KALAUPUN NAK BERBOHONG BIARLAH BERPADA-PADA


Dalam upacara penandatanganan persetujuan damai 3 pihak antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Diraja Thailand, Chin Peng berucap dengan bahasa Melayu, Wakil Kerajaan Malaysia Datuk Wan Sidik berucap dalam bahasa Inggeris dan wakil Kerajaan Thailand berucap dalam bahasa Thai. Masalahnya mengapa Chin Peng yang kononnya tak “berminat bahasa Melayu” itu berucap dalam bahasa Melayu dan mengapa wakil Malaysia yang kononya “pembela bahasa Melayu” itu berucap dalam bahasa Inggeris?

Rejimen Ke-10 adalah sebuah pasukan yang teramat istimewa berbanding dengan pasukan2 lain. Pasukan2 sesaudara jelas sangat menyayangi pasukan Rejimen Ke-10. Setiap tahun Rejimen Ke-10 dan pasukan2 sesaudara merayakan 21 Mei sebagai hari jadi Rejimen Ke-10. Pada hari yang istimewa ini pasti kami akan menerima kawat tahniah dari JKP parti, Markas Besar TPNM dan Kawan Chin Peng.
Selain itu, setiap perajurit Rejimen Ke-10 mendapat 1 topi TPNM dan 1 songkok Rejimen Ke-10.

Semua ini tidak ada pada pasukan lain walaupun dalam hal2 lain diberikan layanan secara sama rata.
Ketika Rejimen Ke-10 terputus perbekalan, pasukan sesaudara yang jarak perjalanannya setengah bulan menghantar barang2 keperluan kepada kami. 

Pemimpin2 Rejimen Ke-10 Abdullah C.D,. Suriani, Abu Samah, Ibrahim Chik adalah anggota JKP PKM manakala Abdullah C.D. adalah Pengerusi dan ahli politburo JKP. Kebanyakan dasar PKM tentang bangsa dan bahasa Melayu dan agama Islam datangnya dari Rejimen Ke-10. Di manakah alasannya PKM mendiskriminasi kawan2 Melayu?

Harap-haraplah, Utusan Malaysia kalaupun  nak berbohong biarlah berpada-pada.

Categories

Pengikut