CHIN PENG, KOMUNIS SEKALIGUS PEJUANG KEBEBASAN AGUNG DAN NASIONALIS








Chin Peng, Seorang Komunis, Sekaligus Juga
Pejuang Kebebasan Agung Dan Nasionalis



8 Oktober2013.

Ucapan Kawan Afandi dalam Forum anjuran Parti Sosialis Malaysia
“Chin Peng, Pejuang atau Pengganas? Disebalik Perjanjian Damai”




Akibat tindakan pihak berkuasa memungkiri perjanjian damai, menyebabkan Chin Peng tinggal di Thailand, sehingga beliau meninggal dunia di Bangkok pada 16 September. Dan pihak berkuasa segera mengeluarkan perintah melarang abu mayat dibawa balik bagi keluarganya di tanah air, malah melemparkan tuduhan yang bukan-kukan seperti “pengganas” dan sebagainya. Namun, kesemua fitnahan itu adalah menegakkan benang basah sahaja dan tidak lojik. Sebagai jawaban pendek, biarlah saya meminjam serangkap sajak dari Usman Awang yang berbunyi: “Mereka mengatakan kau penderhaka, Engkau tetap pahlawan.”

Chin Peng, Di Samping Sebagai Tokoh Komunis, 
Sekaligua juga Pejuang Kebebasan Agung dan Nasionalis

Soalan “Chin Peng, pejuang atau pengganas? Izinkanlah saya memberi jawaban dengan meminjam perumusan tepat dari peguam kenamaan, ahli panel peguam Chin Peng, Tommy Thomas yang memberi penilaian tinggi kepada Chin Peng.

Bahawasanya “Chin Peng selaku seorang dalam kalangan pejuang kebebasan agung masa paruh kedua abad ke-20, dan dikenangi oleh generasi anak pinak kita. Sesungguhnya pasukan-pasukan pimpinannya telah melancarkan perjuangan bersenjata ke atas dua kuasa imperialis raksasa, iaitu menentang Jepun dari Disember 1941 hingga Ogos 1945, kemudian menentang British dari 1948 hingga 1957. Penilaian yang secocok dengan fakta sejarah ini tercatat dalam tulisannya bertajuk: “Obituary: Chin Peng, a Malayan nationalist”.

Dengan ini saya petik perumusan jitu dari Mao Zedong sebagai hujah kukuh. Dalam masa perang menentang pencerobohan Jepun, ketika menilai Parti Komunis China adalah kekuatan paling tegas menentang Jepun, Mao Zedong telah menarik kesimpulan yang bermaksud orang komunis China yang melaksanakan internasionalisme di samping sebagai internasionalis sekali gus juga adalah nasionalis. Maka berdasarkan hujah ini, Chin Peng yang memimpin perjuangan anti-Jepun dan anti-British, di samping sebagai seorang tokoh komunis sewajarnya juga seorang pejuang kebebasan agung dan nasionalis yang patut disanjung.

Presiden Pertubuhan Sivil Antarabangsa, Muhamad Idris juga memberi penilaian tinggi kepada Chin Peng bahawasanya “Chin Peng seorang patriot Malaysia, yang ketika umurnya 15 tahun telah mulai menentang penjajahan Inggeris, sejak itu beliau telah mengorbankan segala-galanya hanya untuk membebaskan negara kita dari kongkongan dan eksploitasi Britain.” Dan “Chin Peng menyertai perang menentang Jepun yang menduduki Malaya semasa Perang Dunia Kedua, beliau bertempur melawan imperialisme, kolonialisme dan segala kekuatan yang menindas rakyat, beliau telah mendatangkan kehormatan dan kemuliaan kepada negara dan rakyat kita.

Maksud Keganasan Dituding ke Keganasan Kerajaan yang Menindas

Maki hamun dan fitnahan pihak berkuasa ke atas Chin Peng itu bertentangan dengan fakta sejarah dan tidak lojik, sebab itu ahli parlimen Jelutung, Ooi Chuan Aun mengeluarkan keluhan bahawa “Tidak ternafikan para pemimpin UMNO itu jika bukan sekumpulan “buta sejarah” sudah tentu adalah sengaja memutarbalikkan fakta-fakta sebenar sejarah.”

Pertama, jika diteliti dari sudut ilmiah, akan didapati bahawa maksud terorisme (keganasan) berasal dari masa Revolusi Perancis, iaitu pemerintah keganasan Jacobin berkuasa di Peranchis 1793-1794, iaitu penindasan dan pembunuhan kerajaan berkuasa ke atas rakyat. Oleh itu penindasan kerajaan ke atas pembangkang dinamakan sebagai keganasan putih. Definisi keganasan yang disetujui kebanyakan pihak sebagai berikut: Sengaja menimbulkan kapanikan dan sengaja menyerang mereka yang bukan penempur, tindakan perang tidak tergolong dalam ketegori keganasan. Pihak berkuasa negara mampu mengharamkan pihak-pihak pembangkangnya dan menuduh mereka sebagai “pengganas” konon, dengan ini membolehkan pasukan bersenjata kerajaan menyerang musuhnya. Dan justeru demikianlah tindakan yang diambil oleh kerajaan penjajah British.

