovalit Yongchaiyuth dulu, ataupun terhadap anak buah-anak buah mendiang (Chen Ping), bahkan terhadap apa yang dikatakan sebagai anasir pengganas Thai Selatan, kita sentiasa berkata bahawa kita adalah adik-beradik sedarah-sedaging. Dan semua nyawa yang hidup di tanah bumi ini adalah adik-beradik sedarah-sedaging kita.

(diterjemah berdasarkan rekaman video di Kuil Wat That Thong, Bangkok pada 23-9-2013






讪上将 我代表各位兄弟发言,之所以说代表大家发言,因为20年来他都住在我家里,户口也落在我家里,因此我和他就像一家人一般。今天我为陈平及其家属感到欣慰 为我常常听到他多次提到的人,第一位是查瓦立永猜裕上将;第二位是吉迪拉达那查亚上将;第三位 巴域翁素挽上将;第四位是詹隆坤宋上将。20年以来陈平始终记着这四位将军 他住在我家里,就像我孩子的爷爷,像我孙子的曾祖父。他反反复复说过,尽管目前只能做到这程度,他自豪已经尽最大的努力了。今天很高兴见到我和他相处20 年来一直提到的4位将军。他称赞查瓦立永猜裕上将,请我带他去拜会阁下,查瓦立将军也像对待自己人一样给与各种帮助和关怀。在出版他的著作时,他让 尽力联系吉迪上将,詹隆上将 在和他相处的日子里,我看到感觉到的是,做为一名军人,首先他是军人优秀的榜样,在世界上没有谁能够坚持50年的斗争。50年来澳大利亚和几个国家的军 院校都在研究他的斗争方式,邀请他去外军院校当教员讲学。我自己也经历过战争 第二点,做为领袖,他关怀、热爱、忠诚对待他的部下,他说讪带我们去,去关照我的部下,我们从党内得到的一切,一士丁也不能拿,要还给他们,请带我们 去吧。我就带他去了,这就是领袖时刻关怀部下的品质 第三点:我看到他是一位富有慈祥、仁爱、温和的人,是具有慈爱心的军人,是这世界上军人铭记的榜样,是充满了爱心值得每个人敬仰和坚信的军人。我和他相处 我敬佩他,他是我们的英雄,也是我和我家庭心中的英雄。 最后我听吉迪将军说他已经表示效忠马来西亚最高元首了,而对于泰国,他居住在泰王国,他也万分地效忠于皇室,无论是朱拉蓬公主,诗里通公主,泰国诗丽吉 后的任何事务他都全心全意参与,甚至每天和我一起去皇宫参加皇太后的葬礼。这是位无论生活在哪片土地上就以那里为家的榜样 最后我要说的是,在这最后的时刻,我述说他的事迹,在座的每位兄弟做得很好,我们从未想到这是政治,我们认为每个人都有同样仁慈的生命,所有人都有仁爱 心,我们不会想到任何与政治的关联 论是对待查瓦立上将颁布66/23政策的泰共人员还是对待他(陈平)的部下,甚至连被冠名为泰南的恐怖分子,我们向大家表明我们都是血肉相连的兄弟, 这片土地上的每条生命都是我们的血肉兄弟
(根据923日大金寺Wat That Thong VCD现场录音译作


