PENGUMUMAN AKHBAR: WALAUPUN DAH PERGI TETAPI TETAP BERSAMA RAKYAT BUAT SELAMA-LAMANYA


Pengumuman Akhbar

Walaupun dah pergi, tetapi tetap bersama rakyat buat selama-lamanya


Dengan kesedihan yang mendalam , kami mengumumkan pemergian pemimpin kami yang tercinta dan rakan seperjuangan yang dikasihi
KAWAN CHIN PENG ( ONG BOON HUA )
yang meninggal dunia dengan aman, berusia 89 tahun pada 16hb September 2013, pukul 6:20 pagi (waktu Malaysia pukul 7:20 pagi) di Bangkok, selepas sekian lama melawan penyakit.

Dengan ini, tamatlah hidup beliau yang gilang gemilang, yang penuh dengan peristiwa-peristiwa perjuangan. Beliau telah meninggalkan kompatriot dari semua kaum, rakan-rakan dalam perjuangan bersenjata, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta tanah air tercinta dan juga perjuangan rakyat , yang mana menjadi tumpuan sepanjang hidupnya ini.

Perjuangannya terhadap penyakit menunjukkan personal yang kuat, sama seperti dalam hidupnya, dalam menentang semua dugaan dan menghadapi apa yang tidak dapat dielakkan. Beliau telah berjuang dengan kesungguhan, keberanian dan, yang paling penting, dengan ketenangan yang disemai dengan kebijaksanaan, tanpa mengenal kalah dalam sepanjang "pertempuran" beliau.

Malangnya, hal-ehwal yang tidak dapat dielakkan telah mendatang : Beliau telah meninggalkan kita buat selama-lamanya . Mungkin , bagaikan seorang yang balik keluar dari peperangan yang panjang, beliau perlu rehat. Jadi , REHATLAH , kawan seperjuangan kami tersayang.

Beliau telah meninggalkan kita , tetapi semangat beliau masih bersama kita, tertanam dalam sanubari setiap orang.

Tiada apa yang boleh menggantikan setiakawan yang telah mengikat kami. Dulu, kami berjuang mati-matian untuk mempertahankan negara kita daripada pencerobohan asing. Kami sama-sama mengumpulkan keberanian untuk melawan kuasa-kuasa jahat dan ketidakadilan dalam masyarakat. Dan kami sama-sama mencabar semua musuh yang hanya pandai membuli si-lemah dan kaum tertindas.

Kita memiliki cita-cita yang sama. Kepercayaan politik yang sama telah mengikat kita sepanjang umur. Kita sama-sama inginkan satu dunia yang lebih baik . Kita telah menunjukkan kepada generasi mendatang bahawa jalan perubahan adalah panjang dan rumit . Kita adalah sekumpulan manusia yang berani berjuang dan berani berkorban untuk kebaikan umat manusia.

Kami memahami hasrat terakhir beliau yang ingin mengembalikan jasadnya kepada anak-anak beliau yang tidak pernah beliau bela sendiri. Rintihan hati anak-anak beliau dan beliau sendiri mungkin tidak dapat difahami atau dirasai oleh orang lain. Dalam hal ini, beliau telah menunjukkan kepada dunia bahawa beliau hanyalah seorang manusia, yang penuh dengan nilai-nilai dan sensitiviti merendah diri dan kemanusiaan. Kami tabik kepadanya. Kami juga tabik kepada anak-anak dan keluarga beliau . Dan kami menyampaikan ucapan takziah kepada mereka.

Beliau amat mencintai kepada negara ini- tanah tumpah darahnya. Dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, beliau telah mendatangkan perdamaian kepada negara kita. Beliau telah memberikan sumbangan yang bernilai, namun beliau dilarang kembali ke tanah air tercintanya. Sejarah akan menggugat mereka yang mungkir janji. Apapun yang terjadi, rakyat jelata tidak buta.

Selamat tinggal, Kawan Chin Peng - pemimpin yang kami cintai , kawan kami, wira kebebasan yang berani !

