SELAMAT TAHUN BARU 2014 DARI RAKAN SEPERJUANGAN


Kad Selamat Tahun Baru 2014 dari Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

DIKIR REVOLUSIONER: MENGHAYUN LANGKAH DI TAHUN BARU





DIKIR REVOLUSIONER: MENGHAYUN LANGKAH DI TAHUN BARU

Merekah fajar terangi buana
Tahun lalu meninggal kita
Tahun baru sudah menjelma
Ucap selamat parti nan mulia

Di saat kita menoleh kembali
Tahun lalu sinar berseri
Berbagai kesukaran kita atasi
Hasil cemerlang kita perolehi

Di tahun baru menghayun langkah
Semangat kita bertambah gagah
Panji merah berkibar megah
Pasti rebut hasil lebih indah

Di bawah pimpinan tepat parti
Tahun baru penuh erti
Perang rakyat kobarkan lagi
Semangat rakyat kobar tak henti

Situasi kini menguntungkan kita
Reaksi lumpuh meronta-ronta
Tentera dan rakyat bentenng waja
Malaya baru pasti tercipta

(Lagu ini dirakam di Kem Dewan Marxis pada awal tahun 1980-an oleh bahagian Senibudaya Kompeni Ke-21, Rejimen Ke-10, Tentera Pembebasan Nasional Malaya)





SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS



SELAMAT MENYAMBUT HARI KRISMAS KEPADA SEMUA RAKAN YANG MERAYAKAN HARI RAYA INI.


PROFAIL RINGKAS KAWAN CHEN XIA SERIKANDI PKM YANG GAGAH BERANI



Disunting oleh Afandi

Pada 18 Disember 2013, veteran PKM, Chen Xia, 98 tahun, meninggal dunia di Amoi, Provinsi Fujian, Republik Rakyat China. Mendiang Chen Xia seorang veteran pejuang dan kader kanan PKM.
belasungkawan untuk Kawan Chen Xia

Chen Xia lahir pada 3 Mac 1917, di Jimei, Amoi. Provinsi Fujian, China (Nama asalnya Chen Jinxiang, Chen Xia addalah namanya dalam PKM). 

Pada 1936, beliau mencapai kelulusan Institut Perguruan Jimei dan melajutkan pelajaran ke Shanghai, di situlah beliau menerima pendidikan ideologi komunis. dan masuk Parti Komunis China. 

Ogos 1937, Jepun menceroboh dan menduduki Shanghai. Chen Xia meninggalkan Shanghai dan hendak pergi ke Yan-an, tetapi terpaksa balik ke Amoi kerana tak ada wang.

Dengan bantuan abangnya Chen Xia bersama rakan karibnya Zeng Yinfen* berpindah mengharungi laut sampai di Ipoh, Perak, Malaya. Di Ipoh beliau menggabungkan diri dengan PKM, dan dengan bantuan abangnya di Ipoh, Chen Xia menyelenggara satu sekolah malam untuk mendidik anak miskin atau buruh. Lee Ming, buruh wanita kilang rokok belajar dalam sekolah itu sampai tigkatan tiga pada 16 tahun, dan kerena pendidikan oleh Chen Xia, dia masuk PKM, dan mendewasa menjadi kader PKM.

 Pada tahun 1952, Lee Ming diangkat dari Setiausaha Daerah kepada ahli Jawatankuasa Negeri, beliau ditangkap oleh penjajah British dan dijatuhi hukuman mati, kemudian diberi pengampunan Sultan Perak. 1963 dia dibuang negeri ke China.

(Catatan*: Yinfen menjadi guru di suatu sekolah rendah di Ipoh, dan kemudian bertugas sebagai utusan Chin Peng.).

Setelah Malaya diduduki Jepun, Chen Xia berpindah ke Teluk Intan, menyandang ahli Jawatankuasa Daerah Selatan Perak, memimpin kerja mendirikan organisasi massa seperti Liga Anti-Jepun dan laskar rakyat anti-Jepun, membentuk kawasan basis di kampung-kampung nelayan sekitar Hutan Melintang dan Bagan Datuh. Pencapaian kerjanya amat baik.