พล เอก พิศาล วันขึ้นมากล่าวแทนญาติพี่น้องพวกเราทุกคน สาเหตุใช้คำว่ามากล่าวแทนญาติพี่น้องที่เคารพในที่นี้ก็เพราะว่าชีวิตยี่สิบ ปีของท่านและกระผมอยู่ด้วยกันที่บ้านกระผมเอง ทะเบียนบ้านก็อยู่ในบ้านของกระผม เพราะฉะนั้นกระผมเสมือนหนึ่งว่าเป็นญาติ วันนี้เป็นวันที่ผมดีใจแทนญาติและท่านจินเปง เพราะบุคคลที่ท่านได้กล่าวให้ผมฟังตลอดเวลา และบอกผมด้วย ท่านแรกคือท่านพลเอก ชวลิต ยงใจยุทธ และท่านที่สองพลเอก กิตติ รัตนฉายา ท่านที่สามพลเอก ประวิตร วงษ์สุวรรณ และท่านที่สี่พลเอก จำลอง คุณสงค์ สี่ท่านนี้คือสี่ท่านที่ในหัวใจท่านจินเปงตลอดระยะเวลายี่สิบปีที่ผ่านมา ที่ท่านอยู่ในบ้านผมเสมือนเป็นปู่ของลูกผม เสมือนเป็นทวดของหลานผม ท่านได้กล่าวหลายสิ่งหลายอย่างว่าวันนี้ถึงแม้ว่า ท่านทำได้เพียงเท่านี้ ท่านก็ภูมิใจแล้วว่าท่านพยายามทำอย่างดีที่สุดแล้ว วันนี้ผมจะดีใจเหลือเกินที่ท่านสี่ท่าน ที่ผมเคยได้ยินได้ฟังมาโดยตลอดระยะเวลายี่สิบปีที่เราอยู่ด้วยกัน ไม่ว่าเป็นท่านพลเอก ชวลิต ยงใจยุทธ ที่ท่านมีความชื่นชม เคยขอร้องให้ผมพาเข้าไปพบพณท่านพลเอก ชวลิต ยงใจยุทธ และท่านก็ได้ให้ความเป็นกันเอง ได้ให้ความช่วยเหลือทุกอย่างด้วยความเป็นห่วงเป็นใยลูกน้องของท่าน ท่านได้ให้ผมได้พยายามติดต่อทั้งท่านพลเอก กิตติ รัตนฉายา ในเรื่องการทำหนังสือ ได้พยายามทั้งการติดต่อท่านพลเอก และท่านพลเอก จำลอง คุณสงค์ เราอยู่ด้วยกันกับท่านมานั้น สิ่งที่ผมได้มีโอกาสเห็นมีโอกาสรู้ก็คือ ในฐานะที่ผมเป็นทหาร ประการแรก สิ่งที่ได้จากท่านคือเยี่ยงอย่างที่ยอดเยี่ยมของความเป็นทหาร ไม่มีผู้ได้จะเสมอเหมือนคนหนึ่งของโลกใบนี้ 50ปีในการต่อสู้อย่างโดดเดี่ยว เป็น 50ปีที่โรงเรียนทางทหารของออสเตรเลียและหลายๆประเทศได้นำเอาวิธีการของท่าน ไปศึกษา ได้ขอให้ท่านไปเป็นอาจารย์สอนในวิทยาลัยทางการทหารต่างๆในประเทศต่างๆ ผมเองถึงแม้ว่าส่วนหนึ่งจะผ่านชีวิตการรบมาพอสมควรเหมือนกัน ประการที่สองในความเป็นผู้นำ ท่านมีความห่วงใย มีความรัก มีความซื่อสัตย์ต่อพี่น้องทุกๆคนของท่าน ทุกอย่างท่านบอกว่า พิศาลพาเราไป เราจะไปดูแลพี่น้องเรา ส่วนต่างๆที่เราได้รับมาจากพรรคนั้น สลึงเดียวเราก็เอาไปไม่ได้ เราต้องไปคืนลูกน้องเรา ช่วยพาเราไปผมก็พาท่านไป นี่คือความเป็นผู้นำที่มีความห่วงใยลูกน้องอยู่ตลอดเวลา ประการที่สามคือ การเป็นผู้มีเมตตา เป็นผู้มีกรุณา มีความสุขุม ท่านมีแต่เมตตาตลอดเวลาเท่าที่ผมเห็น เป็นนักรบที่เปี่ยมไปด้วยเมตตา นั้นคือตัวอย่างที่ของนักรบที่นักรบในโลกนี้ควรจะจดจำ และนักรบเปี่ยมไปด้วยเมตตาจึงเป็นที่ศรัทธา เป็นที่ยึดมั่นของทุกๆคน ทุกคนรักท่าน ผมเองอยู่กับท่านมาผมก็รักท่าน ท่านเป็นวีรบุรุษของพวกเรา และก็เป็นวีรบุรุษในใจของผมและครอบครัวผมด้วย สุดท้ายสิ่งที่ผมเห็นนอกจากท่านพลเอก กิตติ รัตนฉายา กล่าวไว้ว่าท่านได้ปฏิญาณต่อพระราชาธิบดีมาเลเซีย ในส่วนของประเทศไทยนั้นในฐานะท่านอยู่ในพระบรมโพธิสมภารของประเทศไทยนั้น ท่านมีความจงรักภักดีต่อสถาบันอย่างยิ่งและอย่างสูงที่สุด ไม่ว่ากิจการใดของสมเด็จเจ้าฟ้าจุฬาภรณ์ ไม่ว่ากิจการใดของสมเด็จพระเทพรัตนราชสุดา ไม่ว่าจะกิจการขององค์สมเด็จพระบรมราชินีนาถ ท่านไปทุกที่ ท่านไปทุกแห่ง ไปด้วยหัวใจที่เต็มเปี่ยม แม้ขนาดงานสวดสมเด็จย่าท่านไปกับผมเกือบทุกวันที่พระราชวัง นี่คือคนที่ควรเอาเยี่ยงอย่างไม่ว่าจะอยู่บนผืนแผ่นดินไหน แผ่นดินผืนนั้นคือบ้านของท่าน สิ่งมี่ผมอยากจะกราบเรียนว่า ในวาระสุดท้ายนี้ ท่านที่ผมได้กล่าวมาถึง พี่น้องที่นั่งอยู่ในที่นี้ทุกคนได้ทำดีที่สุดแล้ว เราไม่เคยคิดว่าตรงนี้คือการเมือง เราคิดเหมือนกันทุกคนคือคนที่มีชีวิตจิตใจเหมือนกันทุกคน ทุกผู้ทุกนามคือบุคคลที่เปี่ยมไปด้วยความมีชีวิตจิตใจ เราไม่เคยจะไปมองการเมืองใดๆ เราประพฤติกับทุกๆคน ไม่ว่าท่านพลเอก ชวลิต ท่านทำนโยบาย 66/23 กับพี่น้องผู้ก่อการร้ายพรรคคอมมิวนิสต์แห่งประเทศไทย กับคณะพี่น้องของพวกท่านก็คือเลือดเนื้อของพวกเราและก็กับทุกคนแม้กระทั่ง ผู้ที่ถูกขนานนามว่าผู้ก่อการร้ายในภาคใต้ ทุกชีวิตบนผืนแผ่นดินนี้คือเลือดเนื้อเดียวกัน