Abdullah CD , rakan seperjuangan akrap Kawan Chin Peng,
Ban Chulabhorn Pattana Ke-9 (Kampung Perdamaian Banglang)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-10 (Kampung Perdamaian Betong)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-11 (Kampung Perdamaian Yaha)
Ban Chulabhorn Pattana Ke-12 (Kampung Perdamaian Sukhirin)
Persatuan Abad Ke-21 Malaysia
Persatuan Perdamaian Hadyai
Persatuan Perdamaian Kampung Perdamaian Banglang

Tarikh: 16hb September, 2013

NOTA:
Jenazah Kawan Chin Peng akan disemadikan di kuil วัด ธาตุทอง เอกมัย สุขุมวิท - Wat That Thong Temple (Court No. 11) pada 20hb September, 2013 dan terbuka kepada orang awam untuk menyatakan belasungkawa dari 20hb September 2013 sehingga 22hb September 2013 ( kuil ditutup selepas 8:30 malam).


Manakala pada 23hb September, upacara oleh sami-sami buddha akan diadakan pada pukul 10 pagi. Upacara belasungkawa rasmi akan diadakan pada 23hb September 2013, pukul 3:00 – 3.30 petang dan pembakaran jenazah akan dilakukan pada 5:00 petang.

Hubungi nombor: 66-(0)81-832-4602 (Inggeris)

66-(0)90-960-9802 (Melayu)

66-(0)83-016-4679

66-(0)83-067-3082

Wat That Thong adalah dekat dengan BTS stesen Ekkamai, Sukumvit Road, Bangkok. Trafik di kawasan itu selalunya sesak, jadi dif-dif hadhiran dinasihatkan mengguna BTS Skytrain.




 新闻公报


离去,却永远活在人民心中。


我们怀着沉痛的心情宣布:我们敬爱的领袖、我们亲爱的同志

陈平(王文华)同志

经过与病魔搏斗了很长的时间,终因医治无效,不幸于2013916日凌晨620分(大马时间720分)在泰国曼谷安详逝世,离开了他牵挂的我国各族同胞、同志战友、亲朋好友和他为之奋斗终生的人民事业以及亲爱的祖国,走完了他战斗的、光辉的一生,终年89岁。

他与疾病的斗争中,充分体现出他那坚强无比的性格,诚如他一生的事迹:始终坚持不懈地与逆境斗争,不断挑战常人之所不能。“不管风吹浪打,胜似闲庭信步”,可充分表达出他的坚毅和勇气、钢铁般的意志、浸润着睿智的沉稳冷静、面对任何艰难险阻都能泰然处之的大无畏性格。如果不是如此遇事不惊、镇定自若  ,那他早就“战败”了。

可是,生老病死的自然规律终归不可避免地发生了,他已离我们而去。兴许,经过数十年如一日地不息奋斗,他也需要休息了。我们亲爱的同志,安息吧!

陈平同志虽然离开了我们,但他的精神永存,铭记在每一个人的心中。

没有任何东西可以取代那维系着我们的同志情谊。过去,我们为了保家卫国,与外国侵略者战斗不息,不惜牺牲。我们一道鼓起勇气与社会的邪恶势力和非正义作斗争。我们一道向所有欺凌弱者和被压迫者的恶势力挑战。

共同的理想和政治信仰将我们一生凝聚在一起。我们共同盼望一个更美好的世界。我们向后来者揭示,变革的道路漫长而曲折。我们正是一群为了实现更美好的世界而敢于斗争、敢于牺牲的人们。

我们充分理解陈平同志的最后愿望:将身躯归还他从未有机会照顾的子女。他们感受的苦难和他本人的内心苦楚,外人也许永远无法理解和体会。他的态度让全世界看到,他也是一个充满谦卑和人道主义价值,顾及别人感受的人。我们向他致敬!也向他的孩子和家属致崇高敬意!我们向他们表示沉痛地哀悼。

陈平同志深爱着他的祖国他出生的地方。他以大智大勇,果断地为国家带来了和平。他做出了卓越贡献,却被拒绝回归祖国。历史将会控诉那些背信弃义的人。千秋功过,自有评说。人民的眼睛是雪亮的。

再见了,陈平同志 我们敬爱的领袖、我们的同志、勇敢的自由战士!


