SYAIR MERAYAKAN PERDAMAIAN





SYAIR MERAYAKAN PERDAMAIAN

Assalamualaikum kawan dan saudara
Selamat berkumpul selamat berjumpa
Mengingati sejarah bermula cerita
Membina kampung sekuat tenaga.

2 Disember bermula cerita
Tandatangan sejarah tamatkan sengketa
Perajurit gerila jadi rakyat jelata
Kampung Perdamaian mula diteroka.

Pembangunan pesat mula dijalankan
Bantuan kerajaan dan pimpinan
Jadilah sebuah desa yang aman
Lengkap berbagai segala kemudahan.

23 tahun masa berjalan
Kampung kita banyak perubahan
Zuriat baru terus bermunculan
Harapan kita di masa depan.

Kepada anak2 saya berpesan
Jadilah manusia arif budiman
Berilmu beramal teguh keimanan
Tabah dan cekal hadapi dugaan.

Kepada kawan2 seperjuangan sekalian
Kamulah pejuang kamulah pahlawan
Biar tiada sedikitpun ganjaran
Sejarahmu sentiasa jadi kenangan.

Akhir sekali saya berseru
Marilah kita bersatu padu
Membina kampung masyarakat maju
Semoga Allah menurunkan restu.

Categories

Pengikut