KALAUPUN NAK BERBOHONG BIARLAH BERPADA-PADA


Dalam upacara penandatanganan persetujuan damai 3 pihak antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand, Chin Peng berucap dengan bahasa Melayu, Wakil Kerajaan Malaysia Datuk Wan Sidik berucap dalam bahasa Inggeris dan wakil Kerajaan Thailand berucap dalam bahasa Thai. Masalahnya mengapa Chin Peng yang kononnya tak “berminat bahasa Melayu” itu berucap dalam bahasa Melayu dan mengapa wakil Malaysia yang kononya “pembela bahasa Melayu” itu berucap dalam bahasa Inggeris?

Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan yang teramat istimewa berbanding dengan pasukan2 lain. Pasukan2 sesaudara jelas sangat menyayangi pasukan Rejimen Ke-10. Setiap tahun Rejimen Ke-10 dan pasukan2 sesaudara merayakan 21 Mei sebagai hari jadi Rejimen Ke-10. Pada hari yang istimewa ini pasti kami akan menerima kawat tahniah dari JKP parti, Markas Besar TPNM dan Kawan Chin Peng.
Selain itu, setiap perajurit Rejimen Ke-10 mendapat 1 topi TPNM dan 1 songkok Rejimen Ke-10.

Semua ini tidak ada pada pasukan lain walaupun dalam hal2 lain diberikan layanan secara sama rata.
Ketika Rejimen Ke-10 terputus perbekalan, pasukan sesaudara yang jarak perjalanannya setengah bulan menghantar barang2 keperluan kepada kami. 