Menjelang Jepun menyerah kalah, Chen Xia menghadiri persidangan lengkap Jawatankuasa Daerah Selatan Perak yang dipimpin oleh Chin Peng. Setelah Jepun menyerah kalah, laskar rakyat di bawah pimpinan Chen Xia bekerjasama dengan Tentera Anti Jepun mengawal keselamatan masyarakat. Beliau mengatur kerja mendirikan Jawatankuasa Rakyat, Kesatuan Buruh, Liga Pemuda Demokrasi Baru, Persatuan Wanita dan lain-lain lagi.

Kira-kira penghujung tahun 1945, Chen Xia ditukar kerja ke Singapura, menyandang ahli Jawatankuasa Badar Singapura. Setelah peristiwa 20 Jun dan Perang Pembebasan Nasional Anti- British melatus, beliau terus bertugas di Singapura. Kemudian beliau menyandang Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Singapura. 

Majlis belasungkawa
Pada 30 April 1950, beliau tertangkap oleh pihak berkuasa penjajah British akibat pengkhianatan pembelot. Beliau dipenjarakan terus-menerus di dalam penjara-penjara atau kem tahanan Singapura, Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Baharu, menderita segala seksaan kejam, dalaman tubuh badannya mengalami luka parah. Akan tetapi, walaupun begitu keadaannya, beliau tetap bersemangat taat setia pada revolusi, bersemangat tidak tertundukkan dan berpendirian teguh meneruskan kerja untuk revolusi.

Pada Mei 1956, Chen Xia dibuang negeri ke China. Beliau terus mendapatkan hubungan PKM dan terus berkhidmat kepada usaha revolusi. 

1964-1969, Chen Xia dihantar ke Vietnam bertugas sebagai wakil Pejabat PKM di Vietnam, memimpin 6 orang PKM yang belajar ilmu kedoktoran, dan ramai orang PKM yang belajar ilmu ketenteraan di sana.

Kalungan bunga dari rakan seperjuangan
1969, Chen Xia balik ke Beijing. 1976, beliau berpindah ke Makau dan membeli rumah di sana. Rumah kediamannya diserahkan kepada PKM menjadi pejabat di Makau. 1998, Chen Xia kembali ke tanah tumpah darahnya di Amoi dan menghabiskan masa tuanya di sana.

Komrad Chen Xia seorang pejuang komunis yang amat teguh, walaupun mengalami luka parah akibat seksaan kejam musuh, meski pun pergerakan komunis antarabangsa mengalami kekadasan, situasi dunia juga telah terjadi perubahan radikal, namum beliau tetap bertekad teguh meneruskan perjalanan revolusi yang dipilihnya sampai akhir tanpa kesal walau sedikitpun.

VETERAN PKM CHEN XIA MENINGGAL DUNIA



Pada 18 Disember 2013, seorang lagi veteran PKM  meninggal dunia di Amoi, Provinsi Hokian Republik Rakyat China. Beliau ialah Chen Xia berusia 98 tahun seorang kader PKM bahagian Singapura. Beliau ditangkap dan dibuang negeri ke China oleh penjajah Inggeris.

Setakat ini belum ada maklumat terperinci berkenaan Chen Xia.  Mengikut Allahyarhamah Suriani Abdullah, Chen Xia adalah rakan seperjuangan rapatnya semasa perang melawan Jepun. Dalam Memoirnya Setengah Abad Dalam Perjuangan menyebut:

“… Hari itu saya hendak bersiap-siap hendak bertolak ke Singapura pada jam 1 petang, kira-kira pukul 11 pagi, kapal-kapal terbang Jepun mengaung-ngaung di udara menggugurkan bom. Saya dan juga seorang lagi  yang juga seorang anggota parti dan guru bernama Chen Sia berputar-putar berlindung di sebalik tiang sekolah. Setelah kapal terbang pergi kami berundur ke sebuah kampung di Chemor….” “Chen Sia pada akhir pendudukan Jepun menjadi Setiausaha Jawatankuasa Kawasan di Teluk Anson, Perak di bawah pimpinan Chen Ping, Chen Ping ketika itu menjadi Jawatankuasa Negeri Perak dan memimpin wilayah selatan…”


VIDEO CATATAN PENGALAMAN ANAK2 MUDA MALAYSIA BERSAMA BEKAS PERAJURIT REJIMEN KE-10

Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya ditubuhkan pada 21 Mei 1949 di sebuah hutan Kerdau, Temerloh, Pahang. Anggota utama atau tulang belakang Rejimen Ke-10 adalah aktivis-aktivis progresif Melayu yang menentang penjajah Inggeris dan mendambakan kemerdekaan penuh ibu pertiwi dari PKMM, API/PETA, AWAS, Barisan Tani Malaya, Kesatuan Buruh Melayu dan lain-lain yang berundur ke hutan rimba untuk mengelakkan tangkapan penjajah Inggeris dalam perisytiharan Darurat 1948.