Kerajaan penjajah telah mengerahkan 400 ribu tentera dan polis menyerang Tentera Pembebasan Nasinal. Orang hendak bertanya, secara lojik, bolehkah askar-askar di bawah arahan panglima Inggeris dalam kerajaan penjajah dikatakan sebagai askar negeri ini? Dan askar-askar Gurkha, Inggeris, Australia dan sebagainya itu apakah rakyat negara ini?

Orang hendak bertanya lagi, persetujuan damai telah ditandatangani kedua-dua pihak, perdamaian telah dicapai, suatu pihak masih terus mengungkit-ungkitkan kematian tentera dan polis dalam peperangan untuk menghasut perasaan mendedam benci, apakah niat disebaliknya? Sudah tentu, ini tidak secocok dengan semangat satu perkara dalam Piagam Madinah yang berbunyi: “Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri,...” (lihat Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad (s.a.w.) pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah). Sebab itu, pakar perlembagaan terkenal, Abdul Aziz Bari telah menggesa pihak berkanaan supaya henti memanipulasi perasaan bekas tentera dan polis atau menutup mulut mereka!

Kedua, perang anti-British betul-betul adalah satu peperangan. Kalangan ilmuwan dan peguam mendedahkan bahawa demi mengelakkan ganti rugi kepada kerugian kalangan rakyat, maka penjajah British memutarbalikkan fakta dan bertegar menamakannya “darurat” dan dengan darurat ini menuduh PKM sebagai “pengganas” konon.

Dalam perundingan damai di Phuket, Thailand, Ketua perwakilan kerajaan, Datuk Rahim Nor telah membacakan komitmen kerajaan yang berbunyi: “Malaysia tidak menafikan atau mempertikaikan sumbangan Parti Komunis Malaya kepada perjuangan kemerdekaan. Adapun setakat mana sumbangannya, ..... perkara ini terpulanglah kepada ahli sejarah.” Dan dalam Peraturan Pentadbiran di antara Kerajaan Malaysia dan PKM, perkara 1.2 Kenyataan-Kenyataan Akhbar telah ada ketetapan “Semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana satu pihak selepas ini haruslah dibuat dengan semangat persetujuan dan tidak harus mengandungi sebarang istilah memfitnah seperti "penyerahan diri beramai-ramai" dan "kapitulasi" (pengkhianatan/serah diri).” Maka ternyatalah tuduhan “pengganas” dikeluarkan pihak berkuasa itu telah melanggar persetujun damai dan adalah hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam.

Chin Peng, Warganegara Pencinta Tanah Air dan Bahasa Melayu

Dalam upacara penandatanganan Persetujuan Damai Hadyai pada 2 Disember 1989, Chin Peng membuat ucapan dalam bahasa Melayu dan berikrar dalam perenggan ke-5 yang berbunyi: “Sebagai warganegara Malaysia, kami berikrar taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan tanah air.” Ini betul-betul ikrar hemat seorang warganegara. Sungguhpun hasratnya kembali ke tanah air telah ditolak kerajaan, namun dalam HAJAT TERAKHIR SAYA yang sangat merawankan hati itu, beliau tetap melaungkan imbauan terakhir: “Selamat tinggal, kawan-kawan seperjuangan yang tercinta! Selamat tinggal, saudara saudari setanah air yang dikasihi! Selamat tinggal, tanah air yang dicintai!” Inilah perasaan ikhlas dalam hati sanubarinya, yang sangat dikagumi dan dihormati.

Ucapan Chin Peng dengan bahasa Melayu ini wajar diertikan sebagai teladan warganegara. Perilaku beliau yang mencintai dan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dipuji oleh pejuang bahasa yang berpendirian memartabatkan bahasa kebangsaan dan menentang Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, mereka menyindir tindak tanduk pemimpin kerajaan yang berpidato dengan bahasa Inggeris dan mengagung-agungkan bahasa Inggeris.

Pendek kata, dengan praktik besarnya memimpin perjuang anti-Jepun dan anti-British, dan mengorbankan segala-galanya demi kemerdekaan nasional, beliau di samping seorang tokoh komunis, sekaligus guga pejuang kebebasan agung dan nasionalis yang patut disanjung, juga warganegara pencinta tanah air dan bahasa melayu.




Categories

Pengikut