Pemimpin2 Rejimen Ke-10 Abdullah C.D,. Suriani, Abu Samah, Ibrahim Chik adalah anggota JKP PKM manakala Abdullah C.D. adalah Pengerusi dan ahli politburo JKP. Kebanyakan dasar PKM tentang bangsa dan bahasa Melayu dan agama Islam datangnya dari Rejimen Ke-10. Di manakah alasannya PKM mendiskriminasi kawan2 Melayu?

Harap-haraplah, Utusan Malaysia kalaupun  nak berbohong biarlah berpada-pada.

SELAMAT HARI JADI 90 TAHUN BAPA ABDULLAH C.D.


(Ucapan Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin – Ban Chulabhorn Patana 12 Sempena majlis meraikan hari jadi 90 tahun Bapa Abdullah C.D.)

Assalamulaikum warahmatullahi wabarokatuh


Bapa Abdullah C.D. yang terhormat,
Pegawai-pegawai kerajaan yang terhormat,
Sahabat-sahabat dari Malaysia dan Indonesia yang terhormat,
Kawan-kawan dan saudara-saudari yang tercinta.

Pada  2 Oktober tahun ini, genaplah 90 tahun usia Bapa Abdullah C.D. Marilah kita mengucapkan SELAMAT HARI JADI kepada beliau dan berdoa kepada Allah Subhanahuwataala mengurniakan kesihatan sepanjang hayat, memberikan keberkatan dan panjang usia kepada beliau.

Kawan-kawan dan saudara-saudari,

Mengapa kita perlu merayakan hari jadi Bapa Abdullah C.D.? Secara umumnya saya simpulkan ada 4 sebab penting.

1.    Bapa Abdullah C.D. bukanlah sebarang tokoh. Nama beliau yang masyhur dan sumbangan yang besar sudahpun diketahui dunia. Sebagai anggota kampung ini, Kampung Perdamaian Sukhirin atau Ban Chulabhorn Patana 12, kita merasa bangga tiada taranya kerana ini.

2.    Sejak dari zaman  remaja iaitu sebelum Jepun menceroboh Malaya lagi, beliau telahpun menceburi politik dalam KMM untuk kemerdekaan tanah air dari cengkaman penjajah British. KMM atau nama penuhnya Kesatuan Melayu Muda adalah parti orang Melayu yang pertama ditubuhkan di atas landasan ideologi nasionalis, sosialis progresif.


3.    Beliau adalah penaja dan pemimpin pasukan Rejimen Ke-10 yang sangat2 menggerunkan kaum penguasa Inggeris dan bonekanya. Bersama-sama pasukan-pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang lain, pasukan ini turut memberikan sumbangan yang besar kepada usaha kemerdekaan Malaya.

4.    Beliau adalah perintis dan pembimbing kemajuan kampung kita yang indah permai ini. Lihatlah Masjid kita yang indah tersergam, Muzium yang menarik pandangan  dan kehidupan kita yang aman damai hari ini adalah berkat usaha dan susah payah beliau.
Oleh itu sudah pastilah kita merasa amat bangga dan bertuah berada disisi seorang tokoh agung seperti ini.

Kawan-kawan dan saudara saudari yang dikasihi!

Siapakah sebenarnya Abdullah C.D.?

Abdullah C.D. adalah nama perjuangan, nama sebenarnya ialah Cik Dat bin Anjang Abdullah.
Beliau dilahirkan pada 2 Oktober 1923 di Kampung Lambor Kiri, Daerah Parit, Negeri Perak, Malaysia. Ayahnya seorang ketua kampung. Beliau adalah satu-satunya anak lelaki keluarga tersebut.
Beliau mendapat pendidikan dasar di sekolah Melayu di kampungnya kemudian meneruskan pelajaran di sekolah Inggeris, Clifford School di Kuala Kangsar Perak.

Ketika menuntut di Clifford School, dia mula menerima pengaruh progresif dan menyertai Kesatuan Melayu Muda. Di sinilah semangat anti penjajah mula berputik di dalam jiwanya. Dalam sejarah dicatatkan bahawa Bapa Abdullah C.D. adalah anggota KMM yang paling muda ketika itu.
Tahun 1941, Jepun menceroboh Malaya. Beliau terpaksa berhenti sekolah kerana perang.