Kewujudan pasukan Melayu ini belum diketahui secara jelas oleh masyarakat hari ini kerana propaganda dan perang saraf penjajah Inggeris dan bonekanya yang telah memberikan berbagai label negatif sehingga tercipta pendapat awam yang serong terhadapnya.

Walau bagaimanapun tidak kurang juga tokoh2 masyarakat yang berpandangan maju dan anak2 muda yang cuba menyelongkar sejarah sebenar pasukan ini.

4 bahagian video di bawah adalah hasil nukilan 12 anak muda Malaysia yang berkunjung ke Kampung Perdamaian Sukhirin di Selatan Thailand di mana bekas anggota Rejimen Ke-10 bermastautin selepas Perundingan Damai 3 pihak di Hadyai pada tahun 1989.






MELAWAT KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN DAN MERAIKAN HARI JADI KE-90 ABDULLAH C.D.


Pada 9 Ogos, sempena Hariraya Aidilfitri, 18 orang, tua muda dan lelaki wanita Persatuan Persahabatan Abad Ke- 21 dan  bekas Pasukan Penggempur Ke-5 pergi melawat Kampung Perdamaian Sukhirin. Kami menaiki 4 buah kereta bertolak pada 5 pagi, kereta berjalan dengan halaju kira-kira 90 kilometer sejam menuju ke Gerik, kira-kira jam 7.00 pagi tiba di stesen minyak Gerik, setelah kereta diisi minyak, kami makan sarapan pagi di suatu medan serela. Setelah siap makan kami memacu kereta masuk ke Lebuhraya Timur Barat menuju ke Kampung Perdamaian Sukhirin. 
Lebuhraya Timur Barat berliku-liku dan bengkang bengkong, tanjakannya tinggi dan terjal pula, kereta berjalan tidak begitu laju, setelah melepasi puncak jalan dan mulai menurun barulah berjalan laju. Kirra-kiar jam 10.00, pagi kami tiba di pejabat kastam Bukit Bunga, bangunannya kelihatan setanding dengan pejabat kastam di Pengkalan Hulu, urusan melalui kastam juga diselesaikan dengan cepat. Namun pajabat kastam Bukit Ta, Thhailand di seberang sungai  itu, beberapa bangunannya bagaikan pondok, pegawainya tak cekap, komputer mengurus kad kereta telah rosak, pegawainya menyuruh kami supaya pergi ke Sungai Golok. Kami menjelaskan bahawa kami hendak pergi ke Sukhirin, kalau melalui Sungai Golok jalannya jauh. Pegawai itu berfikiran liberal dan memberi kelonggaran, ujarnya “boleh lepaslah kalau pergi ke Sukhirin” . Kami berasa gembira kerana layanan itu.
Tak lama kemudian, kawan Anas dan anak perempuannya pun sampai. Mereka datang menyambut kami dengan sebuah kereta Suzuki. Setelah proses peperiksaan imigresen selesai, Anas bawa jalan, kereta-kereta kami ikut di belakang menuju arah barat laut..Sepanjang  jalan itu terdapat banyak sekatan jalan yang dikawal oleh askar, namun kami boleh berjalan tanpa gangguan. Setelah masuk ke simpang jalan ke Kampung permukaan jalannya banyak legak legok, kereta berjalan perlahan-lahan dan harus dipandu dengan berhati-hati. Akhirnya kami selamat tiba di tempat tujuann, Kampung Perda-mmaian Sukhirin pada tengah hari.
Kereta-kereta kami berhenti di depan rumah Kawan Abdullah C∙D, Bekas pimpinan Rejimen Ke-10. beliau keluar menyambut dan bersalam-salaman dengan kami. Hati kami sangat gembira kerana beliau kelihatan masih cukup sihat. Kami semua masuk berturut-turut ke dalam rumahnya dan duduk barbaris dialam ruang tamu. Sebenarnya kami datang dengan ada persiapan untuk mengawalkan keraian hari jadi 90 tahunnya yang jatuh pada 2 Oktober tahun ini. Sebingkah  kek hari jadi yang dibawa khas diletakkan ke atas meja sebagai hadia hari jadi Bapa Abdullah C.D.. Upacara dimulai dengan nyanyia lagu hari jadi: “Selamat hari jadi ......Happy birthday to you……”Ketika nyanyian berhenti, beliau berdiri dan menghembus memadamkan lilin-lilin di atas kek, bunyi tepukan hangat bertepak-tepak. Bapa Abdullah C.D. mengambil pisau menghiris kek. Kek hari jadi yang lazat itu dinikmati bersama oleh Bapa Abdullah C.D dan semua hadirin. Selasai makan, disambung dengan bergambar kenangan, bergambar kenangan segenap hadirin dan juga beregu sekeluarga atau dua tiga kawan bersama Bapa Abdullah C.D.. Selesai keraian hari jadi itu, kami pergi ke hostel yang tak berapa jauh, kawan Ah An dan isterinya tinggal bersama di rumah Abdullah C.D. selama 2 hari.
Persekitaran Kampung Perdamaian Sukhirin sungguh indah, rupa bumi rata, jalan lurus. Plan pembangunan kampung terancang dengan amat baik. Tanahnya subur, banyak sumber alam,  banyak pokok buah-buahan menjadi tempat teduh, burung-burung berkicau dan bunga-bungan semerbak, air jernih sungai dari bukit disalurkan dengan pancuran ke dalam setiap rumah, alirannya tidak habis digunakan. banyak penduduk kampung membela ikan dan ayam itik dengan syarat yang baik itu. 

