MERAYAKAN HARI HADI KE-90 BAPA ABDULLAH C.D. DAN KEMENANGAN2 KAMPUNG


Pada petang 25 Oktober, Kampung Perdamaian Sukhirin telah mengadakan dua majlis perayaan yang khidmat. Perayaan itu ialah untuk meraikan 90 tahun hari jadi Bapa Abdullah C.D. dan merayakan hasil kemenangan kampung dalam masalah Hutan Rakyat.

Perayaan ini dihadiri oleh seluruh warga Kampung Perdamaian dan sahabat-sahabat dari Malaysia dan Indonesia. Pegawai Daerah Sukhirin dan anggota rombongan dari Pejabat Daerah turut hadir memeriahkan majlis.

Majlis dibuka dengan bacaan doa selamat untuk Bapa Abdullah C.D. oleh seluruh warga. Ketua Kampung Drome bin Za telah menyampaikan ucapan yang memperkenalkan ketokohan Bapa Abdullah C.D. dan sumbangannya dalam pembangunan kampung. Di samping itu beliau menyampaikan hadiah atas nama seluruh warga sebagai ucapan terima kasih kepada Bapa Abdullah C.D.

Bapa Abdullah C.D. dilahirkan pada 2 Oktober 1923, akan tetapi atas sebab2 tertentu majlis ulangtahun dibuat pada 25 Oktober.

Dalam masa 2 tahun dari tahun 2012 hingga 2013 Kampung Perdamaian Sukhrin berturut-turut memenangi 4 hadiah dalam pertandingan memelihara HUTAN RAKYAT, 2 darinya hadiah terpuji peringkat Selatan Thai dan 1 hadiah peringkat negara manakala 1 hadiah lagi sebagai sagu hati dari bahagian diraja Thailand. Dalam kemenangan-kemenangan ini, Kampung Perdamain Sukhirin telah meraih sebanyak 400,000 Bath.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan sambil menonton video hasil-hasil kemenangan yang diperolehi.
Pegawai Daerah Sukhirin hadir majlis
membacakan doa selamat

ketua kampung menyampaikan ucapan

menyampaikan hadiah hari jadi

Categories

Pengikut