JANGAN LUPA: KOMUNIS, PUASA, CINA

oleh Rahmat Haron

dipetik dari http://www.malaysiakini.com

Menjelang Ramadhan Al-Mubarak, kita sekali lagi cuba disajikan dengan propaganda usang dan lapuk, momokan hantu komunis dan pengganas Islam (dirujuk pihak berkuasa sebagai JI).  Bulan puasa, seiring dengan sambutan hari kemerdekaan – seperti selalu – dapat dimanfaatkan parti pemerintah untuk menyerang parti-parti Pakatan Rakyat. Masyarakat mahu diingatkan bahawa Mat Sabu bertanggungjawab membawa wacana sejarah yang menamakan Mat Indera sebagai tokoh kemerdekaan.

NONEDi sebalik propaganda anti-komunis ini, yang cuba diterapkan adalah tanggapan orang komunis itu tidak beragama, atheis, malah memerangi agama. Tanggapan (persepsi) pastilah ada benar dan ada salahnya. Tetapi tanggapan bukanlah fakta kebenaran. Makanya seorang pimpinan tertinggi parti Islam yang membela tokoh komunis Malaya, cuba untuk diputar serang-pesongkan tanggapan umum terhadapnya agar menjadi hodoh buruk pemerian serta gambarannya. 

Seraya pembelaan perjuangan berdarah patriotisme merebut kemerdekaan tanahair daripada penjajahan Inggeris telah diserong pesong menjadi membela fahaman anti-agama, khususnya anti-Islam dan pro kepada rakyat berketurunan Cina di Malaysia. Komunisme adalah ideologi. Sistem aturan fikiran ideologi ini, sebagaimana salasilah agama-agama juga turut memiliki cabang-cabang mazhab berupa pecahan –– percambahan – penokok tambahan – penyesatan – atau perkembangannya. Komunisme, juga memiliki keragaman versi-versinya. Tidak sama Parti Komunis Malaya (PKM) dahulu, dengan Parti Komunis China sekarang. Meskipun kedua-duanya adalah parti komunis.

Ia sebuah lagu lama dakyah perang dingin yang dinyanyikan semula dengan nafas mutakhir yang kurang segar. Lagu ini tetap didendangkan, walaupun fakta-fakta sejarah, penulisan biografi dan kesaksian bekas-bekas anggota PKM, khususnya mereka yang beragama Islam, menunjukkan hal yang sebaliknya. 

Malahan fakta menunjukkan Mat Indera juga seorang guru agama. Sejarah boleh ditaksir baca bahawa sebenarnya bukan PKM yang menyusupi golongan kiri dan agamawan Melayu progresif. Pada tahun 2012 ini, melalui blog Mat Amin (http://matamin02.blogspot.com/) misalannya, kita dapat melihat hal yang sebaliknya berlaku. Apatah lagi dakwah serta perkahwinan campur Melayu-keturunan Cina telah meng-Islamkan ramai ahli PKM yang bukan Islam.

Kita mesti senantiasa beringat akan hal-hal berkait sentimen keagamaan, perkauman atau kebudayaan sesuatu etnik seringkali menjadi alat untuk dieksploitasi atau dimanipulasi sebagai kempen bagi mendapat sokongan politik. Baru-baru ini pula, saya membaca tentang tindakan Pemuda PAS dan terbaru Pemuda parti Umno terhadap nasib orang Rohingya.
NONESaya tidak bertujuan mempersoal hasrat atau niat tersirat di dalam hati masing-masing. Sekecil atau sebesar apapun, ia usaha mulia – kalau betul hajatnya. Cuma rasanya, Khairy Jamaluddin dilihat sebagai peniru atau cuba menutup kelemahan pihak berkuasa, lalu ikut menuruti jejak Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan. Dewan Pemuda PAS telahpun terlebih dahulu mengumumkan demonstrasi Munajat, sebagai setiakawan untuk rakyat Rohingya itu.

Masalah Rohingya bukan baru. Seperti Palestin, telah puluhan tahun wujud, sepertimana banyak lagi masalah-masalah perpindahan/pengusiran paksa di dunia hari ini. Kita tahu ramai pelarian Rohingya di Malaysia, yang pernah ditahan, tidak diiktiraf sebagai pelarian, dihantar ‘pulang’ hanya ke sempadan Thailand. Seterusnya para pelarian di sempadan ini perlu untuk sekali lagi melalui denai berliku jaringan sindiket pemerdagangan manusia yang penuh jerangkap itu, agar dapat sekali lagi sampai ke sini. 

Lantas kebarangkalian mereka  untuk melalui lingkaran setan – perhambaan moden –pemerdagangan manusia – rasuah dan salah guna pihak berkuasa –  itu berkali-kali lagi, setelah berada di tanah Malaysia yang selamat ini, amat cukup besar sekali. Perkara ini pernah dikupas dan diungkap dengan teliti serta penuh menyayat hati oleh para pelarian Rohingya sendiri di dalam buku The Revolving Door, terbitan Tenaganita, pada tahun 2008.

Bukan ahli politik Malaysia saja yang menggunakan puasa sebagai modal buat dijual di pasar politik untuk dibeli (disokong) orang ramai. Presiden Amerika Syarikat (AS), Obama juga turut memanfaatkan Ramadan dengan memberikan ucapan selamat serta merayakan acara berbuka puasa di Rumah Putih. Apakah ucapan ini benar-benar ditujukan kepada umat Islam AS atau ke seluruh dunia, ataupun khusus dihalakan kepada pihak-pihak tertentu sahaja? 

Polisi luar negara Amerika Syarikat sejak berdekad-dekad lamanya seringkali dilihat tidak mesra, malah memusuhi umat Islam dan negara-negara Islam. Barangkali ucapan Obama tersebut berkait rapat dengan dasar luar AS terhadap China dengan menghubungkannya kepada keadaan dan nasib umat Islam, di China.

Rumah Putih cuba menunjukkan kepada dunia bahawa AS yang ‘demokratik’ lebih peka terhadap ajaran Islam berbanding China yang ‘komunis’ kerana dilapor melarang rakyat minoritinya yang beragama Islam daripada berpuasa. Meskipun hakikatnya, di luar konteks ucapan sambutan puasa Obama itu – seperti yang terjadi di Timur Tengah, Afghanistan, Iraq, Palestin atau penganiayaan di kem Abu Gharib – Islam dicemari dan tidak dihormati.

Uighur (disebut Wee-gerz) merupakan kumpulan etnik yang berbahasa Turki, beragama Islam di kawasan Xinjiang. Dulu ia dikenali dengan nama Turkistan Timur. Secara sejarahnya, wilayah ini merupakan  laluan perdagangan ‘jalan sutera’ Asia Tengah yang penting. Interaksi para penduduk di wilayah ini dengan para pedagang serta pendakwah Arab, Farsi dan Turki, sejak tersebarnya hadis, “tuntutlah ilmu sampai ke negeri China,” telah membawa syiar Islam ke Xinjiang. Wilayah Barat Laut China tersebut kaya dengan hasil galian bumi, minyak, gas dan arang batu.

Awal minggu ini, Radio Free Asia melaporkan pihak berkuasa melarang sebarang bentuk kegiatan ibadat awam pada sepanjang bulan Ramadan. Menurut Dilxat Raxit,  jurucakap World Uyghur Congress, kumpulan pelarian yang berpangkalan di Munich, “para anggota Parti Komunis China (CPC), kakitangan kerajaan di Xinjiang dilarang daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan.”
Umat Islam di sana sentiasa dalam pemerhatian, kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. Bagi para pekerja swasta dan para pelajar sekolah dan universiti pula, mereka disediakan makan tengahari. Ia pastilah membawa bermacam-macam tanggapan, atau barangkali tindakan.