Kampung itu dibahagikan kepada dua bahagian, 100 keluarga tinggal di bahagian yang besar, 40 keluarga tinggal di bahagian yang kecil, semuanya 140 keluarga. Jarak di antar kedua-dua bahagian itu kurang dari 1 kilometer. Ketika mula membina kampung, penduduknya 200 lebih,  kini sudah meningkat kepada 500 lebih. Ini bermakna generasi baru dalam kampung ini hampir 300 orang. Di antara dua-dua bahagian kampung itu terdapat sebuah sekolah rendah, perlengkapannya sempurna. Generasi baru bersekolah di situ, setelah tamat dan lulus darjah 6 tahun, mereka akan keluar dari kampung untuk melanjutkan pelajaran. Kini murid  belajar di situ hanya 80 orang lebih, ini bermakna kebanyakan generasi baru sudah melanjutkan pelejaran ke sekolah menengah atau universiti. Selain itu terdapat juga sebuah klinik yang agak besar. Sebuah ambulan ditempatkan di situ. Ada seorang doktor, katanya  berkebolehan perbidanan,  penyakit-penyakit  biasa sudah tentu boleh diubati.
Bangunan Muzium Tinggalan Sejarah Kampung Perdamaian Sukhirin sangat indah, tinggalan-tinggalan sejarah yang dipamerkan juga banyak, di antaranya terdapat alat-alat perang gerila, alat muzik, alat rakaman, projektor wayang gambar dan sebagainya. Saya mengenakan kaca mata rabun jauh, hanya memandang sepintas lalu secara tergesa-gesa, yang memberi kesan mendalam bagi saya ialah beberapa buah pelita gerila dan sepucuk brengan rampasa dalam satu pertempuran 1949 yang diarahkan oleh Bapa Abdullah C.D.
Kami juga pergi menjenguk kawan Siti Norkiah dan beberapa kawan seperjuangan yang tua dan uzur. Juga mengunjungi kawan-kawan seperjuangan lama Rejimen ke-10 yang pernah bergaul  atau saling bertolong bantu pada masa silam, kawan-kawan dalam kampung  juga datang melawat kami, sama-sama berbual menceritakan kisah-kisah persahabatan  dan persaudaraan seperjuangan dalam perang gerila silam.
Waktu pagi sebelum berpisah, kawan Ah An pergi melawat kader lama, kawan Shukur yang uzur dan kelumpuhan kakinya. Jalan di depan rumah itu lekak lekok, kaki An An lemah, maka saya menawarkan diri mendukungnya masuk rumah dan naik ke atas panggung kawan Syukur. baring. Kawan Ah An menyampaikan salam menghiburkan kawan Shukur sambil memberinya sedikit ubat kesihatan dan wang saku. Kawan Shukur sangat terharu.
Kawan Suriani (alias Eng Ming Cheng) telah meninggal dunia beberapa bulan lepas. Pada pagi keesokannya kami beramai-ramai pergi ke perkuburan menyampaikan penghormatan, setelah datang di depan kubur Allayarhamah, semua kami berdiri mengheningkan cipta, kemudian menyampaikan dua jambak bunga segar sebagai tanda peringatan dan hormat takzim. 
