SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL



Pilihan gambar2 aktiviti menyambut Maulud Nabi dari rumah ke rumah yang diadakan oleh penduduk Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12) pada 25 Januari 2013, selepas solat Jumaat.





PERUTUSAN TAHUN BARU PERSATUAN PERSAHABATAN ABAD KE-21 MALAYSIA


Perutusan Selamat Tahun Baru

Tahun Baru 2013 tampil di hadapan kita, rasanya ia merupakan suatu tahun menghadapi krisis bertubi-tubi, namun bagaimanapun tidak dapat dinafikan ia juga merupakan tahun yang penuh kesegarbugaran di sana sini, ia juga mengimbau kita semua mara secara gagah berani.

Di sampin itu, Tahun Baru tradi-sional Cina tahun ini adalah Tahun Ular, Naga berlalu tibalah Ular, situasi berkembang dan berubah-ubah tak kunjung habis. Melayang pandang ke situasi sedunia, momentum integrasi globalisasi tidak terbendungkan, pemegang tampuk pemerintahan di bnyak negara utama telah atau sedang bertukar, namun pelbagai pihak masih tidak mendapat ubat mujarab untuk mengubati/memulihkan kemerosotan ekonomi yang dicetuskan oleh Amerika Utara dan Eropah Barat; bayang gelap pergolakan dan pepe-rangan tetap menyelubungi berbagai-bagai wilayah. Sesungguhnya, secara tidak terelakkan, oder dunia yang lama harus menyerahkan tempatnya, dan oder dunia yang baru masih menanti pembentukannya, inilah satu zaman yang penuh dengan pengharapan.

Negara kita berada dalam rantau Asia Tenggara, di mana kebanyakan negara dahulunya adalah tanah jajahan atau “naungan” di bawah kezaliman kuasa-kuasa Barat. Kini negara-negara tersebut sudah pun merdeka dan telah membentuk ASEAN, akan tetapi dalam masalah hak milik pulau-pulau di Laut China Selatan, Amereka Syarikat (A.S.) cuba menangguk di air keruh, ia telah mengisytiharkan dasar “kembali semula” ke Asia Pasifik, sedang main siasah menarik negara-negara ASEAN ke pihaknya untuk menyekat China yang sedang bangkit. Apakah A.S. benar-benar datang untuk melindungi negara-negara kecil dengan “men-junjung keadilan”? Bila dikupas secara sungguh-sungguh, tujuan A.S. hanyalah untuk kepentingannya, apa yang se-benarnya ialah menarik negara-negara ASEAN ke dalam rangka perang dingin baru yang didominasinya supaya karung wang saudagar senjata apinya boleh sarat dengan keuntungan.

Masalah hak milik pulau-pulau di Laut China Selatan telah menjadi pengetahuan umum, ia adalah masalah tinggalan dari sejarah penjajahan dulu. Tentang hak milik pulau-pulau itu, negara-negara yang ada masalah dengan negara-negara ASEAN itu, selain daripada China, masih terdapat A.S., Australia, India dan sebagainya. Lagipun di dalaman negara-negara ASEAN juga wujud masalah ketidak-tetapan mengenai pulau-pulau itu, perairan teritorial dan perbatasan sem-padan yang amat rumit. Kesemua masalah tersebut hanya boleh di-selesaikan melalui permesyuaratan aman dan bersahabat sesama negara-negara itu. Jikalau bertindak mengajak serigala masuk ke rumah, membiarkan A.S. yang tiada pangkalan tentera di rantau ini masuk berdominasi, maka bagaimanakah negara-negara ASEAN mempertahankan diri, memperkasakan kekuatan diri dan menyelesaikan perselesihan sesama sendiri? Zaman sudah berubah, negara-negara ASEAN adalah tuan rumah dalam wilayahnya sendiri, Asia Tenggara adalah zon kepulauan terluas dan jalan perhubungan strategi penting di dunia, perkembangan damai di rantau ini akan membawa kemak-muran dan kebahagiaan kepada rakyat semua negeri, yang juga memberi sumbangan tidak terhingga kepada dunia.

Pada aspek dalam negeri, situasi telah berlaku perubahan pesat setelah tsunami politik 8 Mac 5 tahun lalu. Sebagaimana disaksikan umum, pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ditangguh-tangguhkan sampai ke 2013 yang tak boleh ditangguhkan lagi. Demi memenangi PRU13 bagi memelihara kekuasaannya, Barisan Nasional (BN) selain berwar-war menjaja Program-Program Transforrmasinya, juga cuba membeli hati rakyat dengan mem-bahagi-bahagikan wang yang diambil dari Khazanah negara. Pakatan Rakyat yang terdiri dari tiga parti menjadi barisan pembangkang sedang menyeru ke arah Reformasi, menampilkan dan mempublisitikan visi penggantian rejim untuk pembangunan negara dengan sepenuh kekuatan.