Di sini ingin saya cadangkan Khairy  yang berhubungan rapat dengan Sekretariat Pemuda CPC, usulkan agar parti Umno yang telahpun menandatangani perjanjian hubungan rasmi (MOU) pada tahun 2010 dengan CPC untuk melakukan sesuatu. Inilah masanya untuk Umno membuktikan keperkasaan serta kejaguhannya di mata orang Melayu, umat Islam, rakyat Malaysia dan umat manusia sejagat! Moga umat Islam Uighur dapat diselamatkan, tetapi janji ditepati kepada CPC. Pautan video (http://youtu.be/t0o6qq7K7mk).

Kini, bagaimana pula jika orang bertanyakan tentang keterkaitan rasmi parti United Malay National Organization dengan CPC, yang menindas Wilayah Autonomi Xinjiang dan mendiskriminasi minoriti umat Islam yang ‘hanyalah’ berjumlah kira-kira 8 juta orang itu? Kita juga tahu, ada pelarian politik Islam Uighur yang dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia ke China, untuk berdepan pemenjaraan dan hukuman. 

Entahkan hidup, entahkan mati. Menjadi amalan di China, anggota keluarga yang bertanyakan atau menghantar petisyen kepada pihak berkuasa China, berdepan ancaman, gangguan, ugutan, malah tangkapan ataupun ayat hambar kepada isteri tahanan, “baliklah jaga anak-anak di rumah.”

Rasa peri kemanusiaan bagi saya lebih besar merentas perbezaan mazhab-mazhab, kerasmian protokol agama-agama, sistem-sistem idea, etika, adat atau moral apapun di dunia. Kerana jika kita benar-benar tersentuh terhadap nasib golongan minoriti Islam di negara manapun. 

Kita juga mesti tersentuh dengan nasib kezaliman tindakan diskriminasi terhadap golongan minoriti apapun dan di manapun, tanpa mengenal batas agama, kaum, gender atau latar budaya, mahupun asal negara seseorang itu. Lebih-lebih lagi kepekaan kita terhadap cara, dasar dan perundangan negara Malaysia sendiri dalam memperlakukan golongan minoriti. [Kita yang saya maksudkan – cukup sekadar yang membaca tulisan ini?]

aung san suu kyi released burma waves to crowdSuka saya kutip kembali, ucapan penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Suu Kyi baru-baru ini, moga-moga dengan semangat bulan puasa, kita dapat belajar, paling kurangpun tentang jiwa dan akal budi diri kita sendiri. Meski konteks ucapan Suu Kyi merujuk kepada kesusahan para pelarian rakyat Burma, tetapi kesejagatan ungkapannya yang cuba diangkat:

“The French say that to part is to die a little. To be forgotten too is to die a little. It is to lose some of the links that anchor us to the rest of humanity. When I met Burmese migrant workers and refugees during my recent visit to Thailand, many cried out: “Don’t forget us!” They meant: “don’t forget our plight, don’t forget to do what you can to help us, don’t forget we also belong to your world.”

[“Ungkapan Perancis menyatakan berpisah itu untuk mati sebahagian daripada diri. Untuk dilupakan juga adalah untuk mati sebahagian daripada diri. Ia menghilangkan beberapa pautan yang menambat kita dengan seluruh umat manusia. Apabila saya bertemu para pelarian dan pekerja migran Burma dalam lawatan ke Thailand, ramai yang menyuarakan: “Jangan lupakan kami!” Maksud mereka: “jangan lupakan penderitaan kami, jangan lupa untuk berbuat apa yang kamu boleh buat untuk membantu kami, jangan lupa kami juga kepunyaan duniamu.” ]

JEN. HARN MELAWAT ‘MUSUH LAMA’NYA DI SUKHIRIN

Abdullah C.D. dan Jen. Harn
Pada 28 Julai 2012, Jen. Harn Leonanond ditemani Col. Apithai Swarngpob bersama satu rombongan para pegawai tentera Thai melawat Kampung Perdamaian Sukhirin. Ikut serta dalam rombongan ini ialah puteri tunggal Jen. Harn, Ms. Surojna. Lawatan ini dilakukan secara mengejut ketika beliau melawat 4 buah kampung masyarakat Thai yang dinamakan sempena nama beliau Leonanod 1,2,3 dan 4 yang juga merupakan jiran kampung Perdamaian Sukhirin.

Jeneral Harn pernah menjawat Panglima Ketumbukan Ke-4 di wilayah selatan Thailand (sebelum Kitti Rattanachaya) ketika perang anti-komunis berkecamuk, tapi kini berjabat tangan dan bergambar bersama dengan pemimpin Rejimen Ke-10, Abdullah C.D. Dalam lawatan ini Jen. Harn menyampaikan hadiah kepada beberapa bahagian kampung termasuk muzium kampung perdamaian. Abdullah C.D. juga menghadiahkan memoir beliau dan memoir Rashid Maidin kepada Jen. Harn dan Col. Apithai.

Col. Apithai pernah terlibat dalam angkatan tentera Thai membantu pembangunan kampung dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh bekas perajurit Rejimen Ke-10 di awal perdamaian.

Dalam tahun-tahun 80-an, beberapa orang pegawai dalam rombongan ini pernah bertempur dan  bersahabat dengan Rejimen Ke-10. Bagi mereka semua ini telah berlalu dan menjadi sejarah pahit manis sebuah perjalanan silam. 
Jen. Harn ditemani Col. Apithai menyampaikan hadiah

Abdullah C.D. dan Jen Harn bersama puteri tunggal masing-masing

Abdullah C.D. menghadiahkan memoir beliau kepada Jen. Harn

Jen. Harn dan Col. Apithai bergambar di dalam muzium

Col. Apithai memberikan keterangan kepada Jen. Harn

merakam gambar kenangan sebelum bertolak pulang

ROMBONGAN TV THAI DI KAMPUNG PERDAMAIAN

Pada 17 Julai 2012, rombongan pemberita stesyen TV Chanel 11 Wilayah Yala menziarahi Kampung Chulabhorn Patana 12, Tamboon Sukhirin, Amphor Sukhirin, Wilayah Narathiwat untuk mengenal tokoh-tokoh bertauladan di kawasan sempadan selatan serta menyingkap sejarah kampung Chulabhorn Patana 12 untuk pengetahuan pemuda pemudi generasi baru.

Rombongan pemberita TV Chanel 11 WIlayah Yala merasa gembira dan puas hati kerana dapat melawat  dan mengetahui masalah-masalah sejarah kampung ini. 




dipetik dari: http://banchula12.blogspot.com/

KAWAN LAO TEGUH DALAM KENANGAN


Nama sebenar Kawan Lao Teguh (Ah Fu) ialah Wu Chai. Beliau dilahirkan di Pusing, Perak pada Januari 1930. Ayahnya seorang buruh lombong bijih timah manakala ibunya bekerja mendulang bijih.

Jun 1948 penjajah Inggeris mengisytiharkan Undang-undang Darurat. Kawan Lao Teguh yang baru berusia 18 tahun mengikuti ibunya menjadi penyusun massa dan mendukung pasukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya menentang penjajah British untuk kemerdekaan Malaya.

