MEMPERINGATI 40 HARI PEMERGIAN IBU SURIANI





Kampung Perdamaian Sukhirin / Ban Chulabhorn Patana 12: 29 April 2013 – Warga Kampung Perdamiaan Sukhirin  hari ini mengadakan majlis tahlil dan memanjat doa sempena 40 hari pemergian seorang pemimpin sekaligus sebagai ibu, almarhumah Suriani Abdullah @ Eng Ming Ching.

Pemergian almarhumah amat dirasakan oleh bekas perajurit kerana belilau bukan saja seorang pemimpin yang pernah membimbing mereka dalam perjuangan, tetapi juga merupakan seorang ibu tempat mereka meluahkan rasa suka duka. 


Bapak Abdullah C.D. dan keluarga beliau di sini yang lebih dekat dengan almarhumah melahirkan rasa suka dan berpuas hati atas prihatin yang mendalam dari seluruh bekas perajurit di Kampung Perdamaian Sukhirin yang telah mengadakan berbagai majlis doa, tahlil, sembahyang hadiah dll, semenjak dari hari pemergian almarhumah sehingga ke hari ini.


Difahamkan majlis-msjlid ini, daripada mengurus jenazah sehinggalah ke hari ke-40 diadakan secara kolektif dibawah bimbingan Jawatankuasa Kampung dan Jawatankuasa Masjid Darul Aman.  

Masjid Darul Aman adalah sebuah masjid yang dibangunkan di Kampung Perdamaian Sukhirin untuk bekas perajurit beramal ibadat. Nama Darul Aman juga diambil sempena berkat perdamaian. Bapa Abdullah C.D., almarhumah Suriani, almarhum Abu Samah, almarhum Rashid Maidin, almarhum  Abdullah Sudin telah mencurahkan banyak usaha dan tenaga untuk menjayakan masjid ini.

Bapa Abdullah C.D. memberitahu beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh kawan-kawan kerana telah melahirkan perasaan persaudaraan sekelas yang tebal mendalam kepada almarhumah Suriani. Dulu kita sama-sama kecapi susah senang dalam perjuangan, sekarang setelah perdamaian kita juga sama-sama menikmati perdamaian dan perasaan rakan seperjuangan sekelas tak akan pudar di sanubari kita.

Saudari Karimas, satu-satunya anak perempuan almarhumah hasil perkongsian hidupnya dengan bapak Abdullah C.D. memberitahu yang beliau dan pihak keluarganya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh rakan seperjuangan yang telah memperlihatkan semangat kawanship yang tebal mendalam buat ibunya. 


Beliau dan keluarganya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat-sahabat di luar kampung perdamiaan terutama kepada kawan-kawan di Kampung Perdamaian Yala (Ban Chulabhorn 11), Kampung Perdamaian Banlang (Ban Chulabhorn 9), Kampung Perdamaian Betong (Ban Chulabhorn 10), Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 dan rakan-rakan seperjuangan yang berada di luar negeri  yang ikut menyampaikan takziah dan sumbangan khairat kepada Mendiang Suriani. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dan rakan seperjuangan di Malaysia yang bergerak dalam berbagai parti politik yang sudi menyampaikan ucapan takziah.

Ketua Kampung Perdamaian Sukhirin, Saudara Drome bin Za ketika ditemui memberitahu bahawa kita melakukan sesuatu yang terbaik untuk Ibu Suriani sebagai menyatakan rasa hormat dan kecintaan kita yang mendalam dan semoga roh beliau aman sejahtera di sisi Allah Yang Maha Kuasa.


Dalam proses perdamaian, ibu Suriani telah banyak menabur bakti kepada seluruh bekas perajurit di Kampung Perdamaian Sukhirin memulai kehidupan baru dengan mengadakan kegiatan-kegiatan, menambah ekonomi, membantu dalam hal amal ibadat dan kebajikan, membantu mereka yang sakit uzur dan lanjut usia, mengambil tahu  masalah dihadapi setiap perajurit dan lain-lain

Jadi tidak hairanlah pemergian beliau telah memberikan satu kesan yang amat dirasakan bagi bekas perajurit dan anggota Kampung Perdamaian Sukhirin.




Categories

Pengikut