Beliau tidak rela melihat tanah airnya dipijak2 oleh fasis Jepun. Melalui berbagai liku-likuan, beliau telah dapat berhubung dengan organisasi PKM yang sedang melancarkan perang menentang Jepun. Bapa Abdullah C.D. telah menjadi kader PKM yang penting di kampungnya. Beliau telah menyusun para pemuda mendirikan pasukan laykar rakyat menentang Jepun.


Kerana semangat perjuangannya yang tinggi beliau telah diterima menjadi anggota PKM pada tahun 1945 dan memimpin cawangan parti di kampungnya.

Menjelang Jepun menyerah kalah, beliau bersama rakan2 seperjuangan seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Mokhtaruddin Lasso dan lain2 telah membentuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) untuk kemerdekaan. Dalam kongres yang pertama pada 16 Oktober 1945, beliau telah dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat parti tersebut.

Setelah Jepun kalah, beliau berjuang secara berperlembagaan membangkitkan semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat. Beliau berkhidmat dalam PKMM, Jabatan Kerja Melayu PKM dan Kesatuan Buruh Melayu.

Pada tahun 1947, beliau bersama rakan2 seperjuangannya Dr. Burhanuddin Al Helmy, Ganapathy dan lain-lain menghadiri Persiadangan Serantau SeAsia di New Delhi India. Ini adalah suatu persidangan anti kolonialis yang julung-julung kali diadakan di rantau ini.

Pada bulan Jun 1948, penjajah British mengistiharkan undang2 darurat. Abdullah C.D. telah ditangkap dan digari. Akan tetapi beliau telah melakukan perlawanan yang gagah berani sehingga berjaya melucutkan gari dan melarikan diri dari tangkapan musuh.

Pada 21 Mei 1949, beliau menubuhkan sebuah pasukan Melayu yang terkenal iaitu Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya di sebuah hutan kawasan Kerdau, Temerloh, Pahang. Melalui berbagai-bagai ujian dan rintangan, beliau telah mengasuh pasukan ini dari 17 orang perajurit menjadi 3 kompeni melancarkan pertempuran2 menentang kekuasaan Inggeris di Malaya.


Pada tahun 1953, beliau memimpin sebahagian pasukan Rejimen Ke-10 yang dikenali dengan nama Pasukan Hang Jebat meninggalkan basis Temerloh dan tiba di kawasan sempada pada tahun 1954 Inilah longmarch yang terkenal Rejimen Ke-10 yang memakan masa selama 1 tahun 4 bulan.

Di kawasan sempadan, Bapa Abdullah C.D. mengarahkan banyak pertempuran melawan kempen kepung basmi pihak lawan, terus menerus memperkukuh dan memperbesar pasukan serta menyusun massa rakyat  yang luas untuk menyokong pasukan bersenjata.

Sepanjang proses memimpin pasukan Rejimen Ke-10 di kawasan sempadan, beliau pernah diracun beberapa kali oleh intelijen yang menyusup di dalam barisan, peristiwa terkena racun yang paling hebat menimpa beliau ialah pada 30 September 1975 yang menyebabkan beliau pengsan, tidak sedarkan diri selama beberapa hari. Hari ini kita dapati pertuturannya terganggu akibat keracunan tersebut.

Pada tahun 1955 beliau dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PKM. Pada tahun 1957 beliau dipilih menjadi anggota Politbiro JKP PKM. Pada tahun 1988 beliau dipilih menjadi Pengerusi PKM.
Pada tahun 1988, beliau atas nama Rejimen Ke-10 telah memulai perundingan damai dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand untuk menamatkan peperangan.

Lanjutan dari perundingan itu, pada tahun 1989,  suatu perundingan damai 3 pihak tingkat tinggi antara PKM Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand telah berjaya mencapai persetujuan2 menamatkan peperangan.

Pada 2 Disember 1989, upacara penandatanganan persetujuan damai telah diadakan di Hadyai. Bapa Abdullah C.D. dipilih sebagai salah seorang penandatangan bagi pihak PKM bersama itu bersama Chin Peng dan Rashid Maidin.

Sesuai dengan semangat persetujuan bersama itu, 4 buah kampung perdamian telah didirikan. Kampung kita yang tercinta ini adalah salah sebuah dari  kampung-kampung tersebut. Ketika itu kampung ini diberi nama Kampung Perdamaian 4 atau Ban Rattana Kiti 4.