Pada tahun 1950 beliau masuk pasukan gerila menjadi anggota Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). Pada tahun 1951 beliau diterima menjadi anggota PKM. Dalam masa 1950-58, beliau banyak kali menyertai pertempuran bersama Organ Pasukan Khas.

Pada tahun 1958 beliau dihantar ke luar negeri untuk berubat dan belajar. Beliau pernah belajar kebudayaan di Beijing, kemudian belajar militeri dan teknik perledakan di Maktab Militeri Nanjing.

Tahun 1964 beliau pulang semula ke kawasan basis sempadan Malaya-Thai, berkhidmat di pasukan asalnya iaitu Organ Pasukan Khas sebagai seorang pengawal dan bertanggungjawab kerja utusan yang menghubungkan pasukan tersebut dengan Rejimen Ke-10.

Pada pertengahan tahun 1974 beliau ditransfer ke Rejimen Ke-10 berkhidmat di bahagian Pengarah Platun dan membuat peralatan senjata dan periukapi.

Di Rejimen Ke-10 beliau mengembangkan kemahirannya dalam bahagian militer terutamanya masalah persenjataan dan perledakan. Sebagai Ketua bahagian perkilangan, beliau telah memimpin kawan-kawan Rejimen Ke-10 mencipta berbagai jenis senjata peledak seperti meriam kecil, meriam waktu dan sebagainya. Meriam waktu adalah sejenis meriam katak yang boleh dikontrol dengan menggunakan waktu. Keistimewaannya ialah untuk menyerang sasaran yang tidak penguntungkan pihak penyerang.

Di samping itu beliau telah mencipta berbagai jenis periuk api termasuk bom waktu, bom air, bom tabung , bom orientasi, bom rangkaian, bom “dewi menabur bunga”dan lain-lain. Keistimewaan bom-bom ini ialah: Bom tabung  untuk memecah kenderaan berlapis waja musuh; bom orientasi disebut juga bom arah boleh memilih arah sasaran dan sukar dikesan oleh radar musuh; bom rangkaian ialah rangkaian bom untuk menyerang jumlah musuh yang ramai, bom air pula di pasang pada sungai besar dan kecil untuk menghalang musuh melakukan gerakan pengesanan melalui sungai.

Disember 1989, perdamaian antara 3 pihak Kerajaan Diraja Thailand, Kerajaan Malaysia dan PKM ditandatangani dan perjuangan bersenjata ditamatkan. Beliau balik bergabung bersama rakan seperjuangannya di Organ Pasukan Khas yang memilih untuk menetap di kawasan Banlang, Banang Star, Yala yang kemudiannya dinamakan Kampung Perdamaian Banlang atau Ban Chulabhorn Patana 9. Di samping rakan seperjuangan yang lain, beliau tinggal bersama sorang isteri bernama Sui Fei (di Rejimen Ke-10 dikenali dengan nama Bintang) dan seorang anak.

Pada 13 Julai petang, beliau menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua dalam usia 82 tahun. Jenazah beliau disemadikan mengikut adat agama Buddha di sebuah Wad di Bandar Betong, Selatan Thailand pada 17 Julai 2012.

Lao Teguh bersama isterinya Sui Fei

bergambar bersama dengan alat senjata kesayangannya

bersama rakan seperjuangannya, Chung Ming

Lao Teguh selepas perdamaian


BERDUKACITA ATAS PEMERGIAN KAWAN LAO TEGUH

Ah Fu @ Lao Teguh
Kami mendapat berita bahawa Kawan Ah Fu (di Rejimen Ke-10 dikenali dengan nama Lao Teguh) telah meninggal dunia pada 13 Julai 2012 dalam usia 82 tahun di Kampung Perdamaian Banlang, Daerah Banang Star, Wilayah Yala, Selatan Thailand.

Kami seluruh rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian Sukhirin menyatakan dukacita yang sedalam-dalamnya atas pemergian rakan seperjuangan Kawan Lao Teguh serta menyatakan takziah yang sedalam-dalamnya kepada isteri mendiang dan seluruh rakan seperjuangan di Kampung Perdamaian Banlang.

Kami mengenang sumbangan besar mendiang semasa di Rejimen Ke-10 (1974-1989) sebagai ketua bahagian perkilangan dan peralatan senjata, teristimewa mencipta berbagai jenis periukapi sehingga pasukan kami mampu menghadapi kempen kepung basmi pihak lawan yang berkekuatan ratusan kaliganda besarnya dan memastikan kawasan basis dan daerah gerila kami sentiasa terkawal rapi.

Di jalan perjuangan besar yang kita lalui, terdapat titisan peluh dan air mata Kawan Lao Teguh. Semoga sejarah akan mencatatkan perjalanan mendiang secara jujur dan adil.


Dari kawan-kawan di Kampung Perdamaian Sukhirin.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA

Kini Dan Silam mengucapkan SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT PUASA kepada kaum muslimin dan muslimat di mana saja mereka berada, mudah-mudahan amal ibadat kita diterima Allah Taala, semoga dikurniakan keteguhan iman untuk mengharungi cabaran perjuangan di muka.

ALBUM GAMBAR SEJARAH PKM

Album Gambar Sejarah Parti Komunis Malaya dengan tiga bahasa (Melayu, Cina dan Inggeris) telah dikeluarkan pada penghujung Mei oleh Syarikat Penerbitan Abad Ke-21, ia merupakan bacaan bergambar popular. Dimaklumkan bahawa terbitan ini telah diberi prihatin dan tahniah oleh bapak Chin Peng!

Album Gambar ini terbahagi kepada: Bahagian Pertama: Pengenalan Singkat PKM, yang berupa kumpulan gambar; Bahagian Ke Dua: Perjalanan Yang Cemerlang, yang berupa buku cerita bergambar; dan bahagian akhirnya ialah Lampiran: Pengenalan Singkat Pelbagai Masa Sejarah PKM, yang berupa dokumen keterangan.

Demi memenuhi keperluan para pembaca dalam pelbagai bahasa, maka dalam Album Gambar ada keterangan dalam tiga bahasa, iaitu Malayu, Cina dan Inggeris. Dan Lampiran yang berupa dokumen itu, juga ditulis dalam tiga bahasa untuk membuat pengenalan secara ikhtisar mengenai pelbagai masa dalam sejarah PKM, dengan ini untuk melengkapi mana-mana yang kurang dalam kumpulan gambar atau dalam buku cerita bergambar itu. Ketika membacanya, para pembaca yang budiman boleh membuat bandingan antara gambar dan tulisan itu, dengan in akan saling menyerlahkan antara satu sama lain. Barangkali ini akan membolehkan para pembaca dapat memahami lebih lanjut tentang sejarah PKM.

Album Gambar Sejarah PKM ini setebal 340 muka surat. Harga jualan sebuah RM30, S$18. Harga pesanan pos Malaysia dan Singapura merangkumi bayaran pos; harga pesanan pos di luar Malaysia dan Singapura akan ditambah bayaran pos. 
 