Dalam masyarakat negara dewasa ini, seruan-seruan menentang mono-poli, dan penyalahgunaan kuasa, menentang rasuah atau korupsi lebih menanjak segelombang demi segelombang; Perhimpunan Petisyen Aman membantah dasar pendidikan unitaria-nisme, dan Perhimpunan Hijau membantah pencemaran alam sekitar, perasaan massa rakyat terangsang dan marah, momentumnya amat besar; pergerakan rakyat memperjuangkan kebebasan, demokrasi dan pilihan raya adil dan bersih muncul silih berganti dan meluap-luap ke hadapan dengan momentum hebat. Adalah mudah saja menghayati hala tuju hasrat rakyat asal saja membuat sedikit kupasan ke atas pergerakan massa rakyat itu dan tuntutan-tuntutannya.

Sebagaimana peribahasa yang bermaksud siapa yang memperoleh sokongan rakyat, ia akan memenangi kekuasaan negara. Dapat diramalkan bahawa seandainya mekanisme pilihan raya umum yang telus dan adil benar-benar dilaksanakan, maka satu pakatan parti-parti yang secocok dengan keadaan negara, menjalankan program politik kepelbagaian dan terbuka, serta betul-betul berkhidmat pada rakyat, sudah tentu akan boleh mencapai kemenangan dan menguasai tampuk kerajaan.


'Bendera Rakyat' berkibar di Dataran - Malaysiakini

 
'Bendera Rakyat' berkibar
di Dataran
   

    Zulaikha Zulkifli
    1:54PM Jan 1 2013

"Bendera Rakyat" yang pernah dicadangkan sebagai bendera kebangsaan oleh golongan kiri dikibarkan malam tadi di Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baru 2013.

Ia dikibarkan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai "aktivis Sang Saka".
sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 4

Bendera itu dikibarkan tepat pada jam 12 tengah malam menggunakan belon gas yang dilepaskan di antara Jalan Raja dan Jalan Tun Perak di ibu negara, yang kemudiannya "disangkutkan" di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) Star Masjid Jamek.

Ketika ia dilepaskan, orang ramai sedang leka menyaksikan letupan bunga api dan hanya menyedari kewujudan bendera tersebut selepas tamat acara sambutan ambang tahun baru.

Bagaimanapun, kira-kira jam 12.30 malam, dua anggota polis dilihat tampil menggunakan kayu bagi menurunkan bendera tersebut.

Sebelum itu, salah seorang aktivis tersebut Muhammad Nasir Abu Bakar berkata, mereka mengibarkan bendera tersebut bagi menuntut sejarah yang melibatkan perjuang kemerdekaan berhaluan kiri ditulis "dengan telus dan benar".

sang saka malaya flag raise at dataran merdeka new year count down 010113 1
Muhammad Nasir yang ditemui Malaysiakini memberitahu, selain Dataran Merdeka, bendera tersebut dikibarkan di Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.

"Apa yang kami mahu ialah kumpulan-kumpulan gerakan kiri ini diiktiraf perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kemerdekaan negara.

"Apa yang ada dalam sejarah asyik cerita mengenai Umno sahaja. Sedangkan mereka juga antara pencetus kepada kemerdekaan negara. Jadi kami kibarkan bendera ini juga untuk kenang kembali sejarang pejuang golongan kiri ini," katanya.

Muhammad Nasir (gambar, tengah) juga menegaskan, beliau dan rakan-rakannya yang terlibat mengibarkan bendera berkenaan bukan daripada mana-mana parti politik.
NONE
Sebelum ini, bendera Sang Saka Malaya -- yang dianggap antara versi Bendera Rakyat -- juga dikibarkan ketika perhimpunan Janji Demokrasi pada Ogos tahun lalu.

Pengibaran bendera itu menurut Bukit Aman merupakan berbuatan yang bercanggah dengan perlembagaan dan proses demokrasi.

Nasir yang juga salah seorang yang bertanggungjawab membawa bendera itu pada sambutan Janji Demokrasi disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(a) Akta Hasutan.

dipetik dari http://www.malaysiakini.com/news/217792

Categories

Pengikut