 Pada Pada tahun 1993 sesuai dengan pengaturan pembangunan, kampung kita ini telah ditukar nama menjadi Ban Chulabhorn Patana 12 atau Kampung Perdamaian Sukhirin.

Dalam masa pembangunan kampung ini, Bapa Abdullah C.D. telah memberikan banyak perhatian, bimbingan dan lain2 untuk kemajuan kampung dan kehidupan bekas perajurit Rejimen Ke-10.
Sekarang, kita boleh melihat sebuah masjid yang asalnya sebuah madrasah, sebuah muzium dan sebuah rumah tamu hasil rancangan yang rapi dari Bapa Abdullah C.D.

Di samping itu, kita juga telah menerima berbagai-bagai bantuan dari Badan Kebajikan yang diarah oleh bapa Abdullah C.D. Hari ini, anggota2 bekas perajurit yang berumur 60 tahun ke atas masih menerima bantuan orang tua dari badan ini.

Pendek kata, kita dapat mendirikan kampung yang indah permai ini, menjalani kehidupan yang aman damai adalah berkat usaha dan jerih payah Bapa Abdullah C.D.

Oleh itu, marilah kita bersyukur kepada Allah Yang Maha Besar kerana telah memberikan kesihatan yang baik dan usia yang panjang kepada pemimpin kita yang tercinta, Bapa Abdullah C.D.
Marilah kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Bapa Abdullah C.D. atas sumbangan besar beliau ke atas kampung kita dan kehidupan kita hari ini!

Kampung kita akan mengenang Bapa Abdullah C.D. sebagai seorang pemimpin dan perintis kampung yang jaya!

SELAMAT HARI JADI 90 TAHUN BAPA ABDULLAH C.D.

Sekian

Wassalamualaikum warahmatulllahi wabarokatuh

Drome Binza
Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin
Ban Chulabhorn Patana 12
25 Oktober 2013

MERAYAKAN HARI HADI KE-90 BAPA ABDULLAH C.D. DAN KEMENANGAN2 KAMPUNG


Pada petang 25 Oktober, Kampung Perdamaian Sukhirin telah mengadakan dua majlis perayaan yang khidmat. Perayaan itu ialah untuk meraikan 90 tahun hari jadi Bapa Abdullah C.D. dan merayakan hasil kemenangan kampung dalam masalah Hutan Rakyat.

Perayaan ini dihadiri oleh seluruh warga Kampung Perdamaian dan sahabat-sahabat dari Malaysia dan Indonesia. Pegawai Daerah Sukhirin dan anggota rombongan dari Pejabat Daerah turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis dibuka dengan bacaan doa selamat untuk Bapa Abdullah C.D. oleh seluruh warga. Ketua Kampung Drome bin Za telah menyampaikan ucapan yang memperkenalkan ketokohan Bapa Abdullah C.D. dan sumbangannya dalam pembangunan kampung. Di samping itu beliau menyampaikan hadiah atas nama seluruh warga sebagai ucapan terima kasih kepada Bapa Abdullah C.D.

Bapa Abdullah C.D. dilahirkan pada 2 Oktober 1923, akan tetapi atas sebab2 tertentu majlis ulangtahun dibuat pada 25 Oktober.

Dalam masa 2 tahun dari tahun 2012 hingga 2013 Kampung Perdamaian Sukhrin berturut-turut memenangi 4 hadiah dalam pertandingan memelihara HUTAN RAKYAT, 2 darinya hadiah terpuji peringkat Selatan Thai dan 1 hadiah peringkat negara manakala 1 hadiah lagi sebagai sagu hati dari bahagian diraja Thailand. Dalam kemenangan-kemenangan ini, Kampung Perdamain Sukhirin telah meraih sebanyak 400,000 Bath.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan sambil menonton video hasil-hasil kemenangan yang diperolehi.
Pegawai Daerah Sukhirin hadir majlis
membacakan doa selamat

ketua kampung menyampaikan ucapan

menyampaikan hadiah hari jadi

Categories

Pengikut