Jumaat, 8 Mac 2013

Sajak: IBUKU MISALI



IBUKU MISALI
Sempena 8 Mac Hari Wanita Antarabangsa


Dia wanita biasa
Tapi luar biasa
Gigih diasak kemiskinan
Teguh ditekan kedaifan
Tekun memeras keringat
Demi enam amanah Allah
Sendirian

Dia buta huruf
Tapi jelas di depan
Tegas dalam mendidik mengasuh
Sopan diajar
Santun dijaga
Hormat yang tua
Kasihi sebaya

Dia tak rela
Kemiskinan diwarisi anak anaknya
Ilmu ditempat utama
Carilah walau dimana
Tanpa had usia
Agar menjadi warga berilmu
Umat yang setia
Insan yang berguna

Dia ibuku misali
Tiada tukar ganti
Tiada tolok banding
Jasanya agong
Kekal terpahat di sanubari
Buatku mencermin diri

Dia ibuku
Ya Allah ampunilah ibuku
Limpahi rahmat Mu ke atas rohnya
Letakkan ibuku sejajar
Dengan kekasih kekasih Mu
--- Penghuni syurga
Amin

Susila
Pasir Putih 6/3/2013

Tiada ulasan:

REJIMEN KE-10 TRM