Sumber: Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, bilangan 24, 30 Jun 2012


65 TAHUN BARISAN TANI MALAYA



65 tahun yang lalu, 7 Julai 1947 sebuah kongres bersama aliran nasionalis, sosialis dan komunis Melayu telah meluluskan penubuhan Barisan Tani Malaya di Kajang, Selangor. Barisan Tani Malaya adalah sebuah organisasi tani yang menjadi sayap tani Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Menyentuh masalah penubuhan Barisan Tani Malaya, Abdullah C.D. menceritakan melalui memoirnya sebagai berikut:



Kami merasmikan Barisan Tani Malaya pada 7 Julai 1947 di Kajang, Selangor. Dalam kongres itu Dr. Burhanuddin Al-Helmy dijemput menyampaikan ucapan. Kamarulzaman Teh juga menyampaikan ucapan tahniah atas nama PKM.

Kongres memilih anggota Jawatankuasa Pusat BTM sebagai berikut:

Ketua Musa Ahmad
Setiausaha Abas
Bendahari Mokhtar
Bahagian Propaganda Kadir dan Atom

Badan pimpinan peringkat negeri pula ialah:

Kedah Mokhtar
Selangor Atom
Pahang Abas
N. Sembilan Ibrahim Baba
Johor Kadir dan Mat Indra
Melaka ……….
Perak ……….

Pulau Pinang dipimpin oleh pimpinan buruh

Sejak itu, kaum tani telah memiliki organisasinya sendiri. Bersama-sama dengan pertubuhan progresif lain seperti PKMM, PETA, AWAS, kesatuan-kesatuan buruh dan lain-lain, BTM mempersatukan kaum tani berbilang kaum berjuang untuk kemerdekaan tanah air.

Dalam menggariskan perjuangan kaum tani, saya menganjurkan harus terlebih dahulu mengkaji sejarah gerakan tani tanah air. Kami dapati bahawa kepentingan asas kaum tani ialah tanah. Bumi Malaya merupakan kawasan pertanian yang subur. Sejak turun-temurun, nenek moyang kita telah mengusahakan pertanian di bumi pertiwi yang subur ini dan membangun sebuah masyarakat yang bertamadun.

Dalam pelbagai aktiviti BTM, kami tunjukkan bahawa apabila penjajah British menguasai Malaya, mereka membolot tanah subur untuk mengeruk kekayaan tanah air. Tindakan British merampas tanah tersebut telah ditentang keras oleh rakyat. Kaum tani telah melancarkan perang untuk membela kedaulatan tanah air dan membela tanah mereka daripada dirampas oleh penjajah. Dengan itu berlakulah perang seperti:

Perang Naning di Melaka (1831-1833)
Perang Raja Mahadi di Selangor (1866-1874)
Perang Maharajalela dan Dato’ Sagor di Perak (1875-1876)
Perang Dato’ Bahaman di Pahang (1891-1895)
Perang Tok Janggut di Kelantan (1915)
Perang Haji Abdul Rahman di Terengganu (1928).

Kerana terdapat pengkhianatan yang amat keji, maka perang-perang tersebut gagal mempertahankan keutuhan wilayah tanah air dan penjajah British telah menguasai seluruh Semenanjung Malaya. Namun, perang-perang tersebut telah membentuk satu tradisi mulia semangat patriotisme bangsa Melayu yang diwariskan kepada generasi kemudiannya.

Penjajah British dengan rakusnya menguasai tanah tanaman, tanah lombong dan tanah hutan di seluruh Malaya berabad-abad lamanya. Sehingga tahun 1953, syarikat kapitalis British telah menguasai tujuh puluh peratus tanah estet seluruh negara. Mereka menghalang para petani anak watan meneroka tanah secara bebas dan mereka mengenakan kadar cukai yang amat tinggi ke atas rakyat sedangkan cukai yang dikenakan ke atas tanah milik pemodal British amat rendah sekali. Apabila ladang-ladang getah British mulai dibuka, ia hanya dikenakan cukai seringgit bagi setiap seratus ekar (iaitu satu sen seekar) dalam tujuh tahun pertama. Selepas tujuh tahun ia dikenakan dua puluh lima sen seekar. Manakala cukai bagi tanah kaum tani anak watan pula berlipat kali ganda tingginya. Cukai untuk tanah sawah pada umumnya dikenakan tiga ringgit seekar dan bagi kebun kecil getah pula enam ringgit seekar. Ini tidak termasuk lagi berbagai-bagai jenis cukai lain seperti cukai kepala, ternakan dan lain-lain.

Kami juga tunjukkan bahawa penjajah British menyedari masalah tanah boleh mencetuskan api yang akan membakar kekuasaan penjajahannya. Untuk meredakan kemarahan rakyat, maka pada tahun 1913, pemerintah penjajah menelurkan apa yang dikatakan “Enakmen Tanah Simpanan Melayu.” Di bawah enakmen ini, penjajah British menetapkan bahawa Tanah Simpanan Melayu tidak boleh dijual, disewa atau diserahkan kepada sesiapa juga yang bukan Melayu. Dengan ini di satu segi penjajah British berlagak sebagai “pembela orang Melayu,” di segi lain cuba menutupi perompakannya ke atas sebahagian terbesar tanah air kita dan cuba meredakan kemarahan para petani yang semakin ketara.

Kami tegaskan, bahawa penubuhan BTM pada 1947, adalah untuk menyambung tradisi mulia perjuangan datuk nenek kita menentang penguasaan kolonial dan membela bumi pusaka. Dalam menetapkan matlamat perjuangan tani, kami memadukan tuntutan terhadap tanah dan hak-hak asasi kaum tani dengan perjuangan untuk kemerdekaan tanah air. Dalam kongres menubuhkan BTM itu, dibincangkan masalah cara memperbaiki kehidupan kaum tani dan juga perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Seperti juga pertubuhan-pertubuhan patriotik-demokratik lain, BTM mencapai perkembangan yang agak pesat. Akhbar Pelita dan Suluh secara besar-besaran menyeru kaum tani menyertai BTM untuk kemerdekaan dan membela kepentingan kaum tani. Pimpinan PKMM dan Jabatan Kerja Melayu PKM juga bekerjasama membangkitkan seluruh masyarakat terutama pemuda dan wanita tani. Tetapi tugas ini tidak terletak pada pemimpinnya semata-mata. Tugas ini adalah tugas setiap bahagian. Hasilnya gerakan tani berkembang dengan cepat. Hingga menjelang darurat, anggota BTM mencapai angka kira-kira 30,000 orang.

Di Tanjung Karang, Selangor dapat ditubuhkan persatuan tani yang agak kuat. Persatuan itu dipimpin oleh seorang kader wanita dari Indonesia yang pernah ikut serta dalam revolusi Indonesia. Di Ulu Langat ditubuhkan koperasi tani. Di Johor, kaum tani dan kaum buruh kawasan Muar bekerjasama di bawah pimpinan Kadir dan Mat Indra. Di Pulau Pinang anggota barisan tani terdiri daripada nelayan, mereka juga anggota kesatuan buruh. Di Selangor dan Negeri Sembilan juga terdapat syarikat kerjasama tani.

Gerakan tani di Kedah dan Perlis dicantumkan di bawah pimpinan Mokhtar (Mansor). Kedah adalah antara negeri yang paling pesat berkembang gerakan taninya. Sebuah syarikat tani yang besar, anggotanya merangkumi orang Melayu dan orang Tionghua dapat ditubuhkan. Di Kedah juga pernah diadakan kongres tani secara besar-besaran. Selain itu organisasi-organisasi tani seperti syarikat kerjasama dan lain-lain didirikan di berbagai tempat seluruh negara seperti Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

Semasa perayaan menyambut Hari Pekerja Antarabangsa pada 1 Mei 1948 di Kajang, Selangor, kaum tani dari Jenderam, Ulu Langat dan tempat-tempat lain berarak dalam satu barisan yang panjang menuju tempat perhimpunan. Mereka yang ikut serta dalam perayaan itu berjumlah puluhan ribu orang, terdiri daripada orang Melayu, Tionghua dan India.

