MELAWAT KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN DAN MERAIKAN HARI JADI KE-90 ABDULLAH C.D.


Pada 9 Ogos, sempena Hariraya Aidilfitri, 18 orang, tua muda dan lelaki wanita Persatuan Persahabatan Abad Ke- 21 dan  bekas Pasukan Penggempur Ke-5 pergi melawat Kampung Perdamaian Sukhirin. Kami menaiki 4 buah kereta bertolak pada 5 pagi, kereta berjalan dengan halaju kira-kira 90 kilometer sejam menuju ke Gerik, kira-kira jam 7.00 pagi tiba di stesen minyak Gerik, setelah kereta diisi minyak, kami makan sarapan pagi di suatu medan serela. Setelah siap makan kami memacu kereta masuk ke Lebuhraya Timur Barat menuju ke Kampung Perdamaian Sukhirin. 
Lebuhraya Timur Barat berliku-liku dan bengkang bengkong, tanjakannya tinggi dan terjal pula, kereta berjalan tidak begitu laju, setelah melepasi puncak jalan dan mulai menurun barulah berjalan laju. Kirra-kiar jam 10.00, pagi kami tiba di pejabat kastam Bukit Bunga, bangunannya kelihatan setanding dengan pejabat kastam di Pengkalan Hulu, urusan melalui kastam juga diselesaikan dengan cepat. Namun pajabat kastam Bukit Ta, Thhailand di seberang sungai  itu, beberapa bangunannya bagaikan pondok, pegawainya tak cekap, komputer mengurus kad kereta telah rosak, pegawainya menyuruh kami supaya pergi ke Sungai Golok. Kami menjelaskan bahawa kami hendak pergi ke Sukhirin, kalau melalui Sungai Golok jalannya jauh. Pegawai itu berfikiran liberal dan memberi kelonggaran, ujarnya “boleh lepaslah kalau pergi ke Sukhirin” . Kami berasa gembira kerana layanan itu.
Tak lama kemudian, kawan Anas dan anak perempuannya pun sampai. Mereka datang menyambut kami dengan sebuah kereta Suzuki. Setelah proses peperiksaan imigresen selesai, Anas bawa jalan, kereta-kereta kami ikut di belakang menuju arah barat laut..Sepanjang  jalan itu terdapat banyak sekatan jalan yang dikawal oleh askar, namun kami boleh berjalan tanpa gangguan. Setelah masuk ke simpang jalan ke Kampung permukaan jalannya banyak legak legok, kereta berjalan perlahan-lahan dan harus dipandu dengan berhati-hati. Akhirnya kami selamat tiba di tempat tujuann, Kampung Perda-mmaian Sukhirin pada tengah hari.
Kereta-kereta kami berhenti di depan rumah Kawan Abdullah C∙D, Bekas pimpinan Rejimen Ke-10. beliau keluar menyambut dan bersalam-salaman dengan kami. Hati kami sangat gembira kerana beliau kelihatan masih cukup sihat. Kami semua masuk berturut-turut ke dalam rumahnya dan duduk barbaris dialam ruang tamu. Sebenarnya kami datang dengan ada persiapan untuk mengawalkan keraian hari jadi 90 tahunnya yang jatuh pada 2 Oktober tahun ini. Sebingkah  kek hari jadi yang dibawa khas diletakkan ke atas meja sebagai hadia hari jadi Bapa Abdullah C.D.. Upacara dimulai dengan nyanyia lagu hari jadi: “Selamat hari jadi ......Happy birthday to you……”Ketika nyanyian berhenti, beliau berdiri dan menghembus memadamkan lilin-lilin di atas kek, bunyi tepukan hangat bertepak-tepak. Bapa Abdullah C.D. mengambil pisau menghiris kek. Kek hari jadi yang lazat itu dinikmati bersama oleh Bapa Abdullah C.D dan semua hadirin. Selasai makan, disambung dengan bergambar kenangan, bergambar kenangan segenap hadirin dan juga beregu sekeluarga atau dua tiga kawan bersama Bapa Abdullah C.D.. Selesai keraian hari jadi itu, kami pergi ke hostel yang tak berapa jauh, kawan Ah An dan isterinya tinggal bersama di rumah Abdullah C.D. selama 2 hari.
Persekitaran Kampung Perdamaian Sukhirin sungguh indah, rupa bumi rata, jalan lurus. Plan pembangunan kampung terancang dengan amat baik. Tanahnya subur, banyak sumber alam,  banyak pokok buah-buahan menjadi tempat teduh, burung-burung berkicau dan bunga-bungan semerbak, air jernih sungai dari bukit disalurkan dengan pancuran ke dalam setiap rumah, alirannya tidak habis digunakan. banyak penduduk kampung membela ikan dan ayam itik dengan syarat yang baik itu. 