陈平同志的亲密战友: 阿布杜拉·西迪(Abdulah C.D.
朱拉蓬公主第九发展村(邦朗和平村)
朱拉蓬公主第十发展村(勿洞和平村)
朱拉蓬公主第十一发展村(也哈和平村)
朱拉蓬公主第十二发展村(苏基林和平村)
马来西亚二十一世纪联谊会
合艾和平联谊会
邦朗和平村联谊会

声明日期:2013916






附注:


陈平同志遗体定于2013920日移置曼谷วัดธาตุทอง  เอกมัย  สุขุมวิท
Wat That Thong庙(11亭),由920日至 22日为各界吊唁的时间(每天晚上开放至8:30时为止),并于923日上午10:00时诵经,下午3:003:30时举行公祭,同日下午5:00时举行火化仪式。

治丧处联络电话:    66-(0)81-832-4602 (英语)
                                    66-(0)90-960-9802 (马来语)
66-(0)83-016-4679
                                    66-(0)83-067-3082


Wat That Thong庙位于曼谷Sukumvit 路,就在Ekkamai BTS车站旁边,步行半分钟即可到达。附近道路交通较繁忙,乘搭BTS高架铁路较




Press Statement

He has left us, but he is with the people forever.

With the greatest pain and deepest sorrow, we announce the passing of our beloved leader and our dear comrade

CHIN PENG  (@ONG BOON HUA)

who departed peacefully at the age of 89 on 16th September, 2013 at 6:20 a.m. (Malaysian time 7:20 a.m.)  in Bangkok, after a long struggle with illness. He has thus ended a glorious life in combat and finally left all his compatriots of all races, comrades-in-arms, relatives and friends as well as the people’s cause, for which he devoted his entire life, and his beloved Motherland.

His battle against illness depicts his strong character, just as in his life, fighting against all odds, against the inevitable.  He fought with such determination and courage; and most of all with serenity imbued with great wisdom, without which he would have lost the “battle” long ago.

And yet, the inevitable has come: he has left us forever.  Perhaps, it is like after a long drawn fight, he needed a rest.  So be it, REST IN PEACE, our dear comrade.

He may have left us, but his spirit is with us, embedded in the heart of every one of us. 

Nothing could replace the comradeship that has bounded us together.  We fought to death to defend our country against foreign aggressors. Together we mustered the courage to fight against evil forces and injustices in society. Together we dared all our adversaries to continue bullying the weak and the oppressed.   

We share the same ideals, the same political beliefs that hold us together for a life time.  We dream together for a better world.  We show to future generations that the road for change is long and tortuous. We were a bunch of people who dare to fight and dare to sacrifice for the betterment of mankind. 

We fully understand his last wish to return his body to his children whom he had never been able to care for.   Their sufferings and his could perhaps never be understood or felt by others.  In this, he has shown to the world that he is but a human being, full of humility and humanistic values and sensitivities.  We salute him.  We salute his children and family, to whom we convey our deepest condolences.

He had loved very much his country- his place of birth.  He had the wisdom and courage to bring peace to our country.  He had done his part and yet he had been denied return to his beloved Motherland.  History will point the finger of indictment at those who break the promises.  Let it be, the people are not blind.

Farewell, Comrade Chin Peng – our beloved leader, our comrade, the courageous freedom fighter!

Jointly issued by:
Abdulah C.D., close comrade-in-arms of Comrade Chin Peng,
Chulabhorn Village 9 (Banglang Peace Village)
Chulabhorn Village 10 (Betong Peace Village)
Chulabhorn Village 11 (Yaha Peace Village)
Chulabhorn Village 12 (Sukhirin Peace Village)
Twenty-First Century Friendship Association Malaysia
Hatyai Peace Association
Banglang Peace Village Association

Dated: 16th September, 2013.


Note:

The funeral wake for comrade Chin Peng shall be held at the วัดธาตุทอง  เอกมัย  สุขุมวิท — Wat That Thong temple (Court No. 11) on 20th September, 2013 and open for public mourning from 20th – 22nd September, 2013 (the temple is closed after 8:30 p.m. each day); Buddhist ceremony will start at 10 a.m. on 23rd September and there will be a public funeral ceremony at 3:00 – 3:30 a.m. and cremation will take place at 5:00 p.m. on the same day.

Contact numbers:       66-(0)81-832-4602 (English)
                                    66-(0)90-960-9802 (Malay)
66-(0)83-016-4679
                                    66-(0)83-067-3082


(Wat That Thong temple is on Sukumvit Road, Bangkok and located right next to Ekkamai BTS station. Road traffic around the area may be congested and travelling by BTS Skytrain is recommended.)


1 ulasan:

ABADILAH PARA KESATRIA!

Reply

Categories

Pengikut