Apabila penjajah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat, BTM turut diharamkan bersama dengan pertubuhan-pertubuhan patriotik-demokratik yang lain. Namun begitu kaum tani yang luas khasnya di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Kedah dengan gagah berani mengangkat senjata untuk menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan tanah air. Perjuangan tani ini menjelma dalam bentuk perang gerila, menyambung tradisi perang untuk kemerdekaan tanah air di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya. Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (kemudiannya ditukar nama menjadi Tentera Rakyat Malaya) adalah tentera rakyat yang terdiri daripada putera puteri kaum tani Melayu yang cintakan kemerdekaan ibu pertiwi dan kedaulatan bangsa.

Rejimen Ke-10 telah meneruskan gerakan BTM di bawah syarat-syarat baru. Di bawah perhatian khusus Setiausaha Agung PKM, Chen Ping, Markas Besar Rejimen Ke-10 mendapat sejumlah bahan bertulis iaitu teori Mao Zedong mengenai gerakan tani. Bahan-bahan ini asalnya dalam bahasa Tionghua, kemudian diterjemahkan ke bahasa Melayu. Antara bahan itu ialah Perjuangan Di Gunung Ching Kang, karya Mao Zedong (1928), dan Penyiasatan Ke Atas Mukim Ching Kang, karya Mao Zedong, (1933). Kemudian kami mendapat pula laporan ringkas tentang kaum tani di Jawa Barat yang ditulis oleh D.N. Aidit bertajuk Kaum Tani Menghancurleburkan Syaitan Desa (1964). Karya-karya ini amat bernilai sebagai bahan teori dan bahan tatapan dalam menggariskan matlamat perjuangan kaum tani di Malaya.

Pada 7 Julai 1949, sempena ulang tahun kedua BTM, saya selaku Komisar Politik Rejimen Ke-10 mengadakan satu perayaan besar-besaran dengan orang ramai di Kampung Bukit Cempedak,Temerloh, Pahang. Dalam perayaan itu kami sebagai pihak tentera rakyat Rejimen Ke-10 menyeru para petani berjuang untuk kemerdekaan dan membela nasib mereka serta menyokong perjuangan untuk kemerdekaan yang dilancarkan Rejimen Ke-10.

Perayaan itu di satu segi untuk menyambut hari kelahiran BTM, di segi yang lain mempererat perpaduan antara massa kaum tani dengan tentera Rejimen Ke-10. Massa petani dengan penuh semangat merayakannya hingga ke pagi.

Markas Besar Rejimen Ke-10 yang meneruskan gerakan BTM terus-menerus memberi perhatian teliti terhadap masalah para petani. Risalah-risalah atas nama Jawatankuasa Pusat Barisan Tani Malaya sentiasa dikeluarkan untuk menyokong perjuangan para petani, menentang ketidakadilan pihak berkuasa dan membantah tindakan pihak berkuasa menangkap para petani yang melancarkan perjuangan untuk menuntut hak sewajarnya bagi kaum tani.

Pada tahun 1950-an, Rejimen Ke-10 di Temerloh telah membentuk “barisan peneroka,” menganjurkan kaum tani meneroka tanah untuk memperbaiki kehidupan atas semboyan, “tanah untuk milik si pekerja.” Seruan ini mendapat sambutan hangat para petani. Pada mulanya saya menghantar orang menghubungi Setiausaha Kerajaan di Kuala Lipis yang pernah menyertai perjuangan PKMM dulu. Setiausaha itu menyatakan sokongan secara peribadi ke atas tuntutan kaum tani itu. Dengan itu mulalah gerakan bebas meneroka di kawasan Bera, yang kemudian berkembang merebak ke kawasan-kawasan yang lain. Dari Lubuk Kawah saya menghantar beberapa orang ke Kelantan untuk membentuk barisan peneroka bagi menyelesaikan masalah kemiskinan kaum tani di sana. Selepas itu gerakan bebas meneroka terus berkembang ke serata negeri sehingga tidak dapat dibendung oleh pihak pemerintah.
- dipetik dari Memoir Abdullah C..D.: ZAMAN PERGERAKAN SEHINGGA 1948


Kenyataan Bersama Tiga Pertubuhan Tentang PRU13


Ketiga-tiga pertubuhan Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia, Dana Patriotik dan Perdamaian Malaysia dan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia dengan ini mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sikap kami tentang dua perkara penting yang menyangkuti kesihatan dan pendidikan rakyat.

Tegas Menyokong Perjuangan Adil Rakyat Pelbagai Lapisan Semua Bangsa

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan berlangsung, pihak berkuasa telah bertindak dengan menaburkan wang dalam pelbagai bentuk, membuat berbagai-bagai janji atau komitmen muluk-muluk; dalam pada itu, banyak isu sosial yang belum diselesaikan telah dikemukakan dengan keras. Misalannya, selama bulan Mac lalu, telah timbul perhimpunan puluhan ribu rakyat pada 25 Mac demi mempertahankan pendidikan bahasa Cina, membantah kekuranga guru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan menghantar guru tidak tahu bahasa Cina menyandang jawatan tinggi; diteruskan dengan perhimpunan stop Lynas secara serentak di sebelas lokasi seluruh negeri pada 13 April; dan piket aman 400 Orang Asal dari 26 kampung Kelantan buat mempertahankan hak atas tanah adat mereka pada 15 April; dan mangsa menghadapi perobohan rumah mereka di bandar berarak ke Parlimen pada 17 April menyampaikan memorandum kepada ahli parlimen, menuntut agar Akta Pengambilan Tanah 1960 disemak atau dimansuhkan; dan duduk bantah 28 April di Dataran Merdeka anjuran Bersih kerana lapan tuntutan pilihan raya bersih tidak diambil berat; perhimpunan hijau 28 April menyeru supaya berkumpul di KLCC dan berarak ke Dataran Merdeka untuk tuntutan stop Lynas; Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Pahang akan mengadakan perhimpunan petisyen untuk memulihkan sekolah persendirian (suwa) Cina Kuantan pada 20 Mei; Hindraf akan mengadakan perarakan pada 27 Mei membantah peminggiran Kerajaan ke atas etnik India; dan sebagainya, dan sebagainya.

Segala perbuatan yang hanya untuk kemenangan dalam pilihan raya umum seperti pemberian wang dan durian runtuh berupa faedah jangka pendek bagi orang ramai, serta menawarkan pelbagai janji muluk-muluk, tetapi tidak mengambil berat penyelidikan dan perumusan strategi dan dasar pembangunan negara yang secocok dengan keadaan negara dan kepentingan asas rakyat itu, bukanlah prinsip pentadbiran negara yang baik, tidak bernilai digalakkan. Dengan ini kami menyatakan sokongan tegas kepada berbagai-bagai tuntutan keras yang dikemukakan rakyat semua bangsa, kerana ia benar-benar mencerminkan permintaan dan keinginan rakyat pelbagai lapisan semua bangsa. Dan kami berharap kepada perjuangan-perjuangan massa yang dilancarkan secara silih berganti hendaklah dilancarkan dengan munasabah, bermanfaat dan mengawal diri untuk mencapai kemenangan terbesar.

