ALFATIHAH BUAT KAWAN TAHIR KETUA PLATUN REJIMEN KE-10



Kawan Tahir
Kawan Tahir atau nama sebenarnya Abdullah bin Ibarhim dilahirkan pada tahun 1935 di Kampng Tualang, Mukim Perak, Temerloh, Pahang.

Bapanya seorang petani, ibunya meninggal semasa beliau masih kecil. Kerana kemiskinan keluarga, beliau dapat belajar dalam masa singkat sahaja. Beliau membantu ayahnya memotong getah.

Ketika Jepun menceroboh Malaya, ayahnya seorang aktivis gerakan anti-Jepun. Dalam masa aman, ayahnya aktif menyokong PKM dan gerakan kemerdekaan.

Kawan Tahir yang baru memasuki usia belasan  tahun ikut terpengaruh dengan gerakan kemerdekaan yang melanda tanah air seperti ramai pemuda lain dengan menyertai gerakan API dan kemudian PETA.

20 Jun 1948, penjajah Inggeris mengisytiharkan undang-undnag darurat, sebahagian pemuda hendak ditangkap pemerintah penjajah. mereka terpaksa berundur ke hutan belukar. 

Kerana tertarik dengan perjuangan bersenjata yang mula marak menyala, Kawan Tahir ikut menyertai perjuangan dengan menganggotai  tentera tani, melakukan tindakan-tindakan ke atas hantu-hantu musuh dan lain-lain aktiviti di kalangan massa sambil meneruskan kerja membantu ayah memotong getah. 2 tahun kemudian barulah beliau diterima masuk ke dalam pasukan Rejimen Ke-10.

Dalam tentera, pada mulanya beliau ditugaskan menjadi pengawal Kawan Abu Samah Mohd. Kassim di Mempatih, tetapi kemudiannya ditugaskan berkhidmat di dalam pasukan induk Rejimen Ke-10 bersama Abdullah C.D.

Pada tahun 1953 beliau ikut serta dalam Pasukan Hang Jebat mengadakan long march ke kawasan sempadan. Di sempadan beliau terus bertugas di dalam pasukan Induk Rejimen Ke-10 dan sedikit massa memimpin unit produksi bercucuk tanam untuk menambah bekalan dan sayur-sayuran pasukan. Pernah juga beliau ditugaskan di bahagian kesihatan.

Pada tahun 1954, beliau diterima menjadi anggota PKM.

Dalam tahun 70-an, Beliau pernah mengiringi Kawan Abdullah C.D. bermesyuarat di Organ Pasukan Khas. Disamping bertugas sebagai pengawal pimpinan, beliau diamanahkan belajar pergigian. Daripada hasil belajarnya, beliau telah dapat membuka klinik gigi di Rejimen Ke-10, mencabut dan membuat gigi untuk kawan-kawan serta memupuk petugas pergigian yang baru.

Dalam tahun 1980-an beliau ditugaskan memimpin Platun Waja dengan menyandang sebagai Ketua Platun dan Penolong Setiausaha Cawangan Parti Platun. Beliau menyandang jawatan itu sehingga tamat perang.

Setelah perdamaian 1989, beliau memilih pulang ke Malaysia dan meninggal di tanah tumpah darahnya Temerloh pada pagi 19 Oktober 2013, disemadikan di Kampung Bangau Tanjung.


Jenazah Allahyarham Tahir dibawa ke tanah perkuburan 
 gambar Raja Burhan Raja Jaapar

1 ulasan:

AL-FATIHAH
ABADILAH PARA KESATRIA!!

Reply

Categories

Pengikut