PROFAIL RINGKAS KAWAN CHEN XIA SERIKANDI PKM YANG GAGAH BERANI



Disunting oleh Afandi

Pada 18 Disember 2013, veteran PKM, Chen Xia, 98 tahun, meninggal dunia di Amoi, Provinsi Fujian, Republik Rakyat China. Mendiang Chen Xia seorang veteran pejuang dan kader kanan PKM.
belasungkawan untuk Kawan Chen Xia

Chen Xia lahir pada 3 Mac 1917, di Jimei, Amoi. Provinsi Fujian, China (Nama asalnya Chen Jinxiang, Chen Xia addalah namanya dalam PKM). 

Pada 1936, beliau mencapai kelulusan Institut Perguruan Jimei dan melajutkan pelajaran ke Shanghai, di situlah beliau menerima pendidikan ideologi komunis. dan masuk Parti Komunis China. 

Ogos 1937, Jepun menceroboh dan menduduki Shanghai. Chen Xia meninggalkan Shanghai dan hendak pergi ke Yan-an, tetapi terpaksa balik ke Amoi kerana tak ada wang.

Dengan bantuan abangnya Chen Xia bersama rakan karibnya Zeng Yinfen* berpindah mengharungi laut sampai di Ipoh, Perak, Malaya. Di Ipoh beliau menggabungkan diri dengan PKM, dan dengan bantuan abangnya di Ipoh, Chen Xia menyelenggara satu sekolah malam untuk mendidik anak miskin atau buruh. Lee Ming, buruh wanita kilang rokok belajar dalam sekolah itu sampai tigkatan tiga pada 16 tahun, dan kerena pendidikan oleh Chen Xia, dia masuk PKM, dan mendewasa menjadi kader PKM.

 Pada tahun 1952, Lee Ming diangkat dari Setiausaha Daerah kepada ahli Jawatankuasa Negeri, beliau ditangkap oleh penjajah British dan dijatuhi hukuman mati, kemudian diberi pengampunan Sultan Perak. 1963 dia dibuang negeri ke China.

(Catatan*: Yinfen menjadi guru di suatu sekolah rendah di Ipoh, dan kemudian bertugas sebagai utusan Chin Peng.).

Setelah Malaya diduduki Jepun, Chen Xia berpindah ke Teluk Intan, menyandang ahli Jawatankuasa Daerah Selatan Perak, memimpin kerja mendirikan organisasi massa seperti Liga Anti-Jepun dan laskar rakyat anti-Jepun, membentuk kawasan basis di kampung-kampung nelayan sekitar Hutan Melintang dan Bagan Datuh. Pencapaian kerjanya amat baik.

Menjelang Jepun menyerah kalah, Chen Xia menghadiri persidangan lengkap Jawatankuasa Daerah Selatan Perak yang dipimpin oleh Chin Peng. Setelah Jepun menyerah kalah, laskar rakyat di bawah pimpinan Chen Xia bekerjasama dengan Tentera Anti Jepun mengawal keselamatan masyarakat. Beliau mengatur kerja mendirikan Jawatankuasa Rakyat, Kesatuan Buruh, Liga Pemuda Demokrasi Baru, Persatuan Wanita dan lain-lain lagi.

Kira-kira penghujung tahun 1945, Chen Xia ditukar kerja ke Singapura, menyandang ahli Jawatankuasa Badar Singapura. Setelah peristiwa 20 Jun dan Perang Pembebasan Nasional Anti- British melatus, beliau terus bertugas di Singapura. Kemudian beliau menyandang Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Singapura. 

Majlis belasungkawa
Pada 30 April 1950, beliau tertangkap oleh pihak berkuasa penjajah British akibat pengkhianatan pembelot. Beliau dipenjarakan terus-menerus di dalam penjara-penjara atau kem tahanan Singapura, Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Baharu, menderita segala seksaan kejam, dalaman tubuh badannya mengalami luka parah. Akan tetapi, walaupun begitu keadaannya, beliau tetap bersemangat taat setia pada revolusi, bersemangat tidak tertundukkan dan berpendirian teguh meneruskan kerja untuk revolusi.

Pada Mei 1956, Chen Xia dibuang negeri ke China. Beliau terus mendapatkan hubungan PKM dan terus berkhidmat kepada usaha revolusi. 

1964-1969, Chen Xia dihantar ke Vietnam bertugas sebagai wakil Pejabat PKM di Vietnam, memimpin 6 orang PKM yang belajar ilmu kedoktoran, dan ramai orang PKM yang belajar ilmu ketenteraan di sana.

Kalungan bunga dari rakan seperjuangan
1969, Chen Xia balik ke Beijing. 1976, beliau berpindah ke Makau dan membeli rumah di sana. Rumah kediamannya diserahkan kepada PKM menjadi pejabat di Makau. 1998, Chen Xia kembali ke tanah tumpah darahnya di Amoi dan menghabiskan masa tuanya di sana.

Komrad Chen Xia seorang pejuang komunis yang amat teguh, walaupun mengalami luka parah akibat seksaan kejam musuh, meski pun pergerakan komunis antarabangsa mengalami kekadasan, situasi dunia juga telah terjadi perubahan radikal, namum beliau tetap bertekad teguh meneruskan perjalanan revolusi yang dipilihnya sampai akhir tanpa kesal walau sedikitpun.

Categories

Pengikut