Kami mengimbau kepada semua ahli dalam pertubuhan kami dan semua sahabat handai kami agar berdasar pada keadaan masing-masing, dengan tegas menyokong tuntutan adil rakyat semua bangsa, dengan aktif menyertai perhimpunan dan perjuangan di semua tempat, dan menyertai perhimpunan 28 April yang menuntut pilihan raya umum bersih dan adil dan menuntut penghentian kilang Lynas.

Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia
Dana Patriotik dan Perdamaian Malaysia
Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia

23 April 2012

dipetik dari Buletin Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Bilangan 24

BUKU BARU DARI GERAKBUDAYA: JUN 2012


 
Masyarakat Penan dan Impian Pembangunan: Satu Himpunan Naratif Keterpinggiran dan Jatidiri
Edited by Zawawi Ibrahim and NoorShah M.S
 
Publisher: Strategic Information and Research Development Centre(SIRD)
Year: 2012
ISBN:  9789675832529 (P/b)
             9789675832543 (H/b)
 
187 Pages
RM25.00/S$16.30 (P/b)
RM55.00/S$35.80 (H/b)
 
Buku ini merupakan luahan sanubari dan pancaran perspektif masyarakat Penan tentang impian pembangunan mereka, dipetik dari pelbagai lapisan hidup warga pribumi yang terpinggir dalam konteks negara-bangsa Malaysia. Himpunan naratif keterpinggiran dan jatidiri yang terkandung di dalam naskah ini mengungkapkan konsep pembangunan alternative dan ilmu pembangunan mampan kaum Penan yang berpaksikan pengalaman harian mereka, sebagai kaum Penan. Satu kritikan terhadap penjajahan pembangunan ‘ala pembalakan’ yang ganas melanda dan memusnahkan landskap ekologi dan ‘komunitas’ adat mereka.
 
Tan Sri Abdul Gani Patail: Pemalsu, Penipu, Penjenayah?
Zainal Abidin Ahmad
 
Publisher: Zainal Abidin Ahmad
Year: 2012
ISBN: 9789671119006
123 Pages
RM20.00/S$14.00
 
Pada 08/10/2010 negara Malaysia digemparkan dengan kisah ‘Surat Terbuka Dato Mat Zin Ibrahim’. Antara lain, Dato’ Mat Zin mendedahkan salahlaku Tan Sri Abdul Gani Patail, peguam Negara Malaysia dewasa ini. Salahlaku yang dimaksudkan ialah jenayah mereka-reka dan memalsukan bukti, satu jenayah yang boleh mengheret pelakunya ke penjara untuk tempoh yang lama. Buku ini mengupas ‘Surat Terbuka’ tersebut dengan mendalam untuk faedah mereka yang berminat dengan perjalanan dan keluhuran undang-undang di Negara kita yang tercinta ini.
 
The Malaysian Indian Dilemma: The Struggles and Agony of the Indian Community in Malaysia
Janakey Raman Manickam
 
Publisher: Janakey Raman Manickam
Year: 2012 (3rd Edition)
ISBN: 9789834297619
399 Pages
RM29.90/S$20.90
 
This book delves into the existence of the Indian community since the time of their arrival in Malaya as indentured labour 150 years ago, to the present day. It is an explication of the struggles, pain, agony that they suffered as result of treachery, deception, trivialization and contempt by those who claimed to have their best interest at heart. This account exemplifies the vicious cycle of loss of faith, hopelessness frustration and decadence experienced by the Indian community for 150 years of dwelling in this country. It is an Indian attempt to seeking the wound gangrenous that afflicted his people. This is the voice of an ailing community.
 
Memoir bukan Memoir
Pekin Ibrahim
 
Publisher: Merpati Jingga
Year: 2012
ISBN: 978967118504
136 Pages
RM30.00/S$21.00
 
MEMOIR BUKAN MEMOIR satu penceritaan mengenai perjalanan Pekin Ibrahim di dalam mengejar impiannya menjadi seorang artis terkenal. Bukan seperti memoir biasa, kisah di dalam buku ini bermula daripada Pekin berusia 15 tahun sehingga ke-awal 20an, ketika beliau dan rakan saudaranya, Danny berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Penerimaan pengarah Silver Chong melalui filem vcd Pendekar (2000) menjadi lesen kepada Pekin kedalam industri filem Negara dan antarabangsa. Pahit manis liku yang dilalui Pekin dinukilkan secara ringan. Perjalanan hidupnya selama lima tahun(1996 ke 2000) memberi iktibar kepada remaja-remaja yang masih merewang-rewang dan juga sebuah penceritaan sebenar seorang insan bernama Pekin Ibrahim, sesuai kepada setiap peringkat umur. Perjalanan yang dilalui itu juga banyak mengajar beliau menjadi lebih matang dan menginsafi akan kesalahan, keabaiannya masa lalu. Kesusahan itulah membuka hati Pekin untuk mengucup tangan ibunya buat pertama kali, yakni ketika beliau pulang berHari Raya pertama kali selepas merantau ke Kuala Lumpur. Pencapaian tertingginya apabila mendapat tawaran berlakon sebagai pelakon utama filem Bunohan yang berjaya menyertai pelbagai festival filem antarabangsa yang berprestij. Inilah kisah benar PEKIN IBRAHIM.
 
 
Sang Bohemian
Mursyidan Ismail
 
Publisher: Selut Press
Year: 2012
ISBN: 9789671077818
184 Pages
RM20.00/S$14.00
 
Manusia yang hidup zaman pascamoden adalah manusia yang berlabel dengan label kita akan lebih terampil macam t-shirt berjenama.
 
 
 
Langit Vanilla: Himpunan Puisi, Prosa dan Catatan Peribadi
Wani Ardy
 
Publisher: Sang Freud Press
Year: 2012
ISBN: 9789671098912
173 Pages
RM20.00/S$14.00
 
Kau memang malas baca buku, kan? Kau lihat muka depannya saja. Kau ingat kalau aku ceraikan isi buku dengan kulit luarnya, dan aku jual, mana yang lebih mahal? Kau nak beli kulit? Tolol.
 
Travelog Rabak
Mohd Jayzuan, Shima Scarlett and Seyn
 
Publisher: Sang Freud Press
Year: 2012
ISBN: 9789671098929
149 Pages
RM20.00/S$14.00
 
Kami mencampakkan mayat tunang Claudia di tengah-tengah laut. Kemudian, kami kembali ke Chalet, duduk dalam bilik Claudia. Dia masih berbau wangi dan kami menyambung semula permainan dam aji kami. – Mohd Jayzuan
 
Sepanjang perjalanan itu, aku tidur, mungkin sebab aku moody dan terlalu banyak menangis. - Shima Scarlett
 
Ramai orang tahu Bandar Ipoh tapi sikit saja yang betul-betul kenal. Ipoh adalah bandar misteri yang dikelilingi bukit, selalu menampakkan kabus tebal yang tak tercapai dan dipenuhi jiwa-jiwa yang tak mengejar masa. - Seyn
 
 
Nakal
Aloy Paradoks
 
Publisher: Sang Freud Press
Year: 2012
ISBN: 9789671098936
151 Pages
RM20.00/S$14.00
 
Aloy Paradoks seorang lelaki yang ditakdirkan untuk menjadi nelayan. Tetapi dia merubah hidupnya. Dia kini merupakan seorang despatch bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari satu bandar ke satu Bandar, janjinya dia tak pernah terlewat. Hampir seluruh daripada hidupnya dihabiskan di atas sebuah motosikal kapcai berkuasa 110cc. Keadaan ini menjadikan dia sentiasa bersama dengan dirinya sendiri sahaja. Sepanjang perjalanan menyampaikan utusan dan bungkusan, dia akan dihiburkan dengan imaginasi-imaginasinya yang kadangkala berbaur nakal.
 