Seterusnya kami pergi mengunjung sebuah kem lama pasukan Rejimen 10 yang telah duduk selama 5 tahun lebih. Keadaan bumi kem itu amat baik, bahagian belakangnya rata, bahagian-bahagian kiri, kanan dan depan  terletak di tempat tinggiboleh menguasai keadaan di bawah.  Satu terowong berbentuk “T” telah dibina dalam kem itu. Tetapi sesetengahnya telah runtuh kerana kayu merbau yang menunggak terowong itu telah dikeluarkan untuk membina rumah dalam masa pembangunan kampung. Kawan Anas sambil berjalan sambil perkenalkan keadaan kem itu, katanya mereka ada hasrat  membina semula kem itu untuk dilawat oleh pelancong. Yang istimewa di kem itu ialah sebelah kiri dan kanannya ada dua batang sungai. Airnya jernih dan memberi kemudahan dalam kehidupan, sebelah kiri untuk lelaki dan kanan untuk perempuan mandi. Sungai itu dahulunya banyak ikan, katak juga banyak. Dulu pernah menghantar beberapa ragu pergi menangkap ikan, satu malam sahaja dapat menangkap banyak ikan untuk dimakan sepuas-puasnya. Walaupun itu adalah cerita masa silam, tapi tetap menarik. Tugu peringatan pahlawan Kampung Perdamaian Sukhirin dibina di dalam kem itu. Kami beramai-rami bergambar kenangan di depan tugu peringatan itu.
Malam 10 Ogos, majlis malam bertukar-tukaran pendapat diadakan, Cuma malam itu hujun renyai-renyai berterus-terusan dan agak banyak penghuni telah keluar mengunjungi saudara mara bersempen hari raya, maka hadirin agak kurang sedikit, tetapi banyak kawan yang berucap meluahkan pendapat, mengenang kembali persahabatan persaudaraan sepanjang masa perjuangan silam. Seterusnya disambung dengan acara menonton filem dokumentari, sayang sekali tayangan filem terhenti kerana elektrik terputus akibat hujan lebat. Ketika itu sudah 10 malam, majlis berakhir dengan saling mengucap selamat malam.
Pagi 11 Ogos, selepas sarapan pagi, kami mengucap selamat tinggal dan bertolak kembali ke Malaysia. Lawatan kali ini, perjalanan pergi balik berjalan sejauh 700 kilometer lebih, telah mencapai hasil mempertebal persahabatan kawan seperjuangan di anatara satu sama lain. Kami pergi dengan riang gembira dan balik dengan selamat, berjalan-jalan dengan girang hati, dan makan minum juga seronok, semuanya sangat puas hati.
Lampiran ulasan kawan Anas: Kami juga ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada kawan-kawan. Kedatangan kawan-kawan telah memberikan semangat kepada kami, khususnya anggota-anggota kampung kami. Menurut reaksi yang saya terima, kawan-kawan anggota kampung kami rata-rata amat gembira dengan ketibaan kawan-kawan. Mereka secara berkelompok-kelompok tak putus-putus berbua-bual menceritakan saat-saat ketika bertempur dan hidup bersama-sama kawan-kawan Tionghua semasa bergerila dulu. Kesemua itu adalah kenang-kenangan manis.

 Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 29, 20 September 2013


Categories

Pengikut