Kampung itu dibahagikan kepada dua bahagian, 100 keluarga tinggal di bahagian yang besar, 40 keluarga tinggal di bahagian yang kecil, semuanya 140 keluarga. Jarak di antar kedua-dua bahagian itu kurang dari 1 kilometer. Ketika mula membina kampung, penduduknya 200 lebih,  kini sudah meningkat kepada 500 lebih. Ini bermakna generasi baru dalam kampung ini hampir 300 orang. Di antara dua-dua bahagian kampung itu terdapat sebuah sekolah rendah, perlengkapannya sempurna. Generasi baru bersekolah di situ, setelah tamat dan lulus darjah 6 tahun, mereka akan keluar dari kampung untuk melanjutkan pelajaran. Kini murid  belajar di situ hanya 80 orang lebih, ini bermakna kebanyakan generasi baru sudah melanjutkan pelejaran ke sekolah menengah atau universiti. Selain itu terdapat juga sebuah klinik yang agak besar. Sebuah ambulan ditempatkan di situ. Ada seorang doktor, katanya  berkebolehan perbidanan,  penyakit-penyakit  biasa sudah tentu boleh diubati.
Bangunan Muzium Tinggalan Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin sangat indah, tinggalan-tinggalan sejarah yang dipamerkan juga banyak, di antaranya terdapat alat-alat perang gerila, alat muzik, alat rakaman, projektor wayang gambar dan sebagainya. Saya mengenakan kaca mata rabun jauh, hanya memandang sepintas lalu secara tergesa-gesa, yang memberi kesan mendalam bagi saya ialah beberapa buah pelita gerila dan sepucuk brengan rampasa dalam satu pertempuran 1949 yang diarahkan oleh Bapa Abdullah C.D.
Kami juga pergi menjenguk kawan Siti Norkiah dan beberapa kawan seperjuangan yang tua dan uzur. Juga mengunjungi kawan-kawan seperjuangan lama Rejimen ke-10 yang pernah bergaul  atau saling bertolong bantu pada masa silam, kawan-kawan dalam kampung  juga datang melawat kami, sama-sama berbual menceritakan kisah-kisah persahabatan  dan persaudaraan seperjuangan dalam perang gerila silam.
Waktu pagi sebelum berpisah, kawan Ah An pergi melawat kader lama, kawan Shukur yang uzur dan kelumpuhan kakinya. Jalan di depan rumah itu lekak lekok, kaki An An lemah, maka saya menawarkan diri mendukungnya masuk rumah dan naik ke atas panggung kawan Syukur. baring. Kawan Ah An menyampaikan salam menghiburkan kawan Shukur sambil memberinya sedikit ubat kesihatan dan wang saku. Kawan Shukur sangat terharu.
Kawan Suriani (alias Eng Ming Cheng) telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Pada pagi keesokannya kami beramai-ramai pergi ke perkuburan menyampaikan penghormatan, setelah datang di depan kubur Allayarhamah, semua kami berdiri mengheningkan cipta, kemudian menyampaikan dua jambak bunga segar sebagai tanda peringatan dan hormat takzim. 
Seterusnya kami pergi mengunjung sebuah kem lama pasukan Rejimen 10 yang telah duduk selama 5 tahun lebih. Keadaan bumi kem itu amat baik, bahagian belakangnya rata, bahagian-bahagian kiri, kanan dan depan  terletak di tempat tinggiboleh menguasai keadaan di bawah.  Satu terowong berbentuk “T” telah dibina dalam kem itu. Tetapi sesetengahnya telah runtuh kerana kayu merbau yang menunggak terowong itu telah dikeluarkan untuk membina rumah dalam masa pembangunan kampung. Kawan Anas sambil berjalan sambil perkenalkan keadaan kem itu, katanya mereka ada hasrat  membina semula kem itu untuk dilawat oleh pelancong. Yang istimewa di kem itu ialah sebelah kiri dan kanannya ada dua batang sungai. Airnya jernih dan memberi kemudahan dalam kehidupan, sebelah kiri untuk lelaki dan kanan untuk perempuan mandi. Sungai itu dahulunya banyak ikan, katak juga banyak. Dulu pernah menghantar beberapa ragu pergi menangkap ikan, satu malam sahaja dapat menangkap banyak ikan untuk dimakan sepuas-puasnya. Walaupun itu adalah cerita masa silam, tapi tetap menarik. Tugu peringatan pahlawan Kampung Perdamaian Sukhirin dibina di dalam kem itu. Kami beramai-rami bergambar kenangan di depan tugu peringatan itu.
Malam 10 Ogos, majlis malam bertukar-tukaran pendapat diadakan, Cuma malam itu hujun renyai-renyai berterus-terusan dan agak banyak penghuni telah keluar mengunjungi saudara mara bersempen hari raya, maka hadirin agak kurang sedikit, tetapi banyak kawan yang berucap meluahkan pendapat, mengenang kembali persahabatan persaudaraan sepanjang masa perjuangan silam. Seterusnya disambung dengan acara menonton filem dokumentari, sayang sekali tayangan filem terhenti kerana elektrik terputus akibat hujan lebat. Ketika itu sudah 10 malam, majlis berakhir dengan saling mengucap selamat malam.
Pagi 11 Ogos, selepas sarapan pagi, kami mengucap selamat tinggal dan bertolak kembali ke Malaysia. Lawatan kali ini, perjalanan pergi balik berjalan sejauh 700 kilometer lebih, telah mencapai hasil mempertebal persahabatan kawan seperjuangan di anatara satu sama lain. Kami pergi dengan riang gembira dan balik dengan selamat, berjalan-jalan dengan girang hati, dan makan minum juga seronok, semuanya sangat puas hati.
Lampiran ulasan kawan Anas: Kami juga ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada kawan-kawan. Kedatangan kawan-kawan telah memberikan semangat kepada kami, khususnya anggota-anggota kampung kami. Menurut reaksi yang saya terima, kawan-kawan anggota kampung kami rata-rata amat gembira dengan ketibaan kawan-kawan. Mereka secara berkelompok-kelompok tak putus-putus berbua-bual menceritakan saat-saat ketika bertempur dan hidup bersama-sama kawan-kawan Tionghua semasa bergerila dulu. Kesemua itu adalah kenang-kenangan manis.

 Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 29, 20 September 2013


Categories

Pengikut