 
Ahli Politik
SM Zakir
 
Publisher: Nusabuku Enterprise
Year: 2012
ISBN: 9789675521096
287 Pages
RM30.00/S$21.00
 
Ahli Politik mempunyai bahasanya yang tersendiri. Juga cerita dan kehidupannya yang tersendiri. Sentiasa apa yang ada dalam dirinya tidak sama dengan apa yang terpamer di wajahnya. Ahli politik menyusur percakapan dalam diri yang selalunya digumpal untuk melahirkan tindakan yang tidak pernah lahir di wajah yang dipamerkan. Ahli politik adalah ahli dalam segala hal; individu, masyarakat, budaya, ekonomi, siasah dan politik. Selebihnya Ahli Politik ialah cerita yang mengalir sesuka
hatinya, ia menyumpah dan menyeranah semahunya.
 
 
 
Al-Kisah
Zainal Rashid Ahmad
 
Publisher: Nusabuku Enterprise
Year: 2012
ISBN: 9789675521201
341 Pages
RM30.00/S$21.00
 
Kumpulan cerpen Alkisah memuatkan 30 buah cerpen terbaik Zainal Rashid Ahmad sekitar dua dekad pengkaryaannya bermula pada dekad 1990-an sehingga kini. Zainal Rashid Ahmad ialah nama yang tidak asing dalam dunia kesusasteraan Malaysia. Zainal menerima puluhan anugerah sastera peringkat dalam dan luar Negara. Pengalaman Zainal dalam dunia kewartawanan dan penyiaran membawa beliau mengembara ke seluruh dunia. Zainal telah bekerja di sebahagian besar media penyiaran di Malaysia. Pengalaman Zainal yang sangat luas ini memberikan keistimewaan penulisan yang tiada kepada penulis lain. Alkisah adalah himpunan cerpen-cerpen yang unik dengan tajuk-tajuk yang hanya wujud di tangan penulis yang bernama Zainal Rashid Ahmad. Cerpen-cerpen Zainal adalah gabungan antara realisme magis dan urban legend. Sempadan antara kenyataan dan fiksyen dikaburkan dalam cerpen-cerpen Zainal, sehingga pembaca menemukan lambing-lambang dari dunia bawah sedar mereka muncul berdiri bersama dunia kenyataan hidup mereka sehari-hari. Melalui gaya penulisan yang bermain dengan unsure komik, Zainal melahirkan pemikiran-pemikiran yang besar tentang budaya, masyarakat dan politik.
 
Kafe
Lutfi Ishak
 
Publisher: Nusabuku Enterprise
Year: 2012
ISBN: 9789675521133
57 Pages
RM10.00/S$7.00
 
Seperti sebuah kafe yang menjadi persinggahan kita melepas dahaga, bertemu rakan, berdiskusi atau menghilangkan lelah – begitu jugalah sajak-sajak dalam kumpulan kafe ini. Jangan juga dilupa bahawa ketidakkekalan dan kesementaran merupakan salah satu dataran semantic bagi Kafe itu sendiri. Oleh sebab itu, kumpulan puisi Kafe ini sebenarnya satu permulaan, sebagai satu pernyataan kesementaraan yang sarat dengan kesinisan.
 
 
Durban News Updates and Climate Briefings (November/December 2011)
Third World Network
 
Publisher: Third World Network
Year: 2012
ISBN: 9789675412646
114 Pages
RM14.00/S$9.80
 
This is a collection of 29 News Updates and two Briefing Papers prepared by the Third World Network for and during the recent United Nations Climate Change Talks – the Seventeenth Conference of the Parties (COP 17) to the UN Framework Convention on Climate  Change (UNFCCC) and the Seventh Session of the Conference of the Parties serving as the Meeting of the  Parties (CMP 7) to the Kyoto Protocol – in Durban, South Africa from 28 November  to 9 December 2011.
 
The Rwenzori Experience: The Farmer Family Learning Group Approach to Human and Social Capital Building, Environmental Care and Food Sovereignty
Mette Vaarst, Jane Nalunga, Thaddeo Tibasiima, Aage Dissing and Inge Lis Dissing
 
Publisher: Third World Network
Year: 2012
ISBN: 9789675412660
55 Pages
RM7.00/S$4.90
 
This booklet is a portrait of a unique participatory learning project involving farming communities in the Rwenzori region of Western Uganda. The project brought rural households together in ‘Farmer Family Learning Groups’ (FFLGs) with the aim of enhancing community food security. Guided by a facilitator, the families in each group supported one another in their farming activities, working together, sharing knowledge  and learning from each other’s experiences. Through such collaboration and the use oforganic and agro-ecological farming methods, the FFLGs have brought about increased yields and improved livelihoods for member families. In  cooperating on the farm, members also came to enjoy closer relationships off it, within and among their families as well as in the broader local community. This booklet, written by the coordinators of the FFLG project, looks at the guiding principles behind the project, how it has worked in practice, the successes achieved and challenges faced. As the authors explain, the Rwenzori Experience is one which highlights the value of a collaborative approach to food security and sustainable development. It is an ‘approach which is owned by everybody who uses it, and cannot be patented’.
 
Ecological Agriculture, Climate Resilience and a Roadmap to Get There
Doreen Stabinsky and Lim Li Ching
 
Publisher: Third World Network
Year: 2012
ISBN: 9789675412677
44 Pages
RM7.00/S$4.90
 
The phenomenon of climate change poses a serious threat to agricultural production and, therefore, to the lives and livelihoods of the hundreds of millions who are dependent on agriculture. Adaptation to the increased variability in weather patterns requires the adoption of ecological farming practices which are climate-resilient as well as productive. This paper looks at how ecological agriculture, by building healthy soils, cultivating biological diversity and improving water harvesting and management, can strengthen farmers’ capacity to adapt to climate change. Accordingly, the authors call for a reorientation of policy, funding and research priorities from the dominant industrial agriculture model to ecological agriculture. At the same time, recourse to carbon markets to finance adaption efforts through trade in soil carbon credits is rejected as an unsustainable, wrong-headed approach to meeting the climate challenge. Instead, facing the vagaries of climate change demands a concerted effort by governments, multilateral agencies, researchers and farmers to support the transition to ecological agriculture. Towards this end, this paper outlines a roadmap of measures for promoting truly climate-resilient farming systems.
 
