Isnin, 26 Mac 2012

DIALEKTIKA: MAT INDERA PEJUANG BUKAN PETUALANG

3 ulasan

Mat Indera pejuang, bukan petualang




Ketika timbul kontroversi mengenai Mat Indera tidak lama dahulu, ada seorang profesor memberi pendapat, bahawa Mat Indera pada mulanya adalah seorang pejuang, kerana pernah menjadi salah seorang pemimpin API di Muar, Johor. Akan tetapi, apabila kemudian dia masuk PKM dan berjuang bersama-sama dengan komunis, maka dia telah berubah menjadi petualang.

Antara alasan profesor itu adalah bahawa PKM bukan pejuang kemerdekaan, sebaliknya merupakan golongan yang didalangi oleh kuasa luar dan mahu menjadikan Malaya sebuah negara komunis. Selaras dengan itu, komunis (PKM) juga dikatakan antiraja dan antiagama. Jika komunis berkuasa, bukan saja Malaya akan menjadi republik, malah kebebasan beragama juga akan hilang.

Pendapat profesor ini saya kira banyak berasaskan andaian saja dan bukan berdasarkan fakta sejarah.

Dari segi fakta sejarah, PKM adalah pihak yang kalah. Jadi soal PKM mendirikan republik komunis, membuang raja dan menyekat kebebasan beragama adalah tidak berlaku dan tidak timbul sama sekali.

Bagaimanapun, dari segi perjuangan kemerdekaan, pada tahun 1948 dahulu, kontradiksi utama, sama ada di peringkat antarabangsa atau di peringkat nasional adalah antara kuasa imperialis (penjajah) dengan rakyat tanah jajahan, termasuklah PKM (atau komunis).

Jadi siapa saja yang berjuang menentang penjajah, termasuk orang-orang komunis di Malaya adalah pejuang kemerdekaan.

Soal PKM berjuang untuk mewujudkan republik komunis selepas Inggeris diusir dari negara ini saya kira tidak menjadi isu pada masa itu.

Hal ini demikian, kerana pada masa itu perjuangan bersenjata menentang penjajah Inggeris baru saja bermula. Dan sekiranya PKM mempunyai hasrat yang demikian, PKM pun tidak mewar-warkannya.

Bagaimanapun, sekiranya ada pemimpin komunis Melayu dan pengikut mereka yang mengetahui dan menyedari bahawa perjuangan PKM adalah untuk mendirikan republik komunis, mereka juga mungkin tidak menganggap hal itu sebagai perkara yang salah.

Sebabnya ialah pada masa itu sistem komunis adalah sistem politik dan ekonomi yang masih baru, yang belum begitu diketahui dan difahami, jauh sekali dialami. Jadi sama ada sistem komunis itu lebih baik atau lebih buruk belum lagi dapat dibuktikan.

Walau bagaimanapun, dalam pertentangan antara sistem kapitalis yang selama ini menindas mereka dengan sistem komunis yang masih baru itu, sistem komunis tentunya dilihat dan dibayangkan sebagai sistem politik dan ekonomi yang memberi harapan baru, yang akan membela dan memberi keadilan kepada rakyat jelata.

Oleh yang demikian, memang sudah sewajarnya mereka berjuang bersama PKM, kerana PKM-lah yang akan membebaskan negara mereka dari cengkaman penjajahan, dan kemudian membawa mereka ke dunia baru yang adil dan makmur.

Kebetulan, sebagaimana yang kita patut tahu, sebelum Darurat pada tahun 1948, PKM adalah sebuah parti politik yang sah, dan dibenarkan bergerak mengikut undang-undang kerajaan penjajah pada masa itu.

Oleh kerana itu, sekiranya Mat Indera memasuki PKM sebelum itu dan berjuang bersama-sama PKM selepas itu, apa yang dilakukan oleh Mat Indera bukanlah perkara yang salah.

Kebetulan orang-orang yang mempunyai pendidikan agama yang agak tinggi, seperti Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh pun berjuang bersama PKM. Jadi adakah salah Mat Indera yang pernah bersekolah agama dan pernah menjadi ustaz juga memasuki PKM?

Saya menganggap PKM termasuk dalam golongan yang berjuang untuk kemerdekaan.Dengan berjuang bersama PKM, maka Mat Indera juga termasuk dalam golongan tersebut. Dia tidak berubah menjadi petualang semata-mata kerana berjuang bersama PKM.
 
dipetik dari http://pacarmerah.blogspot.com/2011/11/mat-indra-dari-pejuang-kepada-petualang.html

Sabtu, 10 Mac 2012

PRU-13 UMNO TUMPAS?

1 ulasan

Dengan hormatnya dijemput menghadiri
Majlis Pelancaran Buku
PRU-13 UMNO TUMPAS?
oleh Zainal Abidin Ahmad
Forum Umum
ANALISIS ARAH POLITIK MALAYSIA
PASCA PRU-13
Tarikh : 15 / 3 / 2012 (Khamis)
Masa : Jam 8 hingga 11 malam
Tempat : K.L. Selangor Chinese Assembly Hall
Anjuran : Strategic Information and Research Development Centre &
Free Public Forum Malaysia
Panelis :
1. Dato' Saifuddin Abdullah (Timb Menteri Pengajian Tinggi)
2. Dr Dzulkefly Ahmad (AJK Pas Pusat)
3. Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan Malaysia)

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi
Chong Ton Sin 016-379 7231, Shake Omar 013-296 5724

~~~~~~~~~~~~~~~~
GB Gerakbudaya/SIRD
11 Lorong 11/4E
46200 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
T: +60 (0)3 7957 8343
F: +60 (0)3 7954 9202
W: www.gerakbudaya.com & http://bookshop.gbgerakbudaya.com


Jumaat, 9 Mac 2012

MAJLIS TAHLIL UNTUK ARWAH ABU SAMAH.

0 ulasan
Abu Samah Bin Mohd Kassim (Februari 1926 – 07 April 2009)

Khamis 08 April 2012, kawan-kawan seperjuangan di Kampung Perdamaian Sukhirin mengadakan majlis tahlil untuk arwah Abu Samah Mohd Kassim

Majlis diadakan di rumah almarhum dihadiri kira-kira 30 orang. Diadakan setiap tahun untuk mendoakan roh almarhum sentiasa tenang disisi penciptaNya.

Abu Samah merupakan seorang Anggota Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Malaya juga adalah salah seorang tangan kanan  Abdullah CD.

Umum wajar mengetahui bahawa, Almarhum Abu Samah merupakan cucu saudara kepada nasionalis awal Pahang, Datok Bahaman.

Almarhum meninggal dunia pada 7 April 2009 dan meninggalkan seorang balu, Siti Norkiah Mahmud Baginda yang merupakan Ketua AWAS Pahang.

Siti Norkiah, masih lagi tinggal di sini dan tidak keseorangan kerana masih dibantu serta dijaga oleh kawan-kawan seperjuangan. 



Khamis, 8 Mac 2012

Sajak: DISEBALIK KEAYUAN WAJAHMU

0 ulasan




DISEBALIK AYUAN WAJAHMU
Kau sering dilukiskan sebagai bunga
Atau laksana burung mendendangkan irama
Membawa keindahan dan kebahagiaan
Menyerikan alam
Mengilhamkan penyair dan pujangga

Namun
Disebalik kehalusan bicaramu
Disebalik lemah gemalai langkahmu
Disebalik keayuan wajahmu
Tersimpan sekeping hati yang teguh
Membawa semangat yang kukuh
Dengan jari jemari menggenggam sebuah ikrar
Untuk berjuang dan berjuang lagi
Membela nasib kaum sejenismu
Dan nasib rakyat jelata

Nyatalah bahawa sesungguhnya
Kau yang dikatakan kaum yang lemah ini
Punya kekuatan untuk menghancurkan belenggu
Dan maju di jalan kebebasan dan kebahagiaan

SELAMAT HARI WANITA PEKERJA ANTARABANGSA

0 ulasan
Peranan Wanita Rejimen Ke-10


Kawan-kawan wanita juga merupakan bahagian penting dalam pasukan. Untuk membimbing mereka, saya sentiasa memberikan kursus-kursus, dorongan, memperkuatkan semangat kawan-kawan wanita supaya melepaskan belenggu masyarakat lama yang memandang wanita sebagai insan yang lemah. Untuk ini, saya perkenalkan pemimpin wanita antarabangsa Klarazetkin, dan lain-lain. Bagi saya, bangsa Melayu juga memiliki srikandi terpuji, yang tak kenal tunduk demi membela maruah tanah air seperti Srikandi Tun Fatimah. Untuk menonjolkan keperwiraan perajurit-perajurit wanita Rejimen Ke-10, saya menulis kisah beberapa srikandi Rejimen Ke-10 yang berkorban dengan gagah perwira demi kemerdekaan tanah air seperti Srikandi Maimun, Srikandi Hitam, Srikandi Asiah, Srikandi Zahura, dan lain-lain, di samping itu mencipta lagu dan sanjak untuk mengenangi jasa mereka, menganjurkan seluruh kawan khasnya kawan-kawan wanita mempelajari semangat para pahlawan dan srikandi.

Kawan-kawan wanita Rejimen Ke-10 mencapai kemajuan yang pesat di berbagai bidang. Mereka membuang pandangan lapuk dan memegang semangat perjuangan dari rangkaian kata "tangan yang menghayunkan buaian itu boleh menggoncangkan dunia". Mereka mengobarkan semangat berjuang keras, bahu membahu dengan kawan-kawan lelaki. Pekerjaan-pekerjaan yang dilakukan kawan-kawan lelaki juga mampu mereka buat, seperti kerja harian, kerja menyusun massa, kerja teknik, kerja produksi, kerja seni budaya, tugas-tugas pertempuran dan lain-lain. Yang amat membanggakan kita ialah telah muncul sejumlah kader-kader wanita di berbagai peringkat dari peringkat cawangan sampai ke peringkat Setiausaha Jawatankuasa Kawasan atau dari perajurit biasa sampai kepada Ketua Kompeni seperti Zaleha Mat Roni (Rosmah), Siti Norkiah Mahmud Baginda (Minah), Zamiah Latif (Zam) pernah menjadi Setiausaha Jawatankuasa Kawasan, Selamah Abdullah (Chau Qi Zhu), Siti Mariam (Atom) menjadi Jawatankuasa Kawasan, Ropiah Mat Yatim (Makcu) dan Aminah Hj, Hassan (Taufan) Ketua Platun.  - Sumber: Memoir Suriani Abdullah, SETENGAH ABAD DALAM PERJUANGAN.

REJIMEN KE-10 TRM