Pramoedya Ananta Toer: Luruh dalam Ideologi
Savitri Scherer
 
Publisher: Komunitas Bambu
Year: 2012
ISBN: 9786029402025
185 Pages
RM26.00/S$18.20
 
Bagaimanakah dan sejak kapan serta lantaran apakah sasterawan terkemuka Pramoedya Ananta Toer menjadi Kiri, menggabungkan kerja-kerja sastra dengan politik? Buku yang semula adalah disertasi Savitri Scherer ini menjawabnya. Savitri bukan saja menjelajahi biografi Pram, tetapi juga hubungan antara dunia nyata dan dunia fiksinya. Savitri pun tak merasa cukup hanya membongkar struktur kompleks mediasi antara Pram dan dunia kreatifnya dengan memperhatikan suasana juga kekuatan-kekuatan sosial, kebudayaan, politik yang gegap gempita oleh pertarungan ideology dan semangat zaman penuh intrik polemik pemenjaraan dari periode 1950-1980 yang dialami serta mempengaruhinya. Lebih jauh Savitri menelusuri pandangan-pandangan sosial dan politik Pram untuk memahami karir sasteranya, seraya menilai tanggapan-tanggapannya terhadap norma-norma sosial dan sastera pada tanggapan-tanggapannya terhadap norma-norma sosial dan sastera pada masanya. Sebab itu sekali lagi Savitri dengan buku ini-seperti buku yang sebelumnya telah ditulis  Keselarasan dan kejanggalan: Pemikiran-pemikiran Priyayi Nasionalisme Jawa Awal abad xx – menyumbangkan suatu model sejarah pemikiran yang bukan saja kaya informasi, tetapi juga membuat kedirian Pram dapat lebih dalam dipahami. Usaha yang dilakukan oleh Savitri Scherer untuk memahami langkah-langkah Pramoedya Ananta Toer yang menjadi Kiri Patut dihargai karena dengan demikian kita akan dapat memahami lebih baik karya-karya yang ditulisnya.
 
Madiun 1948: PKI Bergerak
Harry A. Poeze
 
Publisher: Yayasan Obor Indonesia and KITLV-Jakarta
Year: 2011
ISBN: 9789794617809
431 Pages
RM45/S$31.50
 
Pada tanggal 10 Agustus 1948 Moeso kembali ke Indonesia. Sejak tahun 1926, sesudah pemberontakan komunis, ia menghilang ke Moskow dan mengabdikan dirinya pada Komintern – Komunis Internasional. Pada tahun 1936 sebagai agen rahasia Stalin, dengan sangat rahasia ia tinggal selama enam bulan di Surabaya untuk membangun kembali Partai Komunis Indonesia (PKI). Kemudian ia bermukim di Uni Soviet dengan aktivitas utamanya sebagai penasihat untuk urusan Indonesia. Sesudah kemenangan Sekutu dalam Perang Dunia II dan Proklamasi Kemerdekaan Indonesia, PKI memperoleh posisi yang kuat di dalam Republik, tapi tetap mempertahankan eksistensinya yang setengah illegal. Anggota –anggotanya menyebar masuk ke dalam berbagai macam partai. Amir Sjarifoeddin – anggota rahasia PKI – pernah menjadi perdana menteri, tapi pada Januari 1948 ia mengundurkan diri. Kabinet di bawah pimpinan Wakil Presiden Hatta tampil tanpa mengikutsertakan komunis. Sementara itu, Soviet mengubah haluan politiknya menjadi beroposisi keras terhadap Barat. Moeso mendapat restu dari Moskow untuk melakukan reorganisasi terhadap PKI. Maka segera sesudah kedatangannya di Indonesia ia memaparkan sebuah haluan baru yang disebut ‘Djalan Baru’. Ini merupakan perubahan radikal dari sikap PKI, yaitu konfrontasi terhadap pemerintah borjuis Soekarno-Hatta. Bahasa Moeso yang menghasut mendapat dukungan dari semua anggota PKI dan mengakibatkan ketegangan semakin memuncak, serta terpecah-belahnya pendapat politik di kalangan tentera. Di Solo terjadi bentrokan sengit antara golongan militer dan politik. Kekalahan kaum kiri di sana menimbulkan reaksi di Madiun, sehingga terjadi perebutan kekuasaan oleh kaum komunis pada tanggal 18 September. Soekarno dan Hatta tampil menghadapi Moeso dan Madiun direbut kembali sepuluh hari kemudian. Dibutuhkan waktu beberapa minggu untuk mematahkan seluruh perlawanan PKI. Bagi pemerintah peristiwa ini merupakan suatu ‘narrow escape’ – bagaikan lolos dari lubang jarum.
 
Panggung Sejarah: Persembahan kepada Prof. Dr. Denys Lombard
Edited by Henri Chambert-Loir and Hasan Muarif Ambary
 
Publisher: Yayasan Obor Indonesia
Year: 2011
ISBN: 9789794617991
645 Pages
RM45.00/S$31.50
 
Denys Lombard adalah penulis mahakarya Nusa Jawa: Silang Budaya, yang telah terbit dalam bahasa Indonesia sejak tahun 1996, di samping puluhan buku dan artikel yang lain. Selama kariernya sebagai Guru Besar di Universitas Paris, beliau juga membimbing sejumlah mahasiswa, baik Indonesia maupun Prancis, dalam berbagai disiplin ilmu-ilmu sosial tentang Indonesia, terutama sejarah. Denys Lombard meninggal dunia tahun 1998. Rekan-rekannya di Indonesia serta beberapa mantan mahasiswanya bersua dalam kumpulan ini untuk menghormati beliau. Masing-masing menyumbangkan karangan tentang bidang keahliannya – maka lahirlah sebuah karya yang beraneka ragam topic dan temanya, dari arkeologi klasik sampai politik Reformasi. Benang merah yang menyatukan semua tulisan itu adalah sejarah. Dilihat dari sudut pandnag yang berbeda-beda, seribu macam tokoh dan peristiwa muncul dan berperan di Panggung Sejarah. Di panggung itu pula beberapa di antara pakar Indonesia yang paling terkemuka tampil dan angkat bicara.
 
Sumatera: Revolusi dan Elite Tradisional
Anthony Reid
 
Publisher: Komunitas Bambu
Year: 2011
ISBN: 9786029402032
383 Pages
RM45.00/S$31.50
 
Buku ini disebut-sebut sebagai bukti  keberhasilan tugas besar sejarawan Anthony Reid menguak revolusi-revolusi sosial paling hebat di Indonesia yang terjadi dan mengguncang Sumatera seiring proklamasi kemerdekaan. Reid mampu menghidupkan suatu narasi dengan kekayaan detail di sekitar peristiwa pertikaian kelas, konflik etnis, bentrokan agama sebagai klimaks sekaligus titik balik yang dramatis dimana kaum bangsawan juga raja-sultan Melayu serta Aceh disapu bersih dan itu menandai dimulainya perputaran sejarah modern di Sumatera. Berdasarkan lusinan wawancara dengan sejumlah saksi mata dan pihak-pihak yang terlibat, sumber-sumber arsip Belanda, Jepang, Inggris, Malaysia serta suratkabar-suratkabar Indonesia, Reid menelusuri akar-akar historis dari abad ke-16 sampai ke-20 sekaligus bagaimana Sumatera menjadi contoh perubahan sosial paling menyeluruh dalam revolusi Indonesia dan dinamisnya Indonesia pada masa perang kemerdekaan 1945-1949. Reid mendalami bidang yang kompleks dari period revolusi sosial di abad ke-20, namun berhasil menggabungkannya ke dalam studi komparatif yang menarik dan berkontribusi besar guna memahami latarbelakang perubahan sosial pada pertengahan abad ke-20 di Indonesia.
 

 
To purchase these and/or any other Gerakbudaya/SIRD titles, you may:
 
a) Drop by our showroom at the following address:
           No. 11, Lorong 11/4E
 46200 Petaling Jaya,
 Selangor, Malaysia
 Tel: (603) 7957 8343/8342
 Fax: (603) 7954 9202
 
 
c) Send us an email at marketing@gerakbudaya.com
 
d) Get it from all major bookstores throughout Malaysia
 
Thank you for your kind interest and support.
GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd
 